Wednesday, September 30, 2009

seluar panjang nasyid

masa tu budak-budak darjah enam dah "honey moon". depa baru lepas penilaian darjah lima. waktu darjah enam memang belajar gitu-gitu jer. wa tak ambek peksa darjah lima sebab wa tergolong dalam KBSR yang pertama. wa akan peksa tahun depan. wa peksa UPSR pertama.

masa darjah lima ustazah suruh wa dan kawan-kawan wa masuk nasyid. gabung dengan budak darjah eman. wa dah ketaq. mana la wa pandai nyanyi. yang wa tahu...lagu-lagu KBSR boleh la. lagu banjaran titiwangsa. lagu anak itik tok wi. lagu saya ayam kok kok kok.... itu wa tahu la. itu pun cikgu ahmad yang ajaq. ada juga dua tiga lagu lagi cikgu shuib ajaq.

ustazah suruh pakai baju melayu, songkok dengan seluar sekolah jer. seluar sekolah?!!! huhhh... tak kan wa nak pakai seluar pendek?!. wa masih pakai seluar pendek masa darjah lima. mana wa ada seluar panjang. nak suruh abah beli... mana abah ada duit. gaji dia kecik jer.

wa cerita kat emak wa. mak wa pun pening kepala jugak. macam mana nak cakap kat abah wa. takut abah marah. malam tu... abah balik kerja pukul 10. abah naik motor honda cup kelabu AV7587. bila abah masuk rumah... semua orang diam. mak wa dah pesan, jangan terus cakap. biar abah tenang dulu. biar abah rehat dulu.

lepas abah makan. lepas abah rehat. mak wa buka cerita. dia kata ustazah suruh pakai seluar sekolah panjang. wa nak masuk nasyid. macam mana? mana nak cari?!

abah wa bangun. abah buka almari.

"nah ! ambek yang ni. abah dah tak padan dah nak pakai"

abah bagi kat wa. bagi seluar kerja abah. seluar kerja abah warna biru. seluar driver bas mara. abah suruh wa test. wa sarung. wa test. muat!. perut wa memang besar. perut wa memang muat. pinggang saiz 28 inci.

yang masalahnya sekarang... mak wa kena potong kaki seluar. biar pendek sikit. mak wa kata orait jer... mak wa boleh buat. mak wa memang pandai jahit. masa dulu mak wa memang kerja kat kedai jahit di sungai petani. kat situlah abah wa nampak mak wa dan terus berkenan.

wa seronok. bukan main seronok wa dapat seluar baru. minggu depan wa terus pakai ke sekolah. wa bangga pakai seluar tu. masa tu boleh dikira dengan jari budak yang pakai seluar panjang ke sekolah. bukan macam sekarang ni...

yang bulat poyo tu wa laa... masa ni sambutan maulidirrasul. kena pakai baju melayu sepasang pulak. apa la ustazah wa ni. kejap sepasang, kejap pakai seluag sekolah. bikin wa sakit hati jer. haaaa... nanti wa cerita pasai kawan-kawan wa ni...



wa masuk geng nasyid sekolah. wa berlatih sungguh-sungguh. berlatih dalam surau. masa persembahan, wa nasyid kuat-kuat. semua orang heppy.

masa majlis maulidirrasul... sekali lagi kumpulan nasyid wa kena panggil. panggil buat persembahan. wa dan geng nasyid rasa best sangat. dapat nasyid depan tetamu.

dua kali tu jer wa nayid rasanya. lepas tu terkubur macam tu jer kumpulan tu... geng wa dah berpecah. berpecah dari kumpulan gabungan darjah 5 dan 6 tu. tapi kami masih sekolah macam biasa. satu pengalaman wa di sk batu hampar merbok.

No comments:

Post a Comment

parking jimat dan mudah ke klia dan klia2

aku dah pening. macam mana aku  nak parking kereta aku semasa aku pergi travel. biasanya aku dari temerloh naik bas jer ke hentian pekelilin...