Tuesday, September 21, 2010

ngajaq pakai t-shirt hari-hari la lepas ni..

fuuuhhh... lega sangat wa rasa hari ni bila KP pj tunjukkan surat siaran pakaian baju sukan. wa boleh pakai baju sukan sehari suntuk di sekolah. selama ni wa 'curi-curi' pakai baju sukan sampai balik. malas betul wa nak tukar baju lepas pj. bau assemm!

kalau dulu sepatutnya semua cikgu dan murid kena tukar pakai baju kemeja lepas waktu pj. cikgu juga tak boleh mengajar pakai t-shirt dalam kelas. la ni dah ok!


berita ni kalau cakap kat pompuan wa.. mesti dia suka. masa wa nak mintak sambung belajar pj kat upm dulu pun dia sonok sangat. pertama sebab wa boleh dapat gaji lebih sikit. yang kedua pulak.. dia tak payah la nak gosok baju kerja wa lagi..

wa ngajaq pj 20 masa seminggu. dan boleh la pekena t-shirt hari-hari. anak-anak wa pulak tak payah la lagi bawa baju sekolah dalam beg lepas ni. pakai jer baju pj tu sampai balik.

bau?!.. huhu.. jangan tanya la.. nasib aaa...

kengkawan wa ada yang 'jeles'. hahaha.. wa boleh ketawa besar lepas ni.. satu beban wa dah terlepas..

Thursday, September 09, 2010

kalau macam ni.. untung la ayon..

hanya ayon yang ikut wa balik kampung raya ni. yang lain ikut umie raya kat temerloh. untung la ayon balik kali ni..
kebetulan birthday ayon ke 9. mak lang belanja kek sebijik. untung la ayon!. wa pulak belanja kfc 9 ketul dengan mercun tarik. jam tangan sebijik. untung la ayon!.. pak su pulak layan ayon beli mercun. wa pun tumpang sekaki la main mercun malam kemarin. (wa pun untung jugak kih kih kih..)

insentif di tangan (kakak dengan adik tak der)

potong kek aufa@9

abah tumpang setangan

yam yam yammm..

kek mak lang belanja..

wan? wan lagi la banyak belanja.. siap bagi insentif kat cucu dia tu..
i. insentif hari jadi
ii. insentif puasa penuh
iii. insentif exam
iv. insentif balik kampung (sebab cucu ni sanggup raya dengan dia)
v. satay 50 cucuk + mercun
vi. duit raya
huyyooo... berapa banyak ayon dapat dari wan?! untung la ayon.. (pssss.. kalau abah tak de duit, abah pinjam ayon punyer aaa..)
kenapa la wan wa dulu tak macam wan ayon aaa...?

Wednesday, September 08, 2010

persiapan raya..

sepatutnya wa raya kat pahang. tapi wa kona balik kedah. wa kona dengan ayon jer.. pompuan wa raya pahang. emak wa sakit.. emak mertua wa kurang sihat + abang ipar wa baru meninggal. jadi terpaksalah buat keputusan lagu ni.. it's ok bro..

wa sampai di kampung. suden pun sampai jugak. adoooiyyaiii.. semak betul rumah mak abah wa. depa tak larat nak bersihkan rumah. satu hari wa dengan sudin cuci kawasan rumah.

hari ni suden dah nak balik sabak bernama. adik pompuan wa pun nak raya rumah mertua dia di bagan datoh. kamal, semalam baru naik sarjen. kena kerja sampai 19hb. jadi.. wa dengan ayon jer lah temankan emak abah wa raya di tempoyak.
selamat hari raya lah semua..

Monday, August 30, 2010

facebook vs blog

sedar tak sedar dah sebulan lebih wa tak update blog wa ni. apasal ekk?. mudah cerita, facebook punya pasal la ni. semua orang tergila-gilakan facebok. wa pun hampir nak gila. mujur masih waras.

dalam dok syoq layan facebook, blog makin dilupakan. wa tengok blog kengkawan wa... hellehhh serupa jer macam wa. malah ada yang lebih teruk daripada wa.


blog nazri, geng oren yang pernah wa cerita ari tu dalam blog ni. dulu beria sangat suruh wa ajaq buat blog. katanya nak bagi info pasal olahraga. almaklumlah.. dia pegawai teknik olahraga daerah bentong. la ni dah berbulan-bulan tak update. apa kes? kes facebook punya hal laa...
blog anjungsena sama jugak. blog tentang penulisan dan perguruan. dia tanya wa sebab apa tak update blog wa. cheeeehhh.. lu pun sama bebbb.. tak update jugak. dah berbulan-bulan. apa kes?.. hahaha.. facebook punya kes jugak la..

ni lagi satu yang teruk ni... blog hunnyhafeez. blog cerita personal macam blog wa jugak la.. terus tutup akaun. wa tanya dia apasal? hahaha.. syoq layan facebook la weh..

ada lagi.. tapi cukup la wa bagi tiga blog ni ja.. wa tak nafikan penangan blog sudah berada di akhir hayat. macam yahoo messenger ngan mIRC yang dah lingkop tu..

hakikatnya sekarang blog tidak lagi sesuai untuk personal sosialisasi. tapi kalau untuk informasi dan politik, blog masih ok.

wa tak kisah.. orang nak baca ker tak nak baca ker blog wa.. ini adalah blog peribadi wa. wa akan bertahan setakat yang wa mampu. kalau tak bleh jugak nak wat macam mana...

Wednesday, July 07, 2010

al mashoor (lelaki) dalam kenangan

cuti-cuti @ penang kali ni wa dah rancang sebelum balik kedah hari tu lagi. dah lama wa tak pi penang. jangan tak tahu pulak, wa pernah study kat sana dulu.

wa bawa satu family dengan abah wa sekali jalan-jalan ronda penang satu hari. mak wa tak dapat pi. ada hal. alaaa... bukannya susah sangat kat penang tu. wa dah biasa sangat jalan-jalan kat georgetown tu. tapi wa silap, itu lebih 15 tahun lepas. akhirnya wa tersesat juga dalam bandar tu. wa bawa family wa pi rumah p.ramlee kat dato' keramat. wa tengok ayah wa khusyuk sangat tengok gambaq dan benda-benda p.ramlee. almaklumlah.. p.ramlee hidup zaman abah wa muda-muda dulu.
tempat tumpuan wa tentunya sekolah wa dulu. smka almashoor(l) dekat masjid negeri. sampai sana. terpegun wa tengok kelainan sekolah wa. bangunan sekolah yang wa belajar dulu dah jadi asrama. sekolah wa dah "makan" smk zainal abidin. sekolah tepi sekolah wa dulu. wa tak tau la mana pi pulak sekolah zainal abidin tu. sekolah tu dah jadi mashoor la ni.

hallammak... sekolah wa dah jadi sekolah kluster cemerlang laa..


sekolah wa dah ada bas sendiri, bangunan rumah guru dan macam-macam lagi lah. wa cakap kat anak wa. inilah sekolah abah. hanya budak pandai jer dapat sekolah kat sini. hihihi... wa bukan nak riak wa pandai, cuma nak bagi semangat kat anak-anak wa saja. wa rela dan bangga kalau satu hari nanti anak lelaki wa nak sekolah kat sini macam wa dulu.

ni bangunan sekolah wa dulu.. dah jadi asrama sepenuhnya..

setengah jam di almashoor, wa ajak anak lelaki wa ronda-ronda dalam mashoor. mengimbas kenangan silam wa. di sini wa kenal kawan-kawan yang baik hati dan berhati waja. kawan yang tak pernah ajak wa hisap rokok walaupun hampir semua geng wa hisap rokok.

wa tinggalkan almashoor sarat dengan kenangan. ada masa wa datang lagi...

Sunday, July 04, 2010

minggu layan 'anak sedara'

minggu lepas memang wa sibuk ke hulu ke hilir. melayan anak-anak sedara yang sambung belajar.

nida, anak kak tie. sepupu wa yang paling tua dapat ipg (maktab) tg ampuan afzan lipis. awal-awal lagi kak tie dah call wa tanyakkan tentang lipis. maklumlah wa duduk pahang. wa lah tempat paling 'strategik' untuk depa dapatkan maklumat. wa memang berbesar hati tawarkan 'khidmat' apa yang boleh. wa ajak depa satu family lepak kat umah wa dulu sebelum pergi daftar.
bukan main seronok lagi..
kak tie cucu sulung tok wan dan wa cucu ke 5. masa kak tie kawen, wa kecik lagi. wa baru darjah 3. wa dengan keluarga kak tie memang rapat. dulu masa kecik wa selalu lepak rumah ngah (mak kak tie) kat pengkalan kakap. ngah yang jaga wa masa abah dengan mak wa pergi kuala lumpur. ngah selalu ceritakan wa tentang kisah-kisah nabi dan firaun.
wa juga pernah lepak rumah kak tie masa cuti sekolah. akmal anak sulung kak tie baru umur 4 tahun masa tu. la ni akmal dah ada ijazah pun. masa tu kak tie buat jual-jual kacang. akmal enterprise, packing dan jual ke kedai-kedai.
mengenangkan jasa family kak tie pada wa, wa dengan pompuan wa ambek cuti untuk uruskan nida di lipis. wa tahu lipis bukannya tempat yang 'mudah' untuk orang luar. jangkaan wa tepat bila wa tengok betapa kak tie susah hati nak tinggalkan nida di sana. wa harap nida ok dan dapat jadi jadi "cikgu bm sekolah cina" yang baik suatu hari nanti... ada masa pak long pi jengok nida di sana.
habis bab nida, empat hari lepas tu melayan nyah pulak, anak sedara pompuan wa. adoooiyyyaiii... dapat ums la pulak. mulanya nak hantar ke sabah. tapi banyak sangat kekangan. anak wa yang kecik tu sapa nak jaga. last-last hantar sampai lcct jer laa..

cehh..gambar wa jugak yang tak de dalam ni..

nyah anak yatim piatu. memang mak mertua wa yang jaga sejak baby. nyah memang rapat dengan pompuan wa. memang pompuan la tempat nyah mengadu masalah. tak pa lah nyah.. pergi jer lah. ada masa nanti pokcikket dengan moknik pergi tengok nyah kat sana. boleh terus cuti-cuti malaysia @ sabah.

wa tumpang seronok dengar anak-anak sedara wa dapat sambung belajar tinggi-tinggi... anak-anak wa tak tahu lagi nasibnya.. semoga menjadi jugak! amin.

Tuesday, June 29, 2010

18sx : pompuan wa marah wa

petang semalam pompuan wa marah wa sungguh-sungguh bila wa suruh anak pompuan wa mandi dalam bilik air yang wa dah bersihkan. pelik!

anak wa nak mandi dalam bilik air wa. wa kata tak boleh. pas tu wa terus 'sound' anak wa.
"pegi la mandi dalam bilik air yang abah dah cuci calat tu"

pompuan wa marah sebab wa sebut perkataan calat. apa salahnya. wa sebut betul. calat bagi pompuan wa bermaksud 'benda tak senonoh' dan bagi wa.. calat adalah cuci bersih.

pompuan wa ngomel-ngomel wa lagi. katanya wa ajar anak benda-benda tak senonoh. bertekak juga la wa mempertahankan maksud calat.
wa cari kamus dewan wa. lama tak buka. ada bawah katil anak wa rupanya. wa ambil. belek cari perkataan calat. jumpa..

"ha tengok ni!" wa terus tunjuk kat pompuan wa. hampa pun tengok boleh tengok sini.

apa yang pompuan wa maksudkan adalah maksud calat yang nombor satu. yang wa maksudkan pulak nombor dua. dua-dua betul.
pompuan wa lega... tak marah lagi. wa puas hati sebab wa cakap benda yang betul. cuma tak kena pada tempatnya. di kedah maksudnya lain, di pahang maksudnya lain. lain kali wa kena jaga mulut. wa kena ikut resam di mana berada.

psss.. psss...! kulup pun tak boleh digunakan di pahang. maksudnya kulit anu lelaki. kat kedah boleh. maksudnya pendek dan tumpul. ayat: pensel ni dah kulup. (pensel ini sudah pendek dan tumpul). hayyyyaaaa... susah la macam ni..

Monday, June 21, 2010

konvokesyen oum - umie

ini kali pertama wa ke pwtc kat kl tu. wa bukannya tahu sangat area-area kl ni. wa tahu la apa tu klcc, dato keramat, tugu negara, pwtc tapi masalahnya wa tak pernah pandu kereta dalam kl. kalau wa pi kl biasanya wa akan parking kat hentian putera gombak. pas tu wa naik tren ke kl. mudah bagi wa yang malas nak bersesak kat kl tu.

kelmarin wa temankan pompuan wa ke pwtc. ada majlis konvokesyen dia. wa nampak dia ceria je sepanjang hari. almaklumlah... hari konvo. wa memang 'layan habis' pompuan wa hari tu. wa nak dia ceria. wa nak dia suka hati. suka hati macam mana wa rasa masa wa konvo kat upm dulu.

kat pwtc punya lah ramai orang. wa rasa macam pegi umrah pun ada. sesak dengan graduan. lebih sesak lagi dengan family yang datang. wa tak bawa anak-anak wa. wa tinggal kat ngah non. pengasuh anak-anak wa. (terima kasih ngah)

masuk dalam dewan, wa terus duduk depan. sempatlah wa ambil video pompuan wa konvo.

video

apa pun wa ucapkan tahniah kat pompuan wa kerana berjaya juga habis buat ijazah. wa tumpang happy dan terharu.

pompoan wa tanya wa.. "agak-agak bila kita nak datang konvo lagi bang?"
wa senyum.. "..mungkin konvo anak-anak kita nanti..."

wa pimpin tangan dia sambil jalan balik..

Friday, June 11, 2010

syoqnya balik kampung: versi tukang gunting

wa masih dalam mood balik kampung. wa nak cerita tentang uniknya kampung wa. wa sure punya tempat lain susah nak ada kedai gunting mesra macam kampung wa.

tukang gunting muda daripada wa. wa panggil dia pak teh. pak teh tak la putih sangat. kulit dia standart-standart kulit jejaka kedah je. macam kulit wa jugak. kulit ‘putih-putih kulit manggis’!

dua hari lepas wa dah gunting dengan pak teh. lepas subuh wa dah terpacak depan rumah pak teh. ambil turn. takut ramai la pulak. tiga empat minit pak teh pegang kepala wa.. dah siap. pak teh memang cekap.

kalau malam raya pak teh boleh gunting rambut lebih seratus penduduk kampung. malam raya pak teh buka kedai bawah rumah sampai pukul tiga pagi. satu kepala tiga ringgit. kalau budak-budak pak teh ambek dua ringgit.

pak teh tak kisah. kalau ada orang sakit nak gunting rambut. call jer pak teh. tak sampai sepuluh minit pak teh dah sampai. tak sampai 5 minit pak teh pegang kepala.. tiga ringgit pak teh dapat. murah betul..

pak teh tak kisah kalau pelanggan tak de duit. gunting dulu.. bila-bila ada duit datang la bayar. kalau tak bayar terus pun tak pe!. hihi.. (malu weh kalau buat macam ni).

kat rumah pak teh tak pernah surut orang. mak pak teh sampai boleh buka gerai. jual air.. jual keropok dan macam-macam.


pelanggan dok tunggu turn nak gunting..
baby wa potong line.. thanks pak teh..

petang tadi wa bawa baby wa gunting rambut kat pak teh. tak sampai 3minit siap. pak teh tak caj apa-apa. tapi wa tetap letak singgit atas kerusi gunting pak teh untuk iktiraf kerja pak teh. pak teh ambek.

mata mesin gunting pak teh bukan beli kat giant atau tesco. mesih pak teh memang mahal. mesin pak teh boleh mesin selagi mahu. setakat 100 kepala berturut-turut.. apa la sangat bagi pak teh. pak teh cuti hari selasa, sebulan sekali pak teh kena bawa mata mesih ke penang untuk asah.

tujuh tahun pak teh jadi tukang gunting. pak teh dah boleh buat rumah sendiri. abah wa kata rumah baru pak teh harga lebih 100 ribu. pak teh buat cash. (gila !!...)

sembang-sembang dengan pak teh. wa suruh pak teh panggil wartawan sinar harian. suruh tengok sambutan malam raya. hahaha…. pak teh gelak besar. nantilah wa usahakan untuk pak teh. bravo pak teh.

p/s: pak teh suruh wa tuleh nama kedai pak teh dalam blog ni… (pada hal tak de pun nama kedai dia..) “kedai gunting rambut sungai baru merbok”. biar mudah orang cari dan baca dari google..

Sunday, June 06, 2010

sesekali di kampung...

hohoho.. wa dah sampai kedah. macam-macam aktiviti bila wa dah ada kat kampung ni. pagi tadi tentunya aktiviti "masak sorang-sorang, makan ramai-ramai". hihihi... mak wa yang masak... anak menantu tunggu makan jer. almaklumlah.. nak rasa makan masakan ibu.. nasi lemak sambal sotong kering... peeeerrrrgggghhh...

pagi-pagi lagi cucu-cucu dah keliling tok wan. apa yang tok wan cerita pun wa tak tau. cucu-cucu asyik dok 'keliting' tok wan jer..

aikkk?!!... mana sorang lagi cucu tok wan?..

aktiviti wa pun banyak. lepas makan kenduri sepupu wa, wa terus pi tengok rumah wa. cehhh... meter paip air rumah wa kena curi pulak. 'cinabeng' punya 'kawaq'. rumah wa dalam proses nak jual. esok jumpa peguam.

jeng..jeng..jenggg... tugas wa malam ni. bekam lintah. adik wa pening kepada plus bermasalah jerawat batu. wa malas nak cerita panjang-panjang... tengok la sendiri gambaq wa ni..

"tabib" sedang merawat..

hek elleeehhh... berani la konon..

ni lintah lepas bekam..

esok.. banyak lagi aktiviti wa... syoqnya sesekali di kampung..

Tuesday, June 01, 2010

kognitif wa agak kurang stabil..

aduuuiiiyaiii... tak tentu hala wa dua tiga hari ni. dunia kognitif wa agak kurang stabil. laptop pinjam wa rosak pulak dah. selama ni wa guna laptop tu la kalau nak update blog ni..
hihihi... laptop pinjam!. wa bukannya tak de laptop sendiri. tapi laptop wa tu ada problem hard disk. wa mintak pinjam laptop nyah (anak sedara wa) satu minggu.. kemudian wa rasa sedap pulak guna laptop tu.. last-last dah setahun wa pinjam laptop nyah.

nyah pun tak de kata apa pun kat wa. tak mintak-mintak pun. wa pun buat-buat tak faham jer laa.. bila dah jadi macam ni, wa terasa sangat kehilangannya. memang wa ada rancang nak beli yang baru.. tapi ada yang free lagi best...hihihi..

wa ingat wa kena bagi balik la kat nyah. sebelum bagi balik tentu la kena 'bela' balik laptop tu. alang-alang nak pi 'bela'.. wa hantar terus laptop wa yang lama tu. tokeh kedai tu kata lepas cuti sekolah baru siap... huhuhu... 'melanuih' la wa dua minggu ni.

ni ha resit yang wa hantar dua laptop wa tu.. cepat laaaa siap... tangan wa dah gigil niii..


ini pun wa update guna laptop pinjam jugak. pinjam kawan wa punya. pinjam sejam jer.. hihihi... takut pulak jadi seminggu..

dalam zaman mutakhir ni.. wa kena ada tiga gadget ni bersama wa setiap masa.. dua bijik tepon buruk wa (yang satu tu nombor pada keypad pun dah tanggal).. kamera oren wa.. dan satu lagi laptop. hari ni hidup wa tak tenteram kerana wa hilang satu gadget wa ni.. mungkin otak wa kembali stabil bila wa dah beli laptop baru... ooopsss...

Tuesday, May 25, 2010

mintak-mintak laa tak lurus bendul..

kringgg… kringgg… kringgg… tepon buruk wa bunyi masa wa baru habis jaga peksa form 5 pagi tadi. wa tengok skrin hitam putih tepon wa. pompuan wa yang call.

mungkin ada benda penting. kalau tak penting, dia bukannya suka call kacau wa masa kerja. wa pun jawab la…

“haa.. ngapenye?” cehh! wa tercakap pahang pulak. biarlah. kat rumah pun wa cakap pahang jugak dengan dia. kalau wa marah baru terbit loghat kampung wa.

“ni haa… soalan bm karangan ni…”

“haaa.. awat?..” wa pura-pura terkejut. cehh!… dalam pada tu terkeluaq juga loghat kedah wa. tak pa… tak pa... cool beb.. cool pokcikket..

“soalan peksa bm tahun 3 ni tajuknya ceritakan tentang abang saya atau kakak saya. tah la ayon tu boleh buat ke tidak”. ayon tu anak wa yang tahun 3.

ni ha anak-anak wa... gambar lama ni..

wa dah pening kepala. ayon bukannya ada abang. kakak pun tak de. macam mana dia nak cerita tentang abang dan kakak dia. susah jugak ni. wa harap dia boleh ‘meraban’ jer jawab soalan tu. meraban macam wa jawab soalan peksa masa kecik-kecik dulu…

pagi tadi wa dah pesan kat dia. baca soalan baik-baik. baca berulang kali. bila faham baru jawab.

wa cuma takut dia tulis…. “saya tiada abang atau kakak, macam mana saya nak jawab”

harap ayon tu tak la lurus bendul dengan soalan tu. “ya allah… bukakanlah minda anak-anak hamba mu ini untuk menjawab soalan dengan idea yang bagus-bagus. amin”.

Thursday, May 20, 2010

jumpa dah depa: almashoor boy's

minggu ni saja jer wa buka facebook nak cari kawan lama se'almashoor' wa dulu. macam mana nak cari pun wa tak tau. wa hanya ingat nama unik kawan wa "fariq". tu pun sebab kat mashoor dulu memang kami panggil dia fariq. nama kawan-kawan wa yang lain wa kurang ingat. mana tak nya... macam-macam gelaran ada masa tu.

wa tak ingat nama sebenar linggem. budak melayu seberang jaya. jaws, dato', tok cet, naan pun wa tak tau nama sebenar. wa cari mat hassan... tu pun bukan nama sebenar dia jugak. susah la macam ni.

ni masa wa silat di almashoor dulu.. ada masa wa buka cerita nanti..


dengan facebook fariq wa jumpa balik kawan-kawan wa yang wa tak jumpa sejak 1995 dulu. last wa jumpa depa ni masa ambil result spm. wa ada kantoi satu dua subjek. jadi wa ambil keputusan untuk pindah sekolah biasa ambil form 6.

walaupun wa cuma dua tahun di almashoor. banyak kenangan yang boleh wa ingat sampai hari ni. nanti wa akan cuba upload gambaq-gambaq geng mashoor wa dalam facebook wa.

Monday, May 17, 2010

hadiah am dan hadiah khas

memang dah jadi kebiasaan wa ajar anak-anak wa menghargai guru. wa tak nak anak wa lupakan jasa guru. wa tak nak anak-anak wa kurang ajar dengan guru.

setiap tahun masa hari guru macam ni anak-anak wa nak hadiahkan cikgu masing-masing. jadi wa dengan pompuan wa kena la fikirkan barang yang sesuai untuk dijadikan hadiah. wa dengan pompuan wa pun memang dah rancang nak bagi hadiah 'khas' untuk cikgu-cikgu anak wa tahun ni tapi kesuntukan masa sangat. hadiah tahun ni cuma hadiah 'am' sahaja.

hadiah anak-anak wa untuk cikgu tahun ni..

apa hadiah khas? apa hadiah am? hahaha.. hadiah khas ialah hadiah yang ditempah khas untuk hari guru dan yang hadiah am tu... hadiah-hadiah biasa jer la...

tahun lepas wa sempat tempah hadiah khas. habislah dekat dua ratus... tapi apa salahnya kan? pengorbanan guru tak terbalas dengan hadiah yang tidak seberapa tu. hadiah khas ker... hadiah am ker... anak-anak wa memang teruja untuk sampaikan hadiah tersebut dengan ikhlas. harap cikgu-cikgu juga dapat terima hadiah anak-anak wa juga dengan ikhlas.
terima kasih cikgu sebab ajar anak-anak wa...

Friday, May 14, 2010

hadiah hari guru

sedar-sedar dah lebih 10 tahun wa jadi guru. hohoho.. hari guru pun dah dekat. tentu cikgu-cikgu seangkatan dengan wa happy nak sambut hari guru. wa?!.. wa macam biasa jer... tak de apa yang nak dihappykan sangat tentang hari guru. wa sambut biasa-biasa jer. wa cuma ucap hari guru kat rakan-rakan dan pompuan wa jer..

kisah hari guru ni macam-macam. wa ingat lagi masa wa praktikum dulu.. mak aiiihhh... kalau kena dengan hari guru...'bergunu-guni' hadiah anak murid bagi. kena pulak cikgu yang lawa-lawa dan baik hati.. jenuh terima hadiah.

selamat hari guru kat kawan-kawan sn/pjk di mpsah dulu.. lama tak jumpa

hihihi... wa tak pernah pun merasa macam tu. wa bukan kategori cikgu yang wa cakap tadi. wa jadi cikgu bukan wa nak hadiah. wa nak anak murid wa jadi orang baik-baik jer...

ni ha nak cakap tentang hadiah. wa dulu ngajar kat sekolah rendah anak-anak orang asli. seminggu sebelum sambutan hari guru ada cikgu pompuan sekolah wa buat jual-jual hadiah hari guru. omaaaakk aii... laku betul wa tengok. ramai betul wa tengok budak-budak tu tempah hadiah dari dia. anak patung kecik laaa... lolipop laaa... ada jugak buah epal. wa jeling-jeling jugak la tengok nama guru yang disenarai oleh budak-budak tu... hohoho... banyak juga nama wa... syoq jugak.!

time hari guru wa hairan apsal wa tak dapat-dapat hadiah budak-budak tu... wa tak kisah la. wa terima jer apa yang ada.. esoknya wa dapat tahu budak-budak yang tempah hadiah tu rupanya sayang pulak tengok hadiah lawa-lawa. laaaa... gitu pulakkk.. yang tempah buah epal terus jer makan. yang tempah lolipop pun sama jugak. yang tempah anak patung kecik lagi laaaa.. terus jer simpan dalam poket.

hohoho... rupanya bukan wa sorang tak dapat. ramai lagi cikgu lain terkena dengan budak-budak tu.. hahaha... cikgu-cikgu...! kita pikir lah sendiri.

pokcikket: selamat hari guru pada cikgu-cikgu sekolah pokcikket dulu...

Monday, May 10, 2010

seikhlas hadiah dari pokcikket..

seingat wa masa wa darjah 6 cikgu wa tak pernah pun sebut tentang hari ibu. wa pun tak tahu bila hari ibu. kat tv pun wa hanya tengok popeye dan kartun-kartun yang wa suka jer. memang tak de pun iklan tentang hari ibu macam hari ni.

dulu lain sekarang lain. sekarang memang setiap tahun wa akan call emak wa pagi hari ibu. just nak wish dia selamat hari ibu. memang wa tak sempat nak balik raikan hari ibu dengan dia. wa kat pahang, dia kat kedah. cukup sekadar call dan dapat cakap-cakap dengan dia jer.
wa ada satu cerita penting nak kongsi. lepas wa mumayiz terus terang wa cakap wa tak pernah cium pipi mak wa. mungkin depa jer yang selalu cium pipi tembam wa ni. raya? wa cuma cium tangan. salam habis sembahyang pun wa cium tangan jer. wa malu sangat nak cium pipi emak dan abah wa walau pun hati wa nak sangat cium pipi depa dua orang.

sampai satu hari. tingkatan 6 bawah. hati wa resah. wa rasa setakat ni sajalah ajal wa. wa memang hampir nazak. banyak wayar kat dada wa. wa dalam icu. seminggu wa dalam icu. wa sakit. wa sakit paru-paru. wa sedar, wa nampak emak dengan abah yang jaga wa. mengalir air mata wa tengok emak dan abah bersungguh-sungguh beri semangat kepada wa untuk wa terus hidup.

...dan alhamdulillah wa masih hidup sampai hari ni.
seminggu lebih wa teragak-agak lakukannya. akhirnya wa tekat. satu hadiah yang wa rasa paling berharga bila wa dapat kucup pipi emak wa kat dapur. wa tak pasti hari tu hari apa. ciuman yang sangat ikhlas. lepas cium pipi... tak terkata apa-apa.. wa mengalir air mata dan emak wa pun sama. mungkin dia tak terjangka...

hari ni.. wa tak segan silu mencium pipi abah dan emak di mana saja bila perlu.. selamat hari ibu (biar pun wa pasti emak wa tak baca tulisan ni...).

Friday, April 30, 2010

geng oren vs geng epal

tak de apa sangat pun post wa kali ni. cuma wa teruja sangat dengan baju yang wa baru dapat ni. wa sememangnya masih dalam geng oren (klik sini) . geng oren adalah tonggak utama wa untuk terus mara di tempat kerja wa ni. wa memang menghargai semangat geng oren. kat sini (tempat wa ni), semua orang kenal geng oren.
tup..tup.. hari ni ahli geng oren wa nak angkat geng baru. apa pulak nak jadi dengan geng oren lepas ni. wa cakap geng oren tetap geng oren. geng baru tetap geng baru. wa tanya ahli geng oren wa. apa pulak nama geng baru?!..

hohoho... geng epal!.. peerrrghhh... patut la hijau macam epal jer. harap-harap 10 ahli geng epal yang baru akan menyinar sama macam geng oren sebelum ni.

emmm... eksklusifnya geng oren sebab "semua geng oren adalah geng epal dan bukan semua geng epal adalah geng oren!". hayyaaaa... ada paham ker maksud wa?!

Thursday, April 22, 2010

kasi botak sama pokcikket..

kepala wa berdenyut jer hari ni. semalam wa dengan geng-geng kerja wa kena siapkan tempat mesyuarat PIBG. memang tu lah kerja wa setiap tahun kalau ada majlis PIBG kat tempat kerja wa ni. wa telan panadol sebijik. dah empat lima jam tak rasa apa-apa pun. kepala wa macam tu jugak.

wa jarang sangat sakit kepala. kepala wa memang tahan. panas terik, hujan setakat renyai-renyai tu kepala wa masih dapat berfungsi dengan baik. tah la kali ni. mungkin banyak sangat fikir, banyak sangat kerja.. agak tergugat sikit kepala otak wa. dulu masa wa nak ambil spm pun macam ni jugak. wa baca hari-hari. hari-hari wa sumbat ilmu dalam otak wa ni. macam nak pecah otak wa. last-last wa ambil keputusan dengan 10 geng form 5 wa kasi cukur kita punya kepala.
geng wa berposing baiiikkkk punya... sekolah wa sekolah lelaki, apa nak malu..
hallammakkk... wa dengan geng wa jadi glamour kat sekolah wa. semua cikgu kenal geng wa. sebelum ni wa dengan geng wa student kelas corot jer.. cikgu pun malas nak ambil tahu hal kelas wa. tambah pulak lagu-lagu ukay's tengah meletup. hahaha... bertambah meletup jugalah geng wa.
geng wa kena panggil dengan cikgu disiplin. puas kami bagi alasan, niat asal geng wa bukan nak ikut kumpulan rock laloq ukay's tu. dah kebetulan. HEM tak boleh buat apa-apa. botak kepala tak ada dalam peraturan sekolah. geng wa terlepas dengan amaran.
lepas SPM, geng wa kasi gempaq dengan keputusan cemerlang. ada yang yang dapat straigh A. sekarang ada yang jadi doktor, peguam syarie, pensyarah dan wa cikgu.
wa ingat aaaa... kena botak kepala sekali lagi kot. mungkin boleh hilang pening-pening wa ni. biar kita botak sebab cukur. jangan botak sebab.............................. jangan marah aaaa... hahaha..

Thursday, April 15, 2010

urrggghhhh... beratnye leher!

panas.. panas.. berpinau mata wa seminggu ni. bibir wa pecah-pecah. mata wa merah-merah. perrggghh... kulit muka wa... lu tengok la sendiri..

hahaha... wa bukan nak tunjuk sangat muka wa yang 'hensem' tu. tu haaa... kat leher wa tu... berat..berat.. uuurrrggghhhh beratnyeee. hahaha... biar panas, tak per. yang penting hati ada puas. hahaha..
puas betul hati wa tahun ni. wa dengan geng oren wa dah memang rancang awal untuk tuai "emas' besar-besaran tahun ni. tah la.. mungkin tahun ni last wa raikan kejayaan macam ni. tahun depan belum tentu lagi di mana wa tercampak. mungkinkah wa terpisah dengan geng oren ni!.
tahun ni anak-anak buah geng oren dah buktikan inilah team terbaik sepanjang zaman sekolah wa. 29 emas, 22 perak dan 21 gangsa... apa mau bukti lagi? bravo 'karakian'!!.. karak the best!.

Monday, April 12, 2010

hiah.. hiah.. taekwondo pulak dah..

aduuuyyaiii... taekwondo pulak dah...
anak lelaki wa beria sangat nak masuk taekwondo. apa yang dia syoq sangat wa tak tau la. wa macam biasa. benda yang elok wa ikut jer.

sekolah dia baru tubuh kelab taekwondo. elok la tu.. mulanya wa nak bawa dia masuk kelab taekwondo kat sekolah wa jer. masa pulak tak sesuai. rabu!.. rabu petang ada kafa. wa tak rela korbankan waktu kafa untuk benda "dunia" ni.


anak wa yang debab belakang adik debab tu..

apa pun la ni hari sabtu wa terganggu. kelas taekwondo sabtu petang. habis kelas tu baru wa boleh gerak. tak kisah la... hiah sana... hiah sini...wa tengok ayon happy jer.

la ni ayon tak lagi lambat siapkan kerja sekolah sebab wa dah 'ugut' awal-awal. hahaha..

Saturday, April 10, 2010

pizza pokcikket..

dekat seminggu wa sibuk sangat dengan sukan. tengahari wa makan gitu-gitu jer kat padang. hilang nikmat sementara dengan isteri dan anak-anak. wa makin gelap. muka wa gelap. tangan wa gelap. sekali buka baju dah nampak macam kuda belang pun ada.

wa ambil kesempatan sebelah malam layan anak-anak. lepas projek buat kek dengan anak-anak wa kantoi hari tu... wa tetapkan projek terbaru. hohoho.. dalam dua jam wa sempat lagi buat pizza. tengok la bebbb...


macam-macam wa taruk. kasi bakar 20 minit. perggghh... menjadi pizza wa. wa belasah jer. lepas ni wa banyak lagi projek masak-masak wa dengan anak-anak..
pompuan wa?!... stop dulu masak. kasi wa dengan anak-anak jadi chef. hahaha umie,ada berani?! hihihi..

Thursday, April 01, 2010

nostalgia "idea gila" abah

baru jer wa cerita tentang "idea gila" abah wa cari duit untuk besarkan wa adik beradik bulan lepas. kalau sape-sape yang terlepas cerita wa hari tu bolehlah klik kat sini.
nostalgia wa tentang idea abah wa tu tiba-tiba muncul kembali bila jer wa terpandang "benda" ni...
benda apa ni? haaa... ni lah bongkah cendawan. dalam bongkah habuk kayu ni ada benih cendawan. bongkah ni wa beli di pasar minggu dekat hospital temerloh. singgit setengah jer satu bongkah. memang lama dah wa cari tapi tak jumpa.
wa beli tiga. wa tunjuk pada anak wa. wa tunjuk kat pompuan wa. wa tunjuk kat mertua wa juga. semuanya nampak macam pelik jer. wa ceritalah sikit-sikit "idea gila"abah wa tu. depa gelak-gelak jer kat wa. tak pa... tak pa.. hari ni wa tunjuk hasilnya. tengok kat bawah ni.. (kalau nyah tengok.. tunjuklah kat wan yer...)
ni haa.. hari ni wa makan cendawan yang wa "bela" sendiri
biar ayon tunjukkan.. (terbukti cendawan ni milik wa...)
tiga bongkah.. dua rosak. tinggal satu. wa jaga baik-baik. wa siram hari-hari. abah wa datang rumah wa dari kedah bulan lepas, wa tunjuk dia. wa tengok jer abah wa.. mesti dia terkenang masa dulu. terkenang nostalgia kami anak beranak!.

Wednesday, March 24, 2010

nombor ekor..

ada satu kedai yang sangat laku setiap hari minggu kat karak ni. ni la kedainya..


wa ingat lagi macam mana wa ter.. ter.. ter.. teeerrrhampir terjebak main benda ni. uiiihhh... lama dah! masa wa tak baligh dulu nuuu..

wa pikir jugak.. macam mana la wa boleh teeeeerrrr... macam tu. ni wa kasi story!
wa ingat lagi petang sabtu 6 ogos 1988. wa darjah 6. wa pi main badminton tepi rumah rasyid. bukan rasyid sidek laaa... rasyid mat bidon. wa sampai. geng badminton wa tengah lepak bawah pokok cempedak. wa ingat ada apa hal. wa layan jer telinga wa.. hohoho... ekor beb.. mau kasi tikam nombor ekor bebb.. hohoho..

wa dengar jer. wa takut. wa takut dosa beb. et, abang rasyid tanya wa. setuju ker?. wa gelabah beb. mak bapak wa mana pernah ajar wa benda-benda macam ni.. huhuhu..

wa mana tahu.. wa tanya nombor apa?.
cehh.. wa kena gelak jer dengan geng tu. masa tu memang tengah heboh pasal nombor 8888. nombor ni la yang paling laku sebab lusa 8 ogos 1988. kalau pi kedai ekor.. sehari dua ni tokeh kedai ekor sampai dah tak nak jual nombor ni. kalau nombor ni naik.. tutup, bungkus perusahaan nombor ekor di malaysia.

surat khabar pun banyak cerita tentang nombor 8888. semua kaki ekor mesti tikam nombor ni. petang tu wa tak jadi main badminton sebab geng-geng wa mesyuarat tentang tikam nombor 8888.
ahad, 7 ogos 1988. et dengan rasyid tunjuk kat wa. ooooo... macam ni ker kertas ekor. seumur hidup wa.. wa tak pernah tengok kertas ekor ni. tangan wa ketar-ketar. gigil takut dosa. hati wa debar-debar.

isnin, 8 ogos 1988. hahaha... kaki ekor kena tipu. 8888 tak naik hari tu. sah la nombor 8888 mana ada 'ong'!. padan muka kaki ekor. padan muka et. padan muka rasyid. terbang 5 hingget.. huhuhu... nasib wa tak kongsi..

Saturday, March 20, 2010

kek wa sudah kembang

pompuan wa beli majalah saji. maklumlah boring berpantang. uihhhh... resepi sedap-sedap.. nyam nyam nyam..! habih pompuan wa baca.. giliran anak wa pulak. tup tup ada pulak resepi kek. aduiiiiyai.. wa pulak yang terkena. wa pulak yang kena jadi chef. kebetulan wa pun minat. emmm... belasah jer lah...
jeng jeng jeng... semua kena beli. wa beli barang 25 get.. tak pe.. best punya pasal. wa teruja. anak-anak wa lagi la teruja. tak pernah-pernah wa buat kek.
mesin-mesin wa mana ada.. wa putar guna kudrat wa jer. kembang semacam jer mentega tu.. anak-anak wa puji wa. wa lagi bangga. wa putar lagi. sekali-sekali wa bagi anak wa putar. pompuan wa? ooo.. pompuan wa pi mengurut dengan kak pah di pekan karak. wa di rumah dengan anak-anak teruskan projek buat kek.
masa tengah bakar... fuhhh... bau memang besttt.. anak-anak tercegat jer sambil tengok kek kembang kembung.
huhuhu... peeerrrrghhh... ni ha hasilnya...
hahaha... kembang kemik.. hahaha... rasa sikit. uuuuu...nyam nyam nyam... sedap..wa cakap kat anak wa... "biar muka buruk hati ada baik, biar kek teruk rasa tetap menarik.."
kali kedua wa bakar. ni pulak hasilnya.
wa ingat wa kena belajar dengan pompuan jimie la..
apa apa pun.. kek wa sudah kembang. wa dengan anak-anak memang happy..

Wednesday, March 17, 2010

pokcikket sudah "kembang"

wa tak tahu siapa yang selalu buka blog ni dan siapa pula yang cuma kunjung ziarah jer. yang wa tahu blog wa memang ada yang pegunjungnya. kekadang ada yang buka untuk baca apa yang wa tulis. ada juga yang buka untuk tahu apa yang wa buat hari-hari. wa tak kisah la semua tu. memang wa buat blog ni untuk kongsi dengan pengunjung semua.

seminggu wa tak tulis blog. bukan wa malas. tapi wa memang betul-betul malas. perkembangan terbaru wa pulak. wa memang betul-betul kembang sekarang ni. anak-anak wa pun kembang-kembang jugak. almaklumlah.. baru balik dari kampung..

terbaru dari wa. wa ada buat satu blog berkaitan pendidikan jasmani. sesuai dengan bidang wa sekarang ni. wa nak kongsi info pjk secara ringkas dan mudah supaya semua peringkat umur boleh faham. lagi pun mungkin blog ni boleh bantu wa masa nak mintak GC tiga tahun lagi kot... hahaha...


kunjungi blog terbaru wa di http://infopendidikanjasmani.blogspot.com/

pokcikket: blog ni masih di peringkat "hingusan"..

Thursday, March 04, 2010

suden Jr pulak muncul..


suden Jr

alhamdulillah.. pokcikket dapat anak saudara baru minggu ni (1 mac 2010) pukul 2.50 petang. tahniah kepada adik bongsu pokcikket 'suden' dan isterinya azlin.
bertambah lagi la cucu tok abid dan tok joyah..