Tuesday, December 22, 2009

hohoho.. semuanya free di genting

hullammak... meriah betul genting. almaklumlah ramai yang dapat tiket free. wa dengan family mertua wa turut sama meriahkan keadaan. maka bertambah padatlah puncak genting hari tu.
the pokcikket's family
minggu lepas (16/12/09) wa pi sana. mulanya wa malas nak layan puncak genting tu. tapi busu, adik ipar wa beria sangat ajak wa sefamily naik genting. ada family day katanya.. jadi wa pun ikut laa..

kecut perut wa naik 'menatang' gondola ni.. sayup-sayup wa nampak KL.
terkedek-kedek wa naik gondola kereta kabel. selama ni wa naik puncak genting dengan kereta wa. wa pandu sampai atas. kali ni family punya pasal.. wa ikut jer. wa memang takut. takut macam-macam la. wa mengucap panjang-panjang. moga-moga tak jadi apa-apa. kecut perut wa. wa diam jer dalam gondola tu. anak pompuan wa nangis-nangis. aduhhhyaiii... mau luruh jantung wa dibuatnya. last-last sampai juga wa kat atas.

kena tampal stiker ni kat baju.. baru lah boleh masuk free...
"genting employees' carnival 2009".
oooo... patut pun adik ipar wa beria sangat ajak enjoy di genting. satu pekerja dapat 7 tiket free.
dia kerja kat sana laki bini. teruja juga wa tengok mainan yang ada. tapi ramai sangat orang la beeeb. kalau nak main kena beratur 1 jam lebih. begitulah kisahnya benda free...
wa layan anak-anak jer. main pun permainan budak-budak jer. terpaksalah wa main benda-benda 'bodoh' yang orang lain tak main. naik keretapi mini... bawa kereta antik... kereta laga... dan yang wa bengang sekali naik kuda pusing-pusing. pening kepala otak wa layan mainan macam tu. permainan 'power' yang lain jangan haraplah nak main. beribu orang!! ramai sangat..
dalam banyak-banyak tempat kat genting yang wa pergi hari tu... tempat makan la yang paling best. satu family wa dapat special sponser dari 'orang politik' kat genting. makan kat 'coffee terrace'. satu kepala 45 ringgit x 9 orang... fuhhh... makan besar wa beb.
makanlah apa saja sampai pecah perut!. sebenarnya wa dah lama rancang nak ajak pompuan wa makan kat sini selepas bos wa belanja geng oren wa buka puasa dua tahun lepas kat sini. sampai juga hajat wa. hahaha... free plak tu...
wa macam tak nak keluar pegi main lagi. lepas satu... satu wa ambil makanan. ada yang wa makan. ada yang wa rasa jer. maklumlah... makan apa saja. dekat dua jam wa lepak kat situ. bila perut-perut semua dah buncit-buncit... barulah kira selesai.
tinggalkan genting... babayyy..
sembilan jam wa di genting memang best. all free.. itulah yang bertambah best...
betullah kata orang... benda yang paling best ialah benda free! wa akui kebenarannya.

No comments:

Post a Comment

parking jimat dan mudah ke klia dan klia2

aku dah pening. macam mana aku  nak parking kereta aku semasa aku pergi travel. biasanya aku dari temerloh naik bas jer ke hentian pekelilin...