Saturday, February 13, 2010

cukur kasi botak..

hari ni dah seminggu arfa hidup. wa bersyukur sangat-sangat. nampaknya segar bugar. hari ke tujuh wa memang dah rancang nak cukur rambut arfa. petang tadi wa mulakan operasi.

bismillah. wa mula operasi.. hahaha.. tarah rambut bagi rapat dulu beb..

sumbat susu... jangan kasi bising.. layannn...

fuhhh... menitik-nitik peluh wa... lap guna lengan baju jer.. hahaha..
sayang jugak nak cukur tadi. rambut arfa nampak lebat. buatnya lepas cukur... tak tumbuh-tumbuh pulak. haru haru... hahaha...

tak de majlis.. tak de makan-makan.. tak de apa-apa persediaan macam orang lain. wa mula operasi cukur rambut sendiri-sendiri jer.. kata orang 'majlis cukur jambul' yang orang melayu buat la ni banyak yang bid'ah.
"..menurut abu hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.."
wa tak dapat la nak terus buat aqikah. ada banyak sangat kekangannya. tapi tak pa.. wa rancang nak buat masa raya haji kat kedah nanti. isyaallah kambing dua ekor kasi tumbang. macam abang dengan kakak dia jugak laa..
pokcikket: nak buat macam mana.. cerita tentang baby lagi.. maklumlah tengah "kecewi" baby baru.. hahaha..

No comments:

Post a Comment

parking jimat dan mudah ke klia dan klia2

aku dah pening. macam mana aku  nak parking kereta aku semasa aku pergi travel. biasanya aku dari temerloh naik bas jer ke hentian pekelilin...