Sunday, November 29, 2009

khurbani.. khurbani..

wa ngaji dulu.. tok guru wa kata kalau pagi raya haji sunat 'berbreakfirst' makan daging korban. wa tunggu-tunggu juga mana daging korban yang boleh wa makan. pukul 11 pun tak de lagi daging korban. wa lapaq.. jadi wa pula "terkorban" hajat wa. wa makan bahulu. habis sunat pagi raya wa..

wa dengan ajaq tengah proses kepala kambing


wa pakat dengan family belah bini wa buat korban tahun ni. first time wa buat. petang sebelum raya wa dah lega.. kerbau dah ada depan mata. biras wa dengan geng dia angkut guna trektor sebab kerbau degil. tak nak jalan. wa? kerja wa tangkap gambar jer.

bukan main hebat kerbau ni.. angkut dengan trektor tu..

cadangnya nak korban pagi raya kedua. ubah plan pulak. petang raya kerbau tu dah 'terkorban'. wa pun ada kat tempat korban. kerja wa tangkap gambar la. wa tengok zila tarik-tarik tanduk kerbau masa nak sembelih. terkehel-kehel kepala kerbau tu. mujur tak tercabut tanduk.

zila tunjuk hebat.. tarik tanduk kerbau.. elehh.. kerbau dah ikat boleh laaa..

masa orang lapah kerbau... wa releks jer.. wa bukan boleh sangat buat kerja-kerja melapah ni. wa tangkap gambar lagi. akak ipar wa dah perasan.. asyik bergambar jer wa ni.. dia bagi wa cangkul. uhhh.. kena gali lubang hujung sana nu... habis melecit-lecit tangan wa. demi tak nak melapah daging... wa teruskan menggali slow-slow.

sapa pulak yang curi-curi ambek gambar wa gali lubang nih?!


hahaha... malam menjelma. tugas wa selain ambil gambar... kena buat sup tulang. hampa jangan tak tahu... wa yang masak sup tulang malam tu. habis licin menjelang pukul 2 pagi.

anak-anak sedara wa meratah sup gearbox!.. mujur tak tercabut gigi dan gusi..

pagi raya kedua.. semua persiapan kenduri cukur jambul al-imran tengah rancak. hj wahid sibuk masak. wa tukang kacau. tanak nasik minyak. hj wahid bagi wa pengayuh. wa la kena kayuh nasik minyak hj wahid. sedap betul nasik minyak hj wahid.. wa pun ada saham dalam nasik minyak tu tau!

gunting... cukur... sampai licin..


peeerghhh... 'bapak' gelinya wa tanam perut dengan kulit kerbau. nak buat macam mana.. tugas wa semalam kena selesaikan. sampai petang wa dah tak daya. wa rehat sebab malam ni wa nak balik kedah.

letih jugak buat kerja korban ni... wa rasa syoq. insyaallah kalau ada rezeki lebih.. wa nak buat korban lagi tiap-tiap tahun. formulanya... simpan seringgit sehari! itu jerr.. ada berani ker?!

Tuesday, November 24, 2009

test raya jauh

abah bagi wa 50 get. duit ni nak beli apa yang patut untuk raya esok. wa ambil keputusan nak raya di rumah tok itam. tok wa sebelah mak wa. wa teragak-agak juga bila nak buat keputusan ni.

wa rasa wa dah besar. wa dah ada sijil upsr. biar pun wa tak dapat 5A... adalah lebih baik daripada orang yang hanya ada sijil lahir jer. tak gitu broo..

esok raya haji. wa cakap wa nak raya di rumah tok itam. wa nak test raya jauh dari orang tua wa. mana lah tahu.. bila besar nanti... bila kawen nanti.. wa kena raya jauh dari keluarga wa. biar wa biasa-biasakan diri.

malam raya rumah tok itam. wa rasa tak meriah. memang tak meriah pun. wa, tok itam dengan cu jer yang ada. semua anak cucu tok itam tak balik raya. raya haji jer...

pagi raya wa tak pi sembahyang raya. tak dak sapa yang nak bawa wa pi masjid. masjid jauh. wa pakai baju melayu. salam tok itam, salam cu. uuuhhhh... bosan sungguh raya tempat orang. wa nak raya rumah wa. huuuaaa....

petang, pukul 5 lebih wa tunggu bas UTC tepi jalan. wa tunggu mak abah wa. depa kata nak mai rumah tok itam petang raya. wa tunggu... dan depa sampai tepat pada masanya.

tahun ni sekali lagi wa raya jauh dari keluarga wa. wa tak kisah sebab wa dah ada keluarga sendiri. kali ni wa raya di temerloh. wa dah bersedia dari dulu. dah dah bersedia masa wa baru dapat sijil upsr lagi.


kesempatan ni 'pokcikket' ucapkan selamat hari raya aidil adha. maaf zahir batin. jemput semua kawan-kawan yang kenal pokcikket datang ke rumah mak mertua pokcikket di kampung paya luas temerloh pada tengahari raya ke dua. ada makan-makan!.

Wednesday, November 18, 2009

dah potong !

potong! potong! potong!...
wa dah potong!

ayon, anak wa tengok iklan potong kat tv. wa pasti hampa semua pun pernah tengok iklan potong TM tu kan.

ayon tanya wa bila nak potong barang dia. ewahhh... berani sangat!. ayon mintak nak potong cuti ni. wa tengok dia kecik lagi. body ayon tak macam wa dulu. ayon kurus. ikut gen tok wan wa agak ni. wa dulu gedebab. masa darjah dua macam ayon, badan wa dah bulat. wa ikut gen mak wa.

"abah potong kat mana?"
wa sengeh jer.. "kat klinik" kata wa.

"potong darjah berapa?" uishh.. banyak pulak soalan budak ni.
"abah potong dengan pak ngah (kamal adik wa), abah darjah tiga pak ngah darjah satu"

"ayon nak potong jugak!" ayon mintak wa bawa dia pi potong. wa pujuk ayon. wa malas nak potong barang ayon tahun ni. wa ingat nak potong cuti tahun depan jer.

"ayon anak abah..." wa cuba ayat ayon.
"...abah potong masa abah darjah tiga, jadi ayon pun potong masa darjah tiga jugak laaa... baru boleh geng dengan abah !"

ayon setuju.

wa tengok ayon berani sangat.
wa dulu...

misi panggil nama wa. panggil suruh masuk bilik. wa abang, wa kena panggil dulu la. wa habis kecut-kecut. abah wa pimpin wa masuk bilik. kamal tinggal kat luar. doktor daud dengan misi india dah sedia. doktor daud suruh wa baring, wa ikut. suruh tanggal kain, wa ikut..

bila jer doktor daud pegang barang wa. wa nangis kuat-kuat. wa tak nak. wa tak nak potong. wa takut hilang wa punya barang. wa nak jadi lelaki !

abah pujuk wa. abah kata kalau nak jadi lelaki.. wa kena potong. mintak mahappp... wa tutup barang wa dengan tangan. wa tak mahu potong. apa nak jadi... jadi la..

doktor daud sengeh jer.. dia suruh abah wa bawa wa keluar. tenangkan wa. takut naik pulak darah wa. banyak pulak darah nanti masa potong.

kamal ambil tempat wa. wa releks kat luar. wa nangis sedu-sedu kat luar. dalam 15 minit macam tu kamal keluar. jalan kengkang-kengkang. berlagak pulak tu... kamal dah potong. tercabar wa. wa kuatkan semangat. kali ni wa melangkah masuk sekali lagi jumpa doktor daud. wa baring. wa relakan apa yang doktor daud buat kat wa. rela dalam tak rela.. wa sedu-sedu tahan sakit.

fuhhh.. kalau sekali lagi wa disuruh potong... tobat wa tak nak potong lagi.

seminggu lepas tu wa dah boleh pakai seluar. dalam geng wa, wa antara yang terawal potong. ini lah masa wa nak kenakan kawan-kawan wa pulak. cerita pasal potong kasi gempaq. biar kawan-kawan wa takut lebih teruk dari wa. hahaha...

Thursday, November 12, 2009

nak tengok tv pun susah...

untung betul budak-budak la ni. mak bapak orang berada. kalau tengok tv... tak main la tengok rtm. apa kelas tengok "tv orang tua" macam rtm tu. anak-anak wa pun sama juga... sejak wa bubuh kuali astro kat umah wa dua tahun lepas... anak-anak wa memang melekat depan tv. sanggup duduk di rumah. dah tak nak ikut wa keluar bandar. sayang sangat kat tv tu. geram jugak wa tengok. liat sangat nak study!

wa tak kisah sangat dengan astro ni. ada pun tak pa.. tak dak pun tak pa. dua tahun lepas wa terpaksa.. wa terpaksa bubuh astro. mana tak nya. keliling rumah wa semua pakai astro. wa terpaksa jadi kisah bila tv kat rumah wa tak de langsung gambar. bila buka tv... biruuuu jer. bunyi pun tak dak. kawasan rumah wa dah tak dak siaran tv free lagi.

wa teringat masa wa kecik dulu. tahun 1985. wa darjah tiga. rumah wa ada tv toshiba. tv hitam putih. tv tu pun dah lama. seingat wa.. mungkin keluaran tahun 1970 an. masa tu tv3 tak dak lagi. KL dah ada siaran tv3. wa di rumah cuma ada tv1 dengan tv2 jer. siaran? siaran cuma pukul 10.00 pagi sampai 12.00 malam jer. masa tv3 ada siaran kat kampung wa, wa cuba juga cari siaran tv3. wa pulas-pulas tombol chenel dengan kepit kuku. pulas-pulas tak jumpa-jumpa jugak. jagi wa kena setia dengan rtm jer la.. tombol chenel tv wa patah. sebab tu wa kena guna kepit kuku. itu jer cara wa tukar chenel tv.

rumah-rumah jiran wa ada yang dah pakai tv 'kaler'. di luar rumah wa dengar bising-bising. abah wa balik nampak cemas. tah dari mana abah wa datang. wa nampak abah wa cakap-cakap dengan mak wa. mak wa nampak takut. wa masih tengok tv dengan kamal. cerita karton agaknya. wa pun tak berapa ingat.

yang wa ingat... mak wa masuk rumah terus tutup tv. abah pegang tv. wa tengok abah. abah terus angkat tv bawa masuk bawah katil kat bilik abah. mak wa capai radio buruk. sumbat juga bawah katil. abah selimut tv dengan guni cabai kering. abah tunjuk isyarat kat wa. wa faham yang abah wa suruh diam. wa masih terkebil-kebil tak pasti apa yang berlaku.

"tak dak lesen tv" mak wa cakap kat wa.

"orang mai nak tengok lesen. ada kat rumah tok teh la ni" kata mak wa.

hohoho... baru wa tau. abah wa tak ambil lesen tv. sapa-sapa ada tv kena ada lesen. satu tv lesennya 24 hingget setahun. lesen radio 15 hingget. kena ambil kat pejabat pos. lesen tv warna biru. lesen radio warna kuning. kena gantung kat dinding. abah wa tak mampu. 24 hingget banyak wooo... wa orang miskin.

wa curi gambar ni dari blog http://alif-mikail.blogspot.com/2008/10/irama-dag-dig-dug.html

"nanti kalau depa tanya... kata kita tak dak tv" pesan mak wa. wa angguk faham. sekali lagi mak wa pesan kat kamal. kamal bukannya boleh harap. kamal kecik lagi. takut jugak dia pecah lubang. nahas pulak abah wa..

wa tengok ikut tingkap bilik abah. wa nampak 'orang' yang abah wa katakan tu lalu. 'orang' tu tengok rumah wa. 'orang' tu terus jer. tak singgah rumah wa. abah wa lega. mungkin 'orang' tu sangka kat rumah wa tak dak tv. rumah wa buruk. 'tak layak' ada tv.

wa nampak 'orang' tu singgah rumah cikgu pe'ah. lepas rumah cikgu pe'ah.. rumah cikgu ali pulak. harap-harap cikgu pe'ah dengan cikgu ali tak pecah lubang.

malam bila dah selamat baru abah wa keluarkan balik tv denga radio. dapat la tengok balik. tengok drama minggu ini. fuhh.. macam tu lah setiap tahun abah wa buat. seingat wa juga... abah wa tak pernah kantoi.

tahun 90an, lasen tv radio dimansuhkan dalam belanjawan kerajaan. wa dapat tengok tv dengan selesa. tak payah nyorokkan tv lagi. wa tengok tv hitam putih dari wa tak sekolah lagi sampai la wa tingkatan 6 atas. 15 tahun!. lama tuuu..

1996 wa tengok tv tu buat kali terakhir. semua orang tak lagi tengok tv hitam putih. keluarga wa masih setia. setia dengan tv hitam putih. sekarang bila wa cerita kar pompuan wa. pompuan wa kata dia tengok tv 'kaler' masa dia tadika lagi. ugggppp.. tertelan air liur wa. jauhnya beza antara kita.

Friday, November 06, 2009

tak nak cakap banyak !

wa tak nak cakap banyak. tengok ni..

..10 tahun dah merantau

..10 alasan dah bagi

nak kena guna "cable" besar gajah ke?! hahaha..

Monday, November 02, 2009

keranji tok itam

dah dua tiga kali wa cerita pasal tok melah. tok wa belah abah wa. sekali-sekali wa ada jugak pi rumah tok itam. tok belah mak wa pulak. tok itam tak la hitam sangat. cuma hitam manis. macam wa jugak la…

wa panggil tok itam. cucu-cucu tok itam semua panggil tok itam. nak buat macam mana… dah memang nama dia itam binti abas. rumah tok itam di batu dua. sebelah lee rubber sungai petani. dari rumah wa dalam 15 batu jugak la.. tok itam duduk dengan cu, adik mak wa. suami tok itam dah meninggal masa wa umur dua tahun.

tok itam suka latah. wa selalu usik tok itam. mak wa selalu marah wa. marah sebab wa selalu nyakat tok itam. kalau wa suruh nari… menarilah tok itam. kalau wa suruh lompat… lompatlah tok itam. pernah satu hari tok itam pegang parang. tok itam latah. puas mak wa tenangkan tok itam. apa lah penyakit tok itam ni… huhuhu...

belakang rumah tok itam ada pokok keranji. wa selalu jugak kutip keranji. masam- masam manis. pokok keranji rumah tok itam macam pokok balak. batang dua pemeluk. wa kutip. wa makan ramai-ramai. seronok betul kutip buah keranji.

kelmarin wa ke rompin. wa nampak keranji tepi jalan. orang asli yang jual. wa ingat tok itam. wa teringat zaman kecik wa. wa teringin nak makan keranji. wa beli dua bungkus untuk wa rasa. dah lama wa tak makan keranji. pompuan wa pun sama. pompuan wa sarat mengandung. asam-asam ni dia suka la. wa tapau untuk dia lah ni..

gerai keranji sepanjang jalan muazzam ke segamat. mamat asli tokey kedai tu pemalu sangat..

ni la buah keranji... montel-montel betul...

nazri biasa la... dengan "jari rock" dia la...

sampai rumah, wa bagi anak-anak wa rasa. biar depa rasa macam wa rasa dulu. wa terang serba sikit pasal keranji. last sekali wa tutup penerangan wa dengan pantun kat anak-anak wa…

surung papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
suruh makan dia makan
suruh mengaji dia tak tahu

anak-anak wa sengeh jer… terus ambil buku. nak tunjuk kat wa yang depa pandai ngaji.
hahaha.. ambik hati wa la tuuu…

parking jimat dan mudah ke klia dan klia2

aku dah pening. macam mana aku  nak parking kereta aku semasa aku pergi travel. biasanya aku dari temerloh naik bas jer ke hentian pekelilin...