Thursday, November 12, 2009

nak tengok tv pun susah...

untung betul budak-budak la ni. mak bapak orang berada. kalau tengok tv... tak main la tengok rtm. apa kelas tengok "tv orang tua" macam rtm tu. anak-anak wa pun sama juga... sejak wa bubuh kuali astro kat umah wa dua tahun lepas... anak-anak wa memang melekat depan tv. sanggup duduk di rumah. dah tak nak ikut wa keluar bandar. sayang sangat kat tv tu. geram jugak wa tengok. liat sangat nak study!

wa tak kisah sangat dengan astro ni. ada pun tak pa.. tak dak pun tak pa. dua tahun lepas wa terpaksa.. wa terpaksa bubuh astro. mana tak nya. keliling rumah wa semua pakai astro. wa terpaksa jadi kisah bila tv kat rumah wa tak de langsung gambar. bila buka tv... biruuuu jer. bunyi pun tak dak. kawasan rumah wa dah tak dak siaran tv free lagi.

wa teringat masa wa kecik dulu. tahun 1985. wa darjah tiga. rumah wa ada tv toshiba. tv hitam putih. tv tu pun dah lama. seingat wa.. mungkin keluaran tahun 1970 an. masa tu tv3 tak dak lagi. KL dah ada siaran tv3. wa di rumah cuma ada tv1 dengan tv2 jer. siaran? siaran cuma pukul 10.00 pagi sampai 12.00 malam jer. masa tv3 ada siaran kat kampung wa, wa cuba juga cari siaran tv3. wa pulas-pulas tombol chenel dengan kepit kuku. pulas-pulas tak jumpa-jumpa jugak. jagi wa kena setia dengan rtm jer la.. tombol chenel tv wa patah. sebab tu wa kena guna kepit kuku. itu jer cara wa tukar chenel tv.

rumah-rumah jiran wa ada yang dah pakai tv 'kaler'. di luar rumah wa dengar bising-bising. abah wa balik nampak cemas. tah dari mana abah wa datang. wa nampak abah wa cakap-cakap dengan mak wa. mak wa nampak takut. wa masih tengok tv dengan kamal. cerita karton agaknya. wa pun tak berapa ingat.

yang wa ingat... mak wa masuk rumah terus tutup tv. abah pegang tv. wa tengok abah. abah terus angkat tv bawa masuk bawah katil kat bilik abah. mak wa capai radio buruk. sumbat juga bawah katil. abah selimut tv dengan guni cabai kering. abah tunjuk isyarat kat wa. wa faham yang abah wa suruh diam. wa masih terkebil-kebil tak pasti apa yang berlaku.

"tak dak lesen tv" mak wa cakap kat wa.

"orang mai nak tengok lesen. ada kat rumah tok teh la ni" kata mak wa.

hohoho... baru wa tau. abah wa tak ambil lesen tv. sapa-sapa ada tv kena ada lesen. satu tv lesennya 24 hingget setahun. lesen radio 15 hingget. kena ambil kat pejabat pos. lesen tv warna biru. lesen radio warna kuning. kena gantung kat dinding. abah wa tak mampu. 24 hingget banyak wooo... wa orang miskin.

wa curi gambar ni dari blog http://alif-mikail.blogspot.com/2008/10/irama-dag-dig-dug.html

"nanti kalau depa tanya... kata kita tak dak tv" pesan mak wa. wa angguk faham. sekali lagi mak wa pesan kat kamal. kamal bukannya boleh harap. kamal kecik lagi. takut jugak dia pecah lubang. nahas pulak abah wa..

wa tengok ikut tingkap bilik abah. wa nampak 'orang' yang abah wa katakan tu lalu. 'orang' tu tengok rumah wa. 'orang' tu terus jer. tak singgah rumah wa. abah wa lega. mungkin 'orang' tu sangka kat rumah wa tak dak tv. rumah wa buruk. 'tak layak' ada tv.

wa nampak 'orang' tu singgah rumah cikgu pe'ah. lepas rumah cikgu pe'ah.. rumah cikgu ali pulak. harap-harap cikgu pe'ah dengan cikgu ali tak pecah lubang.

malam bila dah selamat baru abah wa keluarkan balik tv denga radio. dapat la tengok balik. tengok drama minggu ini. fuhh.. macam tu lah setiap tahun abah wa buat. seingat wa juga... abah wa tak pernah kantoi.

tahun 90an, lasen tv radio dimansuhkan dalam belanjawan kerajaan. wa dapat tengok tv dengan selesa. tak payah nyorokkan tv lagi. wa tengok tv hitam putih dari wa tak sekolah lagi sampai la wa tingkatan 6 atas. 15 tahun!. lama tuuu..

1996 wa tengok tv tu buat kali terakhir. semua orang tak lagi tengok tv hitam putih. keluarga wa masih setia. setia dengan tv hitam putih. sekarang bila wa cerita kar pompuan wa. pompuan wa kata dia tengok tv 'kaler' masa dia tadika lagi. ugggppp.. tertelan air liur wa. jauhnya beza antara kita.

No comments:

Post a Comment