Wednesday, December 30, 2009

wafa: si nora GBS

sedar tak sedar anak wa yang pompuan sorang ni dah besar rupanya. dah pun mula masuk darjah satu hari ni. nak sangat dia ke sekolah. senang hati wa. wa rasa mungkin ada persamaan dengan wa masa masuk darjah satu dulu.

dulu wa dah pernah cerita macam mana wa masuk darjah satu. kalau nak baca klik sini. kalau tak nak baca kisah wa dulu... terus jer baca kat bawah ni.

pagi-pagi lagi wafa dah bersiap. bersiap dengan segala peralatan sekolah. wa tak bagi wafa bawa kotak pensel. bukannya nak guna lagi hari ni... buat berat beg jer. wafa nak bawa jugak. macam-macam alasan dia bagi kat wa. wa mengalah.



kebetulan wa ada mesyuarat kat sekolah wa hari ni. jadi wa tak dapat temankan wafa. pompuan wa ambil alih tugas wa. pompuan wa kata tak ramai budak darjah satu pakai tudung. anak wa dengan lima eman orang budak lain jer yang pakai tudung. kawan baik wafa, si nurul pun tak pakai tudung. wa tak paksa anak wa pakai tudung, wa cuma pujuk dan berharap wafa pakai tudung.

balik dari sekolah wa tanya wafa.
"cam ner? kakak nak pakai tudung lagi ker...?" wa tanya..
"kalau kakak pakai tudung... allah suka.." wa pujuk pulak.

wa mengharapkan wafa masih nak pakai tudung ke sekolah.

"nak!. kakak nak pakai tudung macam nora. kakak nak jadi macam nora. tutup aurat !"
"alaaa... nora GBS tuu.."

pompuan wa tak faham. wa dah faham nora yang mana. hahaha... nora geng bas sekolah la.


dalam hati wa...nasib baik jugak la ada nora GBS di astro tu. terima kasih geng bas sekolah. tak kisahlah apa tujuan wafa.

...wafa tetap nak pakai tudung!

No comments:

Post a Comment

parking jimat dan mudah ke klia dan klia2

aku dah pening. macam mana aku  nak parking kereta aku semasa aku pergi travel. biasanya aku dari temerloh naik bas jer ke hentian pekelilin...