Monday, November 06, 2017

tips jimat backpakers palembang

setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk pergi melancong. ada yang suka pergi secara pakej daripada agensi pelancongan, ada yang suka secara backpackers.

di sini aku cuba bagi beberapa tips macam mana nak berjimat bila kita pergi melancong tempat orang. kali ni aku fokuskan kepada palembang, indonesia.



tips 1 : pergilah secara backpakers
cara backpacker bermaksud galas beg dan pergi secara bersendirian tanpa pakej itu ini. cara ini sangat murah berbanding cara beg tarik. heee.. beg tarik merujuk kepada cara pakej pelancongan. kadar jimat cara backpakers lebih separuh berbanding cara bag tarik.



tips 2 : pergi berempat
kena cari buddys yang satu kepala. syoq sama2..pening sama2. pergi berempat lebih bagus berbanding solo atau berdua. semua kos penginapan, perjalanan dan kegembiraan akan dikongsi berempat. berdua pun boleh.. tapi kos tinggi sikit jer..



sewa la kereta dan supir di palembang. satu hari yang aku pernah dapat 450,000 rupiah. boleh la dibahagi empat orang. bilik hotel bajet pulak aku pernah dapat 200,000 rupiah, naaah sumbat jer empat orang.. haaa.. kan mudah. tu bilik hotel tu lebih kurang 15 ringgit jer sorang. jimat kaann? hee..



satu pesanan aku, jangan pergi backpackers 3 orang. memang menyusahkan. haaihh..

tips 3: guna aplikasi grab, uber atau go jek
di palembang memang dah maju kalau bab2 aplikasi telefon ni. sampai jer kota palembang terus korang cari sim kad data internet dulu kat kaki lima bangunan tu. murah jer... pek permulaan lebih kurang duit kita 8 ringgit jer untuk 1.5GB data. setakat 3 hari duduk sana tak habis laaa..

guna aplikasi grab untuk panggil grab. murah jer.. kalau setakat dalam kota tu aku pernah dapat 17,000 rupiah jer, lebih kurang 5 ringgit. wehh.. ingat yer.. bahagi 4 la.. kan pergi 4 orang tadi.. huhu.. jimatkan ?..



selain itu, korang boleh cuba naik gojek (teksi bermotorsikal). diorang pakai jeket hijau. download aplikasi Go Jek. Kalau nak santai backpackers lagi, korang boleh tahan jer angkut (van penumpang)

tips 4 : naik bas trans MUSI
dari bandara (bandar udara / lapangan terbang palembang) sebenarnya ada jer bas ke kota palembang. so jangan takut kalau ada pemandu teksi menghampiri korang masa korang keluar dari balai ketibaan. jangan tergopoh gapah buat keputusan. kita kan 4 orang. cakap elok2, cakap kata nak naik bas jer. bas ada kat depan pintu keluar airport tu jer. bas trasMUSI. kalau bas tak de, tunggu la kejap. setengah jam satu. daripada korang campak 100,000 rupiah 200,000 rupiah kat teksi lebih baik korang naik bas, tambang 5000 rupiah jer sorang. tak sampai 2 ringgit. bas pun dah ada aircond masa ni.



tahun depan dah ada lrt, lrt akan siap menjelang sukan asia palembang 2018. korang boleh cuba.

tips 5 : jangan ambil teksi di airport
bukannya aku tak bagi naik teksi kat airport tu. ni aku tengah bagi tips jimat kaaann..
teksi di airport memang kaw2 la korang kena bedal. huhuhu..

tips 6 : bot ke pulau kemaro
pulau kemaro berada di tengah2 sungai musi. ada dua jenis bot. bot laju dan bot perlahan. alaaa... tak perlu pun ambil bot laju. harga satu bot laju 400,000 rupiah. korang ambil jer bot perlahan sebijik. 150,000 rupiah jer. ingat booh... bahagi 4 orang kannn..
kalau takut tak payah naik bot. lebih baik minum jus alpukat kat tepi bot penambang tuuu.. lagi jimat. hahaha...



kalau korang ambil bot laju korang tak sempat la nak bergambar sepanjang sungai musi. dengan bot perlahan korang boleh menikmati apa yang ada di sepanjang sungai musi. korang boleh bersantai bagai. bukan nak kejar masa pun. sejam jer pergi balik. bab keselamatan penumpang... hadooih.. out.

tips 7 : ambil supir
sesetengah tempat korang lebih jimat guna perkhidmatan supir. lebih menjimatkan dan mudah korang nak uruskan masa. aku mencadangkan korang ambil supir dikalangan pemandu grab. korang bincang dengan dia untuk ambil perkhidmatan 12 jam. so korang boleh jer minta dia hantar ke mana2 yang korang nak pergi. satu hari cukup laaa.. hari2 lain korang gerak la sendiri.




tips 8 : tips bajet kedekut backpakers
backpackers tegar boleh jer lepak tidur merata-rata. kalau korang nak betul-betul jimat untuk trip palembang, aku cadangkan korang ambil flight awal pagi dan return pun awal pagi jugak. aku bagi contoh:

SELASA
malam tidur di KLIA2

RABU   KL - PALEMBANG  7 PAGI
sampai palembang korang boleh jalan lepak santai sekitar ampera, monpera, masjid agung dan pasar 16 ilir. naik bas, grab, gojek, angkut. terus layan bot hari ni. malam korang boleh lepak kat banteng beso sambil pekena jus alpukat.

KHAMIS 8 PAGI
korang guna pak supir yang dah booking semalam untuk jalan-jalan satu hari sekitar palembang. pastikan korang dah list tempat2 yang korang nak pergi. bagi pada supir minta dia bawa.

haaa.. ni penting untuk misi berjimat tahap dewa. last korang minta dia hantarkan ke airport. masih free sebab masih dalam pakej harian sewa supir tu. so, korang pandai-pandai la tidur kat airport tu.

aku mula2 memang planning nak tidur airport, tapi pak supir carikan bilik hotel murahan 200,000 rupiah jer, so tak jadilah tidur di airport malam last tu.

JUMAAT PALEMBANG - KL 8 PAGI
balik awal..jimat..


okeh laaa.. cukup la aku bagi 8 tips jimat tu. harap korang dapat guna tips2 ni semasa di palembang. kat tempat lain pun boleh kot.. kannn...


backpackers , palembang , sungai musi , ampera , cikgu travel , smk mentakab , smk karak , us , ushark , pokcikket, tip jimat backpacker

No comments:

Post a Comment

parking jimat dan mudah ke klia dan klia2

aku dah pening. macam mana aku  nak parking kereta aku semasa aku pergi travel. biasanya aku dari temerloh naik bas jer ke hentian pekelilin...