Wednesday, October 07, 2009

dah beranak dah...

minggu ni wa dapat anak-anak menakan baru. ada dua orang. sorang perempuan dan sorang lelaki. selamat datang ke dunia yang penuh cabaran.


29/09/2009 adik ipar wa lahirkan anak lelaki di temerloh. anak nombor dua dia. aiiikkk... kecik jer?! 2.7 kg macam tu jer. hari tu wa tengok besar betul perut mak dia. bersalin kena belah perut lagi. setakat ni tak tahu lagi nama anak menakan wa yang ni. masa wa balik hujung minggu hari tu.. wa sempat la ambil gambar dia. gambar hari ke tiga dia hidup. ini cucu ke 10 "wan siah". mak mertua wa.

petang ahad 4/10/2009 abah wa call wa dari kedah. dia kata adik pompuan wa dah bersalin pukul 4 petang. wa ucap syukur. abah wa kata dah dua jam lepas bersalin adik wa masih dalam bilik bersalin lagi. ada kes katanya. abah wa tak nak cakap. fuhhh... kes besar ker ni? wa call suami dia. dia kata anak lambat nangis lepas bersalin. misi bawa anak menakan wa masuk bilik NICU. nak buat pemerhatian katanya. wa berdoa... moga-moga tak ada apa-apa terjadi.

malam tu wa dapat call dari abah wa. adik wa dengan anak menakan wa dah selamat. tak dak apa yang nak dibimbangkan. esok dah boleh keluar wad. bila wa dapat mms gambar anak menakan wa... baru wa percaya semuanya selamat.. adik wa namakan baby tu "siti nur izzah". izzah adalah cucu "wan abid dan tok yah" ke empat. cucu mak abah wa.

nampak gayanya tak dapat la wa nak jumpa izzah. wa duduk pahang. nanti wa cuti baru boleh jumpa dia. lambat lagi agaknya... lepas raya haji.

tahniah.
pokcikket : wa tak dak gambar izzah. gambar dalam henpon tak boleh upload.

update : dah dapat gambar izzah. abah dia hantar email kat wa semalam.

No comments:

Post a Comment

parking jimat dan mudah ke klia dan klia2

aku dah pening. macam mana aku  nak parking kereta aku semasa aku pergi travel. biasanya aku dari temerloh naik bas jer ke hentian pekelilin...