Sunday, January 31, 2010

kedai agung pekan merbok...

selain 'rembat' mercun di kedai anam... wa juga selalu pi kedai agung. cakap jer kedai agung... satu pekan merbok tahu sapa tu agung. bukannya agung DYMM tu tapi cina separuh abad 'ngog' sikit-sikit yang berniaga kat tepi market merbok.

bagi wa.. kedai agung memang strategik. kedai agung cuma besar bilik tidur anak wa jer. banyak gantung plastik-plastik keropok chekedis. budak-budak suka sangat pi kedai agung. wa tak tau apasal suka sangat budak-budak tu. mungkin budak-budak tu pun ada strategi masing-masing.

masa wa budak-budak dulu... kalau masuk kedai agung jer mesti kena selak-selak plastik keropok tu. padat sangat dalam kedai agung. agung cuma jaga laci duit dia jer. mercun dengan bunga api pun dia gantung. macam strategi kedai anam juga.. (klik sini kalau nak tahu strategi wa) wa dengan kamal buat benda yang sama.

balik kedah baru ni.. wa tinjau-tinjau kedai agung. agung macam tu jugak. muka kusut masai. pakai t-shirt, seluar pendek, selipar jepun, kuku tak potong. agung dah tak kenal wa.. tapi wa tetap kenal dia. kedai agung tak banyak berubah. macam tu jugak.. yang berubah.. agung dah nampak tua.

pagi ni wa rayap-rayap dalam internet. nampak pulak muka agung dalam blog yb tempat wa. apa kes ni.. ayoyo... kedai agung terbakar. wa tumpang rasa sedih. tempat kenangan wa dah musnah. sederet kedai agung, kedai nya, kedai halim terbakar hangus.. ni wa sisipkan gambar agung dari blog yb tu.

...kesian agung

pokcikket: agung.. wa minta sorry aaa pasai kecik-kecik dulu.. dulu wa rembat lu punya mercun tak sampai singget pun.. wa dah tobat.. nanti kalau wa jumpa lu.. wa kasi derma sikit aaaa... jangan sedih aaa...

Friday, January 29, 2010

fa fa fa... fa apa?

wa dah mula rasa debar-debar tunggu anak ke tiga ni. minggu ni agaknya. maklumlah dah lama wa tak beranak kecik. anak wa yang bongsu pun dah masuk darjah satu tahun ni.

wa ada tanya anak-anak wa.
"apa nama kita nak bagi kat baby ni?" sambil wa usap-usap perut pompuan wa.

anak-anak wa nama ada fa fa fa kat belakang.

ahmad amirul aufa
alya nur wafa

apa pulak nama fa fa nak bagi kat baby wa kali ni.
rupanya anak pompuan wa 'ambil pot' apa yang wa tanya dia tadi. puas dia fikir... last-last..

"adik dah puas cari... satu fa jer yang adik jumpa.."

"fa apa?" tanya wa.
"fa.. mustafa !"

hahaha... hahahaha... kihkihkihkihkih... hihihihi...

tak de ke fa lain... mustafa tu cikgu sekolah wa! kawan wa. okey ker wa guna nama cigku mustafa..

sapa-sapa kalau nak cadangkan... bolehlah tolong wa.. hahaha...

pokcikket : sorry mus.. hahaha...

Sunday, January 24, 2010

pagi ni wa kena bebb!..

wa bawa keta slow-slow ke bentong. konon nak sarapan kat sana la. maklumlah layan pompuan wa yang sarat ngandung tu.

tengah bawa keta... wa usha line. clear jer.. wa call la kawan wa. baru jer hello... dia potong wa. ceh terlepas handphone wa celah kangkang.

"ke tepi... ke tepi" cehhh... polis trafik la pulak. awat la dia sampai pulak masa ni. wa turun keta. ngaku salah jer la.

wa cuba pujuk polis tu.
"bagi amaran jer tak boleh ke encik?" dia diam jer.
wa pujuk lagi. tak makan jugak pujukan wa.

"maaf encik.. salah tetap salah. tak pe saya bagi kompaun sebulan"

surat saman wa...

aduuuiiyaiii... saman la pulak. masa dia tengah tulis surat saman, wa dah terfikir kamera wa. cehhh... tak bawak la pulak. apa la.. time-time penting terlupa la pulak. wa ingat nak suruh pompuan wa tangkap gambar wa dengan polis tu masa dia serah saman kat wa. hahaha... mana ada orang pernah buat macam ni kan?. masuk blog tentu gempaq!

dapat saman. wa tengok cop dia.
konst 168929 zulhilmi bin ibrahim
unit 2 zon timur 1
peronda lebuhraya malaysia
bukit aman

huyyyooo... trafik bukit aman beb.

lesap seratus duit gaji wa esok!..

Saturday, January 23, 2010

kenapa wa pokcikket?

memang dah abah wa bubuh nama wa shakir. wa terima jer lah. shakir maksudnya bersyukur. abah wa bersyukur sangat sebab... klik sini kalau nak tahu.

wa orang kedah. cakapnya 'pelat pekat' sikit. jadi SHAKIR yang sedap tu orang kedah sebut 'SHAKET'. lekatlah nama wa shaket sampai ke 'tua'.


pokcikket kecik-kecik dulu... tengok la kasut cowboy wa..

kat sekolah rendah kawan-kawan wa panggil 'cat'. wa bengang. wa bukan kucing! mail kawan wa yang jadi keeper simpanan (klik sini pulak) tu selalu nyakat wa. wa macam nak lempang jer budak ni. kejap-kejap dia bunyi meaw...meaw... kejap-kejap dia bunyi meaw...meaw... sakit telinga wa. mail la yang banyak panggil wa 'cat'. lama-lama wa dah 'mangli' dengan panggilan tu. mungkin nama tu boleh bawa tuah pada wa. wa bagi warning kat mail.

"mail, hang boleh panggil aku 'cat' tapi K.E.T bukan C.A.T!" wa sound mael.
mail setuju. mail tak meaw...meawkan wa lagi lepas tu. wa kawan baik dengan mail. sejak tu wa jadi KET di sekolah dan kampung wa.

bila wa kawen dengan pompuan wa.. wa terus dapat anak sedara. empat orang. semua dah besar-besar. depa nilah yang panggil wa 'pakcik ket'. maklumlah orang temerloh... jadi lah wa pocikket.

ternyata wa serasi dengan pokcikket!.

Tuesday, January 19, 2010

... hilangnya yang tersayang

sejak wa bubuh iklan nak jual rumah dalam mudah.my dekat 15 orang call wa tanyakan rumah wa tu. betul ker wa nak jual? wa memang nak jual.

nazri, kawan wa tak bagi jual. bard kata sayangnya kalau jual. apa boleh wa buat geng oren.. wa tak mampu nak tanggung hutang banyak-banyak. wa terpaksa jual jugak. nanti wa carikan pengganti!

krriiinngg... wa dapat call dari cikgu din. pensyarah kolej komuniti grik. macam minat nak tengok rumah wa. wa call abah wa di kampung cakap ada orang nak datang rumah wa. tolonglah abah... tolong buka rumah wa. wa kat pahang ni.

cikgu din tak pi tengok pun. dia wakilkan pak mertua dia jer. satu family depa mai tengok rumah wa. masuk jer dalam rumah... pak mertua cikgu din terus call dia. call buat apa?!. aaaa... baca lagi.

cikgu din jumpa wa petang semalam kat kedai buluh karak. wa sambut cikgu din dengan ramah. maklumlah... nak jual rumah. kebetulan cikgu din datang karak pasal kerja. kebetulan... semuanya kebetulan.


wa dah tandatangan surat terima deposit..

semuanya selesai setakat semalam.. deposit dah bagi. wa bagi semua dokumen kat cikgu din. itu semua dia urus dengan peguam nanti.

wa cuma nak tunggu loan cikgu din lulus. lulus jer... selesai rumah wa. wa dah tak dak lagi rumah lepas ni. satu jer wa minta dari cikgu din. wa nak bawa family wa bergambar depan rumah buat kali terakhir! rumah kesayangan wa.

rezeki wa bukan di kedah. rezeki wa di sini. wa akan tinggal di pahang selama-lamanya.. insyaallah..

pokcikket: cerita lanjut tentang rumah pokcikket klik sini.

Sunday, January 17, 2010

...10 tahun di pahang

10 januari 2000
balik dari kerja ‘petrol pump’ pekan merbok. mak wa bagi sampul surat putih. wa sure.. ni surat posting wa ni hahaha...

…sukacita dimaklumkan tuan/puan ditempatkan di sjk(tamil) ladang renjok, karak pahang


gambar terbaru sekolah wa. setelah sembilan tahun wa tinggalkan sekolah ni..

terduduk wa.. tak terbayang wa akan mengajar di sekolah tamil. wa telefon kawan-kawan wa. semua gelakkan wa.. tunang wa pun gelakkan wa jugak. chehh..!

12 januari 2000
malam.. wa dah ikat-ikat barang kat motor yamaha wa. wa ikat bag satu, tikar plastik satu. untuk wa lapik tidur nanti. kamal kebetulan nak balik kem kuantan. wa, kamal akan ke pahang sama-sama pagi esok.


wa teruja.. bukan nak ke sekolah. tapi nak jumpa tunang wa yang dah lama wa tak jumpa. hahaha…

13 januari 2000
lepas subuh wa bertolak dari kedah. wa, kamal dan sorang minah askar kawan kamal naik sorang satu motor. lengoh bontot wa layan motor di highway.

sampai karak, wa lepak di mak andak cafĂ© depan masjid. minum-minum basah tekak. wa tanya tokeh kedai kat mana ladang renjok. dia kata dari sini ikut jalan kuala pilah. 20km lagi. fuhhh…mencabar ni..

malam, wa tidur rumah tunang wa kat temerloh. sembang-sembang apa yang patut.

14 januari 2000
lepas sarapan, wa pi cari ladang renjok dengan latep, bakal abang ipar wa. puas wa ikut latep… ingat ke dia tahu.. last-last jumpa jugak.

nahhaaaaiii… dalam ladang getah sekolah wa. james, guru besar wa sambut wa. wa sorang jer melayu. itu pun kulit wa sama jer macam orang lain kat sekolah tu… hahaha..

shaari, kerani sekolah wa tawarkan rumah untuk wa. rupanya shaari dah cari rumah sewa kat wa. terima kasih shaari. jasa shaari wa tak kan lupa.

15 januari 2000
wa hantar tunang wa ke jabor terengganu. dia posting sana. wa tumpat abang daham. sampai jabor… giliran wa pulak gelak kat tunang wa… sama jer sekolah dia dengan sekolah wa. dalam hutan sawit.

16 januari 2000
wa bersihkan rumah sewa wa. shaari tolong. malam tu wa sunyi sangat. karan pun tak dak rumah wa. pakai lilin jer malam ni. esok baru karan masuk. sepi sungguh hidup wa.

wa bentang tikar. beg wa buat bantal. wa bunjut kain pelikat, ikat kaki. satu lagi kain pelikat wa selimut kat kepala.

17 januari 2000
wanakkam sir.. joseph, budak darjah 5 sapa wa. wa pun bagi wanakkam balik. budak-budak kerumun wa. suka sangat budak-budak tu dapat cikgu baru macam wa.

17 januari 2010
…genap 10 tahun wa jadi cikgu di pahang. wa bangga!

Wednesday, January 13, 2010

pisang 'bogel'..

petang.. waktu wa sekolah dulu. mak wa buat pisang goreng. mak wa baru jer angkat pisang goreng dari kuali. wa tengok montel-montel pisang yang mak wa goreng. tepung rangup kembang kembung mak wa buat. mak wa ada campuran resepi sendiri. yang wa tahu..tepung gandum dia campur tepung beras. campuran benda lain, itu yang wa tak tahu tu!.

wa minat sangat pisang goreng. tapi bukan semua… wa cuma minat kulit tepung pisang goreng jer. ada orang kata kulit.. ada orang kata kerak. sama jer tu.. rangup.. rangup..



wa siat-siat kulit tepung pisang goreng. mula-mula sebijik… lepas tu sebijik lagi… lepas tu berbijik-bijik wa siat. mak wa marah-marah. wa buat dengar-dengar tak dengar jer. bengang mak wa kat wa.

abah wa? dah lama dia perhati perangai tak senonoh wa ni. masa abah wa nak makan.. selalu dia jumpa ‘pisang bogel’ wa. wa makan kulit tepung jer. pisang wa tinggal dalam pinggan.

abah wa ada plan. abah keluar ikut pintu belakang rumah wa. abah bawa parang. wa tengok abah masuk semak. tebang-tebang batang pokok cenderai. abah potong-potong batang tu dalam sejengkal. lepas siat kulit batang cenderai.. abah basuh dan bagi kat wa.

“hang ambek ni… pi celup tepung… pas tu pi goreng. hang makan tepung goreng tu. lepas habis… hang pi celup tepung goreng sekali lagi. tak payah ambek kulit pisang goreng ni.!”

hahaha… hari ni wa kena beb. wa sengeh jer… hihihi…

Monday, January 11, 2010

facebook pulak dahhh..

ni bard punya pasal lah nie.. wa mulanya malas nak buat facebook. bard yang ajak.. wa cuba-cuba jer. tut..tut.. dah menjadi facebook wa. wa bukan apa.. kalau dah ada facebook ni.. kasih sayang wa dah terbelah bagi. selama ni wa sayang sangat kat blog ni. la ni "berbagi cinta" la pulak.


apa pun wa dah ada facebook. wa on jer la.. tengok macam mana. kalau best wa teruskan.. blog wa ni tetap macam biasa. wa catatkan yang terbaik punya.

nak joint facebook wa taip jer shakir abid. berehhhh...

Tuesday, January 05, 2010

minggu hari jadi..

anak pompuan wa beria sangat dapat masuk darjah satu. kebetulan pulak sama dengan hari jadi dia. macam-macam dia minta. maklumlah budak-budak. wa dulu tak merasa pun hari jadi. sedar-sedar wa dah jadi macam ni.

abah wa? tak terfikir gamaknya dia nak sambut hari jadi wa dulu-dulu. tarikh lahir wa pun dia tak ingat. sibuk cari rezeki untuk anak-anak. sejak kawen ni lah baru wa dapat merasa sambut hari jadi. tak besar... majlis kecik pun anak isteri wa buat untuk wa.

minggu ni giliran wa pulak buat majlis hari jadi anak wa. tak la besar. asalkan ada. cuma makan nak beranak jer. tak jemput sapa-sapa pun. kek mesti ada. macam sambut hari jadi orang putih la pulak. tapi wa mulakan dengan doa. semoga anak wa jadi anak yang baik.



budak-budak... adatlah... tiup lilin dengan hadiah. itu mesti ada. wa bagi jam.. aduhhh... kena la beli dua. kalau tidak yang sorang lagi tarik muka la pulak. tak kisah la. apa pun, anak-anak happy!

umie pun nak happy jugak... wa bagi benda ni kat umie.. hadiah hari jadi !


...biar dia nampak jelas sikit muka wa yang hensem ni... hahaha...

Friday, January 01, 2010

selamat...!!

tahun baru datang lagi
tinggalkan tahun yang lama
biar pun tahun baru datang lagi..
wa jarang ucapkan "selamat tahun baru"..
yang wa ucapkan hanya..
"selamat hari jadi"
buat buah hati..