Friday, February 12, 2010

pasport ke neraka ker?

tiga hari lepas wa dah buat surat beranak baby baru wa. teringat masa mula-mula wa buat urusan dengan JPN kecik-kecik dulu.
wa bawa gambar empat keping. gambar hitam putih. bukan main hensem wa rasa gambar kat tangan wa ni. (wa rasa la... orang lain wa tak tau la pulak). hari ni abah ajak wa ke pekan yan. buat ic. (abah wa panggil 'pasport'). wa suka. wa dah nak ada ic. wa dah besar rupanya..

gambar wa dalam ic tuu..



ni ha... ic dulu-dulu.. gambar wa tu 'terletak' baik kat situ. masa tu susah sangat orang nak palsukan ic macam ni.. hebat sangat la teknologi nih..

sampai sana abah isi borang untuk wa. wa releks jer. tunggu giliran wa.. ramai betul orang. tunggu punya tunggu.. makcik kerani panggil nama wa. dua-dua ibu jari wa kena cop kat depan ic. ic biru. kena tunggu tiga bulan lagi baru siap ic tu.

ic tak dapat lagi. nombor ic dah dapat. abah suruh wa hafal nombor ic wa. wa hafal sungguh-sungguh. esok pagi abah nak dengar sendiri dari mulut wa.

abah pesan,"abang dah ada pasport... sembahyang tak boleh tinggal lagi. nanti masuk neraka!"
hohoho... bisa sungguh pesanan abah wa. harap-harap ni bukanlah pasport untuk wa masuk neraka. minta simpang jauh-jauh.. amin.

No comments:

Post a Comment