Sunday, July 21, 2013

mana mau raya kali ni?

selamat berpuasa. semoga puasa kali nie memberi lebih rahmat kepada kita semua. wa bukannya sibuk sangat sampai dah lama tak tulis blog. yang jelas wa malas. malas nak tulis blog. idea merapu wa memang sendat nak tuleh kat sini. banyak sangat benda2 yang berlaku. dari perang dingin sampai la ke perkara hot mengehot.
wa mulakan coretan baru dengan mood puasa dan raya. tahun ni raya kat kedah. (jika allah izinkan). wa tak nak jadi lagi macam tahun 2010. wa raya kedah, pompuan wa raya pahang. masing2 ada hak dan hujah masing2. x de masalah. lu arang ada berani. wa? wa buat sungguh..

pompuan dengan anak2 raya kat pahang

wa bergaya raya dengan anak lelaki wa di kedah

dah berumur ni wa dah tak kisah raya kat mana. wa tak perlu lagi jaga hati wa. wa tak perlu ikut kehendak raya wa. yang penting wa nak jaga hati mak wa yang tengah sakit dan jaga hati abah wa yang setia menjaga emak wa.
wa bukan ustaz, tapi wa tahu dan wa wajib ikut ini.

"dan Tuhanmu telah memerintahkan kepada manusia janganlah kamu beribadah melainkan kepadanya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapa dengan sebaik-baiknya .... dan jika salah satu daripada kedua-dua atau kedua-duanya telah berusia lanjut disisimu maka janganlah katakan kepada kedua-dua 'ah' dan janganlah kamu membentak keduanya " [ Al-Isra : 23]

"dan katakanlah kepada kedua-duanya perkataan yang mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap kedua-dua dengan penuh kasih sayang . dan katakanlah, "wahai Tuhanku sayangilah kedua sebagaimana kedua-dua menyayangiku di waktu kecil " [ Al-Isra : 24]
 
so, pilihan di tangan kita untuk raya kali ini. tak payah gaduh-gaduh..

Saturday, April 13, 2013

moh ngundi weeehhh...

masa ni dah masuk musim demam PRU. wa pun sama demam PRU. tapi untuk demam ni wa tak nak makan ubat. wa tak nak sembuh awal-awal. wa nak demam ni lama-lama. wa suka demam ni.

wa suka tengok parti2 dok kempen. makin kreatif. ada yang buat replika kapal selam, kereta kebal, jet, wau dan banyak lagi.

wa ingat lagi masa wa darjah 4 dulu. bapak menakan pupu wa pak ngah mat khiaq jadi calon DUN tg dawai. wa la salah sorang tukang tampal poster kat tiang2 letrik. masa tu pak ngah mat khiaq lawan mak su bie. anak mak su bie dengan anak pak ngah mat khiaq dok dalam satu kelas, darjah 6 sk batu hampar. cuba hampa bayangkan.. bestkan mak bapak depa jadi calon. ada kengkawan sokong 'sebelah kanan'. ada jugak kengkawan sokong 'sebelah kiri'. wa sokong pak ngah mat khiaq laaa...

1999, DUN tg dawai, Parlimen Merbok. wa boleh pi ngundi dah. wa ada calon sendiri untuk pangkah. wa pangkah laaa...

sejak wa kerja kat pahang ni, wa terus tukar alamat. dan ini kali ke 3 wa akan undi di sini...


selamat mengundi, pilih calon yang berwibawa. walau apa pun pilihan kita. negara kita tetap malaysia. jadilah warga yang bertanggungjawab !!

Thursday, August 30, 2012

rumah baru : taman gau makmur, temerloh

dah lama wa tak tulis kat blog nie. jadi tak hairanlah kalau tak dak pun pengunjung yang baca blog wa. tah macam mana hari ni rasa nak tulis pulak. tentunya tentang rumah baru wa. uikkk... wa dah pindah rumah sendiri. tak lah besaq sangat... boleh lah, alhamdulillah. wa pindah masuk rumah baru pada 2 ramadhan. silap jugak wa pindah waktu pagi. wa bukannya nak salahkan bulan puasa, tapi wa nak salahkan keputusan wa. sepatutnya wa pindah malam. terawih? lepas terawih pun boleh kata abang bawak lori tu. waktu malam dia lagi suka. 'bapok penatnye' kata orang temerloh menggambarkan letih yang amat sangat mengangkat bebarang wa selori penuh.

apa pun wa hepi sebab wa orang kedua pindah kat taman baru ni. epol, kawan ngajaq satu sekolah dengan wa kat smk mentakab orang pertama pindah sini. jadi 'tok empat' la diaaa.. raya tahun ni paling best sebab malam raya wa tidur rumah sendiri. pagi raya sempat bergambaq dulu. 







lepas tu baru balik kampung. kampung pompuan wa hujung tu jer... 5 minit sampai aaa.. wa tak kisah sangat bab-bab raya tahun ni sebab tahun ni wa kalah undi. kena raya pahang. so raya ke 3 baru balik kedah. kengkawan ada tanya tentang open house, wa kata wa tak buat. sapa nak datang beraya datang aaa..

dalam hati wa, wa hanya nak buat OH untuk family ngan jiran2 baru jer. anak murid PKBM wa pun nak datang. wa bagi lampu hijau. datang aaaa... meriah sikit.


sori la kengkawan smk mentakab, wa tak OH. jemput la datang kalau nak beraya. emmm.. best jugak raya kat tempat baru ni. nasik lemak open house cikgu rosli memang best. dia orang pertama buat OH untuk jiran2 kat sini. esok pulak wa nak tolong jiran baru pindah umah. welcome cikgu rizal to taman gau makmur. kita bina hidup baru di sini.

Sunday, March 18, 2012

10 kelebihan SSM berbanding SBPA

pening kepala wa dengan keputusan kerajaan tentang skim gaji. SSM tukaq ke SBPA, pas tu balik ke SSM yang ditambahbaik. wa yang makan gaji dengan kerajaan ikut jer apa yang baik. bila wa teliti dan kaji balik.. rupa-rupanya SSM yang ditambahbaik lebih menguntungkan wa dan sebahagian besaq cikgu-cikgi. (wa bercakap tentang cikgu laaa.. sebab wa pun golongan ni jugak. golongan lain wa tak nak komen!). kat sini wa senaraikan kebaikan SSM yang wa nampak berbanding skim SBPA yang juga menguntungkan cikgu. hee.. pertama: elaun cola naik 50 hingget berbanding dulu. baguzz.. kedua: gaji pokok naik 13%. dah tentu gaji yang naik ni lebih tinggi dari yang ditawarkan dalam SBPA. ada 'ciput' jer cikgu yang dapat kenaikan kurang berbanding SBPA. keh keh keh.. best.. ketiga: exit polisi dah tak der. jangan tak tahu plak, ada jugak cikgu yang malas2 kat sekolah. nak keja yang mudah2 jerr.. takut jugak puak2 ni dengan exit polisi. wa? huhhh... sori laa.. wa memang kerja sepenuh hati dan insyaallah dapat rezeki halal untuk dimakan. keempat: time base 8+8+6+3 tahun jer untuk naik pangkat. ini wa memang suka hati.. SSM dulu 10 tahun. masa SBPA dipendekkan dan dikekalkan cam tu jugak walaupun SBPA ditarik balik dan diganti dengan SSM yang ditambahbaik. yahoooo...!!
kelima: masa SBPA dulu ex-pppld hilang senioriti 7+3 untuk time base. bapok bengangnye wa masa tu.. (ini untuk cikgu yang sambung belajar termasuk la wa). tapi bila balik semula ke SSM, 7+3 diguna pakai semula. daaan.. yang bestnyer lagi cuma 5+3 jer sebab time base cuma 8 tahun jer. keenam: dalam SSM cikgu yang baru posting, gaji ikut degree masing2. contoh, degree of science akan mula dengan tangga P1T5, kalau akauntan lagi laaaa.. mula dengan P1T11. huyyooo... masa SBPA cara tadi dimansuhkan, yang ditawarkan cuma degree biasa mula denga P1T1 dan degree kepujian P1T2. itu jer. hehehe... ni lah untung SSM. ketujuh: pergerakan gaji tahunan. kalau degree tu tak kurang 225 hingget malah sampai ke 320 hingget bagi yang senior. dulu 90 hingga 150 jer.. ini yang best ni. jadi cukai kena mau ingat daaa.. kelapan: bagi pppld yang dah konvo sebelum 2012 akan dilantik berdasarkan tarikh konvo atau tarikh mohon dalam SPP. tapi kalau SBPA baru ni.. cikgu cikgi ni nak diborong semua ke tarikh lantikan 1/1/2012. untung la dapat back dated. kesembilan: pppld yang dilantik ke 41 akan diberi satu hadiah pergerakan gaji dalam dg41 seperti pekeliling tahun 2007. keistimewaan ini sah-sah telah ditarik balik dalam SBPA. kini SSM, mereka terpaksa guna semula pekeliling tu. kesepuluh: segala apa yang wa tulis tu akan dibayar bermula 1/1/2012. ingat... rezeki yang dapat ni bukan untuk kita saja. bayaq zakat bagi yang layak... dan bawak2 la bersedekah singgit dua kalau kedekut sangat!

Friday, January 27, 2012

bila nak dapat kunci nie..

wa dah tak larat nak duduk rumah sewa dah. dah 12 tahun duduk kat pahang ni. tiap2 bulan bank in duit rumah sewa jer kerjanya. rumah yang wa duduk nie dah rumah ke 5 wa sewa. wa ada beli rumah kat sungai petani 4 tahun dulu tapi wa dah jual 2010 dulu sebab wa tak dapat pindah kedah.

rumah sungai petani yang wa dah jual hari tuu..


wa tak tahan tanggung hutang bila tumah wa yang dah siap tu wa tak dapat duduk walaupun satu malam. pas tu wa ambek keputusan terus menetap di pahang. sejak tu wa terus beli satu rumah kat sungai gau temerloh. harapan wa, wa dapat terus duduk rumah ni. sekarang ni rumah ni dah siap. cuma tunggu CF jer. rumah kat taman wa masa dalam pembinaan

tunggu dapat kunci. dengar2 kata minggu depan. boleh kata tiap-tiap hari wa di telek2 rumah.. sampai indon yang buat rumah wa pun macam dah kenal wa.. ngapa laaa lambat sangat dapat kunci. tarikh perjanjian seah kunci dulu 19hb januari hari tu.. ni dah lebih seminggu.. hohoho... penantian satu penyiksaan ! adeeehhh...

Friday, January 20, 2012

uihh... hidup lagi blog ni yek!

pagi tadi, epol kawan seopis wa tegur tentang blog wa nie. dia jumpa blog ni masa layan2 imej kat google. oooo... baru wa ingat wa ada blog rupanya. sejak wa 'terpeleot' dengan pesbuk, wa macam dah lupa dan hilang ingatan dengan blog wa ni. tadi masa wa log in blog ni pun wa kena sapu-sapu sampah sarap dan sarang lelabah kat blog ni. almaklumlah dah setengah tahun lebih wa tinggalkan blog ni. kali ni pun wa tak janji bila pulak wa nak log in blog ni lagi bila wa dah sign out jap lagi. apa pun wa bahagia ngan kehidupan baru wa.

wa seronok kerja kat opis baru, wa pun tengah tunggu kunci umah baru, wa pun tengah tunggu gaji baru jugak.. hahaha... sejak wa pi kursus kombet kat puswatan hujung tahun lepas, anak-anak wa pun dah pening tengok wa.
ada satu hari tu anak wa tanya wa. "abah ni tentera ker cikgu?". mana tak nya.. kekadang wa pakai baju kombet, kekadang pulak wa pakai kemeja ngan tali leher.
memang masa-muda dulu wa nak masuk kombet. tapi mungkin rezeki wa jadi cikgu.. maka cikgu lah wa kerja. apa pun kerja wa sekarang... wa hepi ngan kerja wa yang halal nie. wa boleh jadi cikgu, wa juga boleh jadi kombet !!

Saturday, May 21, 2011

hari guru wa di smk mentakab

secara rasmi, ini sambutan hari guru ke 12 bagi wa. sedar tak sedar dah 12 tahun wa jadi cikgu. umur pun makin meningkat tapi hati wa tetap rasa muda.. keh keh keh..


tahun ni wa sambut di sekolah baru. memang best berbanding sebelum2 ni. tahun ni wa tak payah bertungkus lumus atur acara untuk hari guru. kat sekolah ni semuanya diatur oleh form 6 dan badan pengawas.


hadiah... hahaha... macam biasa la, sekolah menengah mana ada hadiah banyak2. sape nak bagi kat wa. muka bengis, pas tu asyik tiaw budak jer... hahaha. wa pun tak mengharap apa2. cukup la setakat anak murid wa ucap selamat hari guru jer. jujur wa katakan, tahun ni wa dapat hadiah personal sejak mengajar di sekolah menengah. (terima kasih pada yang memberi). wa hargai.. tapi anak2 anak wa awal2 lagi dah ambek hadiah2 tu.. tak kisah laa..


ini wa upload gambaq guru-guru smk mentakab 2011.



wa? tuuuu... yang kepala besar kepala mancis tu... hahaha... apa pun, wa ucapkan selamat hari guru untuk semua guru di malaysia.

Sunday, May 01, 2011

arfa dah berjalan !

yeeeeehhaaa... anak bongsu wa dah boleh berjalan. puas wa tunggu dia berjalan. wa tengok kaki dia dah ok. berdiri bukan main tangkas lagi.


anak wa masa join abangnya 'masuk jawi'

semalam, semasa wa pi ziarah baby kawan wa yang baru lahir... tetiba jer anak wa bangun dan terus jalan dapatkan baby. ooo.. lupa plak habaq, anak wa nak masuk 1 tahun 3 bulan. wa ngan pompuan wa terkejut abes. teruja dia tengok baby agaknya... terus bangun berjalan.


hari ni dia buat hal. malas jer plak nak berjalan. kena pimpin tangan baru nak jalan. tak kisah lah!.. yang mushkilnya, tak kan lah kena ada baby baru nak berjalan.. haru-haru. keh keh keh..

Friday, April 29, 2011

hihihi... lawanya henpon...!

haduiyaiii... orang lain semua dah pakai henpon canggih manggeh. wa pa peduli. wa bukan jenis orang yang kejar up to date. wa selamber badak jer bila anak murid wa tengok wa pakai tepon 'batu asah' . janji wa ada kredit nak call.


wa rasa lebih selamat pakai tepon wa ni. dah tentu wa tak dapat gambaq 'seksa seksis'.. dah tentu wa tak tersimpan video yang bukan-bukan!. orang kata tepon wa tak de kamera! apa wa pedulu. wa ada kamera canggih u-tough 6000. mana wa pergi wa mesti bawa. tangkap gambar dalam air pun no hal.


hihihi... tapi sekarang wa dah terasa ketinggalan zaman plak. kaki wa dah nak melangkah ke kedai henpon... hati wa kata tak yah, lebih baik pi kedah kasut, lebih baik pi kedai baju. wa setuju dengan hati wa.


mata wa pulak nak sangat tengok henpon2 canggih kat kedai. tapi hati wa kata tak yah.. tengok jam lagi bagus. wa pun setuju dengan hati wa jugak.



tapi sekarang wa dah ada banyak baju. seluar sukan adidas wa pun enam tujuh helai, jam tangan wa pun dah dapat...


hhhmmmm.. alooooo hati... lu amacam? itu henpon macam mana? keh keh keh..

Thursday, April 28, 2011

mari bergambar..

wa memang suka bergambar. cuma kat sekolah baru ni wa tak de geng bergambar yang 'gila-gila'. pompuan wa pun dah malas nak tegur aksi bukan-bukan wa. hihihi.. (syyyyyy.... wa pun malas gak nak tegur aksi-aksi dia yang sokmo post ayu jer..) xtrem sikit beb..!. hari ni bergambar lagi. untuk majalah sekolah. bila jer time aksi bebas... wa spontan. terus jer jadi macam ni...






keh keh keh... lantak aaa.. apa orang nak kata. yang penting wa happy. biarlah... sekurang2nya sape2 yang tertengok gambar2 wa akan senyum. tak pernah lagi wa jumpa kengkawan yang tengok gambar2 tu menangis meraung-raung. depa happy... wa? lagi-lagi la happy..

p/s : bebudak 2P1 yang nak gambar kelas.. copy jer yang atas tu.. ooooyeehh..

Friday, April 15, 2011

"abah... kejut abang pukul 3 pagi yerr.."

malam tadi anak sulong wa yang darjah 4 tu suruh kejutkan dia pukul 3 pagi. apa kes nihhh..?! nak sembahyang tahajud katanya. wa jadi pelik... kenapa tetipa jer nak bangun sembahyang tahajud.

"cerita sikit kat abah.. ngapenya nak bangun malam sembahyang tahajud. abang kecik lagi!" wa suruh anak wa cerita kat wa.


kata anak wa.. kat kelas KAFA petang tadi ada uztazah baru. ganti ustazah yang pergi kursus. ustazah baru kata, dulu dia dapat UPSR 5A, PMR 8A dan masa SPM dapat pula 10A. wahhh... hebat-hebat wa kata kat anak wa. wa pun tak sepandai tu dulu.. cukup-cukup makan jer..


anak wa cakap kat wa lagi, ustazah kata... kalau nak berjaya kena rajin baca buku, jangan tinggal solat lima waktu, kena taat ibu bapa, kena buat baik... wahhh... sejuk hati wa dengar macam tu. masuk jugak dalam kepala otak anak wa dengar nasihat ustazah ni.


satu lagi... ustazah kata... kena sembahyang tahajud dan minta doa supaya pandai. abang nak dapat 5A. sebab tu nak bangung sembahyang tahajud. hohoho.. bagus-bagus anak abah...


sebelum bangun tahajud... meh abah ajarkan lafaz, niat dan cara sembahyang tahajud. abah doakan anak-anak abah berjaya di dunia dan akhirat. amin..

Wednesday, March 16, 2011

kelantan : save wa punya bajet bebb....

wa ambil keputusan untuk balik pahang ikut kelantan. petang semalam wa dah sampai kota bharu. tempat tidoq?!... no hal lah... adik wa duduk kat sini. sedap jugak duduk sini. rumah baru. dia baru masuk rumah dua bulan lepas. jadi save la bajet wa.. hahaha..



bukan apa.. pompuan dia dah nak beranak. jadi terus wa lencong ke sini. kalau kira tarikhnya, hari ni dia beranak. tapi wa tengok dia ok jer pi kerja pagi ni. semalam wa bawa abah wa. hari ni pulak adik wa yang sorang lagi bertolak datang kelantan ni. bawa emak wa pulak. jadinya.. kami semua dah berkampung kat sini lah hari ni. hahaha... menunggu cucu tok abid yang terbaru!.
wa harap sangat pompuan dia beranak cepat-cepat. kalau tak beranak lagi.. wa kena guna plan B plak la.. plan B wa, cuti sekolah bulan 6 nanti wa guna jalan gua musang - kota bharu - sungai petani. singgah sini. huhhh... satu kheja pulak...
apa pun, datang sini adik wa bagi baju free. baju nombor 3 untuk wa pakai kat sekolah. guru penasihat pkbm lah katakan!.. hahaha.. tak payah la wa susah-susah pi beli.. save lagi bajet wa.. hahaha...

Tuesday, March 15, 2011

ori beb...

cuba hampa tengok elok-elok buah apa tu.. wa sure ada kengkawan wa tak tau ini buah apa.. uit hjh shima... (pokcikket agak tentu hang tak tau!). jangan di makan buah ni. kera dalam hutan pun tergelak tergolek-golek kalau ada sapa-sapa yang cuba makan buah ni.


ni lah buah kekabu. kat kampung wa panggil buah kabu jer.. senang nak sebut. emak wa baru beli kat tok su chek liah. jiran sekampung wa. hampa tau berapa harga buah kabu kat kampung wa.
hahaha... sebijik buah kabu hanya sekupang (seposen) jer.. beli 10 hingget seratus bijik. lepas ni emak wa nak buat bantal baru. alaaa... untuk anak cucu nak tidoq masa balik kampung. dulu emak wa pernah ajaq wa cara buat bantal.. senang jer... sampai sekarang wa 'rasa' masih boleh buat lagi. (harap2 gitu la..).
apa pun kampung wa memang makmur dengan hasil kampung. bravo kampung chek!

wa nak bantal golek warna oren! boleh mak tolong buatkan?! hihihi...

Monday, March 14, 2011

bestnya kampung ku !!..

hahaha... manyak syoq wa balik kampung kali ni. kamera oren yang wa cerita tengah nazak hari tu dah ok dah. dia kurang vitamin D laaa.. jemur tengah panas empat lima hari terus ok.

cuti sekolah memang wa balik kedah. melawat mak abah wa kat kampung. wa orang kedah. darah wa pun dah memang kaler hijau kuning. aaa... otak wa tak kuning aaa..

wa tak tau laa... asal wa sampai kedah, ada jer orang kampung wa meninggal. dalam kampung ni, abah wa la tempat depa tuju untuk urus mayat. dari kain kapan, keranda, korek liang... semua abah wa uruskan. dulu abah wa pernah korek liang. lepas tu gatal2 satu badan. lebih dua bulan bawa berubat. lepas sembuh, abah wa dah tak korek liang lagi. cuma atur tempat nak korek jer..

wa bergaya dengan 'kancil' abah wa. atas bumbung kereta tu keranda pasang siap !

dah kebetulan wa ada kat kampung. wa la tukang hantaq keranda dengan kain kapan. wa ok jer dengan kerja ni sebab bila wa sampai umah orang mati.. hanya kereta ni jer yang boleh masuk sampai depan pintu. itu kelebihan kereta kancil abah wa ni. mana taknya.. wa bawa keranda dengan kain kapan. semua orang bagi laluan.

terkini... wa akui kampung wa memang aman. sesuai dengan nama kedah darul aman. tengok aaaa... kat tempat lain ada ker orang berani jual macam ni. parking tepi jalan jual surat habaq. layan diri beb... tokeh tak de pun kat situ. ni kira jual pasrah kerana allah. setakat ni tiada penipuan berlaku. sape rasa nak bayaq... letak jer dalam balang gula2 kat situ. ambek baki duit kalau ada lebih. nak ambek free pun tak per jugak.. nanti kat akhirat hang jawab la dengan allah..

tokeh sudah lari. balik sambung tidoq kottt..

esok wa nak balik pahang. ada dua jalan.

1. kedah-penang-perak-selangoq-pahang
2. kedah-perak-kelantan-pahang

mana jalan mau ikut maaaa.....?!!

Tuesday, February 15, 2011

kamera oren tengah nazak !..

uuuuwwaaaa... kamera oren wa tengah nazak. salah wa jugak hari tu. wa ingat boleh rendam lama-lama dalam air. rupanya dia terus lemas. dia punya lensa pun sudah rabun sekarang ni. apa macam mau buat aaaa...?!

dulu masa wa beli kamera oren olympus u-tough 6000.. wa rasa happy sangat. masa tu itulah antara kamera kecik yang terbaik. boleh amek gambar dalam air. wa cuba.. perrgh.. memang betul laa.. wa beli. 1000 hingget.


tengok aaa... kamera wa dah mula pening... gambar pun kelabu jer...

kalau ok.. macam ni hah gambarnya..


minggu lepas family pompuan wa ajak wa pi gambang waterpark. apa lagi, inilah masa nak guna kamera oren. sambil mandi.. berendam.. wa tangkap gambar anak-anak wa. pas tu wa suruh anak-anak wa pulak tangkap gambar wa.. best betul. kamera oren tunjukkan belangnya.
sampai rumah... wa tengok kamera oren mula pening-pening. wa susah hati. wa jemur satu hari... kamera oren pening lagi.. wa tambah jemur 2 hari.. nampak ok sikit, tapi bila tangkap gambar jer.. nampak kelabu-kelabu.

sah...! lensa kamera oren meruap. alaaa.. macam cermin jam masuk air tuu.. sekarang wa tengah berusaha selamatkan kamera oren wa. wa sayang sangat kamera oren wa ni..
huhuhu... jangan tinggalkan wa wahai kamera ajaib... huhuhu..

Wednesday, January 19, 2011

masuk temerloh

perrrghh... lama betul wa tak bukak blog wa ni.. dah bersawang dah!. wa kena mop dan sapu-sapu sikit sampah dalam blog nih. takut juga wa.. kang berhantu pulak blog nih. hai la penunggu blog.. keluarlah dari blog wa ni.. syoh syohh..!

eh.. dah masuk tahun baru ek?!.. ehh!.. macam mana wa ada kat sekolah lain ni.. hohohooo.. wa lupa! wa lupa yang wa mintak tukar hari tuu..

sori beb.. wa dah pindah sekolah baru. babye karak.. wa akan rindu karak selamanya. tahun lepas wa mintak tukar masuk daerah temerloh. isteri wa dapat tukar.. wa? hampeh tak dapat. berserabut kepala hotak wa memikirkan masalah ni. isteri wa ok jer duduk jauh dari wa.. masalahnya wa ni!.. wa plak yang tak boleh duduk jauh dari isteri wa.

raya haji ke tiga hari tu wa buat rayuan kat ppd temerloh. layanan orang ppd kat wa? perrrgh.. baik punya. ramah. tq la banyak2. hujung tahun wa call jpn pahang. tanya pasal rayuan wa. syukur.. hahaha... wa dapat tukar. hilang masalah dunia wa yang ke dua. masalah dunia wa yang pertama dah ok. bulan 10 hari tu wa dah jual rumah kat kedah. kiranya wa terus menetap kat temerloh laaa..

hari ni wa mula nak happy2 kat sekolah baru wa.. wa sekarang kat smk mentakab. 20km dari umah wa. ok la tu. tahun ni juga wa buat keputusan drastik untuk family wa. anak2 wa tak sekolah dengan isteri wa. biarlah depa berdikari pulak.

ok lah.. nanti jumpa lagi..

Wednesday, January 05, 2011

anak-anak cikgu

dunia sekolah rendah wa dikelilingi anak-anak cikgu. masa tu anak cikgu memang pandai-pandai. wa tak pandai mana pun, cuma terhegeh-hegeh nak kawan dengan anak cikgu. kengkawan wa tu memang semua baik hati.

wa cuma anak 'dereba' bas mara jaa.. abah wa keluaq kheja pukoi 5 setengah pagi, balik pukoi 10 setengah malam. tu pun gaji yang abah wa dapat tak dapat nak 'teng' gaji bapak-bapak kengkawan wa. wa cerita sikit pasai depa tu. cerita untuk suka-suka. cerita untuk cari pasal. heee..

udin, bestpren wa. but i'm sure, wa bukan bestpren bagi udin. udin anak cikgu taib. bapak dia cikgu besaq walau pun bapak dia tak besaq mana pun. wa memang bengkek kat udin. udin ja dok dapat nombor satu dalam kelas. wa selalu dok belakang dia. saper x kenai udin. putih, gebu, tinggi. wa? seperti biasa montel, kelabu asap, bulat !. udin budak baik. dia pandai main bola. star la konon.. wa? jadi goli jaa.. sebab wa tak larat nak lari. masa darjah 6, udin jadi ketua pengawas, wa jadi pengawas ja. tut-tut bapak dia kena pindah ke sk padang lumat. udin ikut jugak. udin mintak wa ambek tali leher ketua pengawas di rumah udin. mintak tolong bagi pada cikgu shuib. wa gigil-gigil bagi kat cikgu shuib. badan cikgu shuib besaq. semua budak takut kat cikgu shuib. wa gagahkan jugak bagi tali leher tu kat cikgu shuib tp cikgu shuib tak ambik, dia bagi wa. wa pulak jadi ketua pengawas. rezeki wa.

saerah. huhhh... ni sorang lagi. dia anak cikgu shuib. pagi-pagi ikut bapak dia naik vespa mai sekolah. dia masuk sekolah wa masa darjah 5 kot. sapa pun tak berani kacau dia sebab takut kat bapak dia. kalau bapak dia tak dak kat sekolah pun, budak2 tak berani kacau dia. badan? macam cikgu shuib laaa.. mata bulat. kheja 'jeghe' orang ja.. pipi tembam. tulisan dia pun besaq2. bulat-bulat. dia budak pandai. dia dapat 5A upsr. dia jugak pandai main alat muzik. wa pun pandai jugak main alat muzik. main kastenet ngan kerincing aje la. ingat ka bila habeh sekolah rendah tak jumpa dia lagi. nuuuuuuuu... masa ting 6 jumpa pulak dah di smk merbok. sekali tengok ja wa dah kenai. tu saerah. sama ja.. form 6 sekelas ngan wa. kami sama-sama dapat 5P STPM walau pun wa terpaksa buat rayuan semak semula untuk 5P. (uik, dia ingat dia sorang jer dapat 5P... wa pun dapat aaaa...)
yusran. adeeehhh.. ni sorang lagi. kecik sangat orangnya. tak macam cikgu usop. bapak dia. dia duduk dengan tok dia. bapak dia ngajaq di pahang. dia ngam dengan wa. ngam sebab bapak2 kami satu fahaman politik. syyyyy... kena diam. gerakan politik tak boleh cakap kuat2. lama wa tak jumpa dia. wa dapat tahu la ni dia dah jadi ustaz kat sabah.
ramai lagi kengkawan wa lain. muin anak cikgu othman, men anak cikgu ali, miskiah anak cikgu peah, anak cikgu mael, anak cikgu mat ali, anak cikgu majid. bla bla bla... tak ingat wa. ramai sangat.

apa pun, wa hepi. wa berpeluang berkawan dengan depa semua. sekarang ni anak-anak wa pulak jagi anak cikgu. anak cikgu shakir. tok sah dok berlagak la jadi anak cikgu. wa yang jadi cikgu pun tak berlagak !!!

Tuesday, September 21, 2010

ngajaq pakai t-shirt hari-hari la lepas ni..

fuuuhhh... lega sangat wa rasa hari ni bila KP pj tunjukkan surat siaran pakaian baju sukan. wa boleh pakai baju sukan sehari suntuk di sekolah. selama ni wa 'curi-curi' pakai baju sukan sampai balik. malas betul wa nak tukar baju lepas pj. bau assemm!

kalau dulu sepatutnya semua cikgu dan murid kena tukar pakai baju kemeja lepas waktu pj. cikgu juga tak boleh mengajar pakai t-shirt dalam kelas. la ni dah ok!


berita ni kalau cakap kat pompuan wa.. mesti dia suka. masa wa nak mintak sambung belajar pj kat upm dulu pun dia sonok sangat. pertama sebab wa boleh dapat gaji lebih sikit. yang kedua pulak.. dia tak payah la nak gosok baju kerja wa lagi..

wa ngajaq pj 20 masa seminggu. dan boleh la pekena t-shirt hari-hari. anak-anak wa pulak tak payah la lagi bawa baju sekolah dalam beg lepas ni. pakai jer baju pj tu sampai balik.

bau?!.. huhu.. jangan tanya la.. nasib aaa...

kengkawan wa ada yang 'jeles'. hahaha.. wa boleh ketawa besar lepas ni.. satu beban wa dah terlepas..

Thursday, September 09, 2010

kalau macam ni.. untung la ayon..

hanya ayon yang ikut wa balik kampung raya ni. yang lain ikut umie raya kat temerloh. untung la ayon balik kali ni..
kebetulan birthday ayon ke 9. mak lang belanja kek sebijik. untung la ayon!. wa pulak belanja kfc 9 ketul dengan mercun tarik. jam tangan sebijik. untung la ayon!.. pak su pulak layan ayon beli mercun. wa pun tumpang sekaki la main mercun malam kemarin. (wa pun untung jugak kih kih kih..)

insentif di tangan (kakak dengan adik tak der)

potong kek aufa@9

abah tumpang setangan

yam yam yammm..

kek mak lang belanja..

wan? wan lagi la banyak belanja.. siap bagi insentif kat cucu dia tu..
i. insentif hari jadi
ii. insentif puasa penuh
iii. insentif exam
iv. insentif balik kampung (sebab cucu ni sanggup raya dengan dia)
v. satay 50 cucuk + mercun
vi. duit raya
huyyooo... berapa banyak ayon dapat dari wan?! untung la ayon.. (pssss.. kalau abah tak de duit, abah pinjam ayon punyer aaa..)
kenapa la wan wa dulu tak macam wan ayon aaa...?

Wednesday, September 08, 2010

persiapan raya..

sepatutnya wa raya kat pahang. tapi wa kona balik kedah. wa kona dengan ayon jer.. pompuan wa raya pahang. emak wa sakit.. emak mertua wa kurang sihat + abang ipar wa baru meninggal. jadi terpaksalah buat keputusan lagu ni.. it's ok bro..

wa sampai di kampung. suden pun sampai jugak. adoooiyyaiii.. semak betul rumah mak abah wa. depa tak larat nak bersihkan rumah. satu hari wa dengan sudin cuci kawasan rumah.

hari ni suden dah nak balik sabak bernama. adik pompuan wa pun nak raya rumah mertua dia di bagan datoh. kamal, semalam baru naik sarjen. kena kerja sampai 19hb. jadi.. wa dengan ayon jer lah temankan emak abah wa raya di tempoyak.
selamat hari raya lah semua..

Monday, August 30, 2010

facebook vs blog

sedar tak sedar dah sebulan lebih wa tak update blog wa ni. apasal ekk?. mudah cerita, facebook punya pasal la ni. semua orang tergila-gilakan facebok. wa pun hampir nak gila. mujur masih waras.

dalam dok syoq layan facebook, blog makin dilupakan. wa tengok blog kengkawan wa... hellehhh serupa jer macam wa. malah ada yang lebih teruk daripada wa.


blog nazri, geng oren yang pernah wa cerita ari tu dalam blog ni. dulu beria sangat suruh wa ajaq buat blog. katanya nak bagi info pasal olahraga. almaklumlah.. dia pegawai teknik olahraga daerah bentong. la ni dah berbulan-bulan tak update. apa kes? kes facebook punya hal laa...
blog anjungsena sama jugak. blog tentang penulisan dan perguruan. dia tanya wa sebab apa tak update blog wa. cheeeehhh.. lu pun sama bebbb.. tak update jugak. dah berbulan-bulan. apa kes?.. hahaha.. facebook punya kes jugak la..

ni lagi satu yang teruk ni... blog hunnyhafeez. blog cerita personal macam blog wa jugak la.. terus tutup akaun. wa tanya dia apasal? hahaha.. syoq layan facebook la weh..

ada lagi.. tapi cukup la wa bagi tiga blog ni ja.. wa tak nafikan penangan blog sudah berada di akhir hayat. macam yahoo messenger ngan mIRC yang dah lingkop tu..

hakikatnya sekarang blog tidak lagi sesuai untuk personal sosialisasi. tapi kalau untuk informasi dan politik, blog masih ok.

wa tak kisah.. orang nak baca ker tak nak baca ker blog wa.. ini adalah blog peribadi wa. wa akan bertahan setakat yang wa mampu. kalau tak bleh jugak nak wat macam mana...

Wednesday, July 07, 2010

al mashoor (lelaki) dalam kenangan

cuti-cuti @ penang kali ni wa dah rancang sebelum balik kedah hari tu lagi. dah lama wa tak pi penang. jangan tak tahu pulak, wa pernah study kat sana dulu.

wa bawa satu family dengan abah wa sekali jalan-jalan ronda penang satu hari. mak wa tak dapat pi. ada hal. alaaa... bukannya susah sangat kat penang tu. wa dah biasa sangat jalan-jalan kat georgetown tu. tapi wa silap, itu lebih 15 tahun lepas. akhirnya wa tersesat juga dalam bandar tu. wa bawa family wa pi rumah p.ramlee kat dato' keramat. wa tengok ayah wa khusyuk sangat tengok gambaq dan benda-benda p.ramlee. almaklumlah.. p.ramlee hidup zaman abah wa muda-muda dulu.
tempat tumpuan wa tentunya sekolah wa dulu. smka almashoor(l) dekat masjid negeri. sampai sana. terpegun wa tengok kelainan sekolah wa. bangunan sekolah yang wa belajar dulu dah jadi asrama. sekolah wa dah "makan" smk zainal abidin. sekolah tepi sekolah wa dulu. wa tak tau la mana pi pulak sekolah zainal abidin tu. sekolah tu dah jadi mashoor la ni.

hallammak... sekolah wa dah jadi sekolah kluster cemerlang laa..


sekolah wa dah ada bas sendiri, bangunan rumah guru dan macam-macam lagi lah. wa cakap kat anak wa. inilah sekolah abah. hanya budak pandai jer dapat sekolah kat sini. hihihi... wa bukan nak riak wa pandai, cuma nak bagi semangat kat anak-anak wa saja. wa rela dan bangga kalau satu hari nanti anak lelaki wa nak sekolah kat sini macam wa dulu.

ni bangunan sekolah wa dulu.. dah jadi asrama sepenuhnya..

setengah jam di almashoor, wa ajak anak lelaki wa ronda-ronda dalam mashoor. mengimbas kenangan silam wa. di sini wa kenal kawan-kawan yang baik hati dan berhati waja. kawan yang tak pernah ajak wa hisap rokok walaupun hampir semua geng wa hisap rokok.

wa tinggalkan almashoor sarat dengan kenangan. ada masa wa datang lagi...

Sunday, July 04, 2010

minggu layan 'anak sedara'

minggu lepas memang wa sibuk ke hulu ke hilir. melayan anak-anak sedara yang sambung belajar.

nida, anak kak tie. sepupu wa yang paling tua dapat ipg (maktab) tg ampuan afzan lipis. awal-awal lagi kak tie dah call wa tanyakkan tentang lipis. maklumlah wa duduk pahang. wa lah tempat paling 'strategik' untuk depa dapatkan maklumat. wa memang berbesar hati tawarkan 'khidmat' apa yang boleh. wa ajak depa satu family lepak kat umah wa dulu sebelum pergi daftar.
bukan main seronok lagi..
kak tie cucu sulung tok wan dan wa cucu ke 5. masa kak tie kawen, wa kecik lagi. wa baru darjah 3. wa dengan keluarga kak tie memang rapat. dulu masa kecik wa selalu lepak rumah ngah (mak kak tie) kat pengkalan kakap. ngah yang jaga wa masa abah dengan mak wa pergi kuala lumpur. ngah selalu ceritakan wa tentang kisah-kisah nabi dan firaun.
wa juga pernah lepak rumah kak tie masa cuti sekolah. akmal anak sulung kak tie baru umur 4 tahun masa tu. la ni akmal dah ada ijazah pun. masa tu kak tie buat jual-jual kacang. akmal enterprise, packing dan jual ke kedai-kedai.
mengenangkan jasa family kak tie pada wa, wa dengan pompuan wa ambek cuti untuk uruskan nida di lipis. wa tahu lipis bukannya tempat yang 'mudah' untuk orang luar. jangkaan wa tepat bila wa tengok betapa kak tie susah hati nak tinggalkan nida di sana. wa harap nida ok dan dapat jadi jadi "cikgu bm sekolah cina" yang baik suatu hari nanti... ada masa pak long pi jengok nida di sana.
habis bab nida, empat hari lepas tu melayan nyah pulak, anak sedara pompuan wa. adoooiyyyaiii... dapat ums la pulak. mulanya nak hantar ke sabah. tapi banyak sangat kekangan. anak wa yang kecik tu sapa nak jaga. last-last hantar sampai lcct jer laa..

cehh..gambar wa jugak yang tak de dalam ni..

nyah anak yatim piatu. memang mak mertua wa yang jaga sejak baby. nyah memang rapat dengan pompuan wa. memang pompuan la tempat nyah mengadu masalah. tak pa lah nyah.. pergi jer lah. ada masa nanti pokcikket dengan moknik pergi tengok nyah kat sana. boleh terus cuti-cuti malaysia @ sabah.

wa tumpang seronok dengar anak-anak sedara wa dapat sambung belajar tinggi-tinggi... anak-anak wa tak tahu lagi nasibnya.. semoga menjadi jugak! amin.

Tuesday, June 29, 2010

18sx : pompuan wa marah wa

petang semalam pompuan wa marah wa sungguh-sungguh bila wa suruh anak pompuan wa mandi dalam bilik air yang wa dah bersihkan. pelik!

anak wa nak mandi dalam bilik air wa. wa kata tak boleh. pas tu wa terus 'sound' anak wa.
"pegi la mandi dalam bilik air yang abah dah cuci calat tu"

pompuan wa marah sebab wa sebut perkataan calat. apa salahnya. wa sebut betul. calat bagi pompuan wa bermaksud 'benda tak senonoh' dan bagi wa.. calat adalah cuci bersih.

pompuan wa ngomel-ngomel wa lagi. katanya wa ajar anak benda-benda tak senonoh. bertekak juga la wa mempertahankan maksud calat.
wa cari kamus dewan wa. lama tak buka. ada bawah katil anak wa rupanya. wa ambil. belek cari perkataan calat. jumpa..

"ha tengok ni!" wa terus tunjuk kat pompuan wa. hampa pun tengok boleh tengok sini.

apa yang pompuan wa maksudkan adalah maksud calat yang nombor satu. yang wa maksudkan pulak nombor dua. dua-dua betul.
pompuan wa lega... tak marah lagi. wa puas hati sebab wa cakap benda yang betul. cuma tak kena pada tempatnya. di kedah maksudnya lain, di pahang maksudnya lain. lain kali wa kena jaga mulut. wa kena ikut resam di mana berada.

psss.. psss...! kulup pun tak boleh digunakan di pahang. maksudnya kulit anu lelaki. kat kedah boleh. maksudnya pendek dan tumpul. ayat: pensel ni dah kulup. (pensel ini sudah pendek dan tumpul). hayyyyaaaa... susah la macam ni..

Monday, June 21, 2010

konvokesyen oum - umie

ini kali pertama wa ke pwtc kat kl tu. wa bukannya tahu sangat area-area kl ni. wa tahu la apa tu klcc, dato keramat, tugu negara, pwtc tapi masalahnya wa tak pernah pandu kereta dalam kl. kalau wa pi kl biasanya wa akan parking kat hentian putera gombak. pas tu wa naik tren ke kl. mudah bagi wa yang malas nak bersesak kat kl tu.

kelmarin wa temankan pompuan wa ke pwtc. ada majlis konvokesyen dia. wa nampak dia ceria je sepanjang hari. almaklumlah... hari konvo. wa memang 'layan habis' pompuan wa hari tu. wa nak dia ceria. wa nak dia suka hati. suka hati macam mana wa rasa masa wa konvo kat upm dulu.

kat pwtc punya lah ramai orang. wa rasa macam pegi umrah pun ada. sesak dengan graduan. lebih sesak lagi dengan family yang datang. wa tak bawa anak-anak wa. wa tinggal kat ngah non. pengasuh anak-anak wa. (terima kasih ngah)

masuk dalam dewan, wa terus duduk depan. sempatlah wa ambil video pompuan wa konvo.

video

apa pun wa ucapkan tahniah kat pompuan wa kerana berjaya juga habis buat ijazah. wa tumpang happy dan terharu.

pompoan wa tanya wa.. "agak-agak bila kita nak datang konvo lagi bang?"
wa senyum.. "..mungkin konvo anak-anak kita nanti..."

wa pimpin tangan dia sambil jalan balik..

Friday, June 11, 2010

syoqnya balik kampung: versi tukang gunting

wa masih dalam mood balik kampung. wa nak cerita tentang uniknya kampung wa. wa sure punya tempat lain susah nak ada kedai gunting mesra macam kampung wa.

tukang gunting muda daripada wa. wa panggil dia pak teh. pak teh tak la putih sangat. kulit dia standart-standart kulit jejaka kedah je. macam kulit wa jugak. kulit ‘putih-putih kulit manggis’!

dua hari lepas wa dah gunting dengan pak teh. lepas subuh wa dah terpacak depan rumah pak teh. ambil turn. takut ramai la pulak. tiga empat minit pak teh pegang kepala wa.. dah siap. pak teh memang cekap.

kalau malam raya pak teh boleh gunting rambut lebih seratus penduduk kampung. malam raya pak teh buka kedai bawah rumah sampai pukul tiga pagi. satu kepala tiga ringgit. kalau budak-budak pak teh ambek dua ringgit.

pak teh tak kisah. kalau ada orang sakit nak gunting rambut. call jer pak teh. tak sampai sepuluh minit pak teh dah sampai. tak sampai 5 minit pak teh pegang kepala.. tiga ringgit pak teh dapat. murah betul..

pak teh tak kisah kalau pelanggan tak de duit. gunting dulu.. bila-bila ada duit datang la bayar. kalau tak bayar terus pun tak pe!. hihi.. (malu weh kalau buat macam ni).

kat rumah pak teh tak pernah surut orang. mak pak teh sampai boleh buka gerai. jual air.. jual keropok dan macam-macam.


pelanggan dok tunggu turn nak gunting..
baby wa potong line.. thanks pak teh..

petang tadi wa bawa baby wa gunting rambut kat pak teh. tak sampai 3minit siap. pak teh tak caj apa-apa. tapi wa tetap letak singgit atas kerusi gunting pak teh untuk iktiraf kerja pak teh. pak teh ambek.

mata mesin gunting pak teh bukan beli kat giant atau tesco. mesih pak teh memang mahal. mesin pak teh boleh mesin selagi mahu. setakat 100 kepala berturut-turut.. apa la sangat bagi pak teh. pak teh cuti hari selasa, sebulan sekali pak teh kena bawa mata mesih ke penang untuk asah.

tujuh tahun pak teh jadi tukang gunting. pak teh dah boleh buat rumah sendiri. abah wa kata rumah baru pak teh harga lebih 100 ribu. pak teh buat cash. (gila !!...)

sembang-sembang dengan pak teh. wa suruh pak teh panggil wartawan sinar harian. suruh tengok sambutan malam raya. hahaha…. pak teh gelak besar. nantilah wa usahakan untuk pak teh. bravo pak teh.

p/s: pak teh suruh wa tuleh nama kedai pak teh dalam blog ni… (pada hal tak de pun nama kedai dia..) “kedai gunting rambut sungai baru merbok”. biar mudah orang cari dan baca dari google..