Thursday, February 18, 2010

simpan elok-elok tali pusat tu..

bila dah tali pusat luruh.. apa nak buat ekk? memang mak ayah akan simpan. kenang-kenangan konon..

wa memang simpan. tiap-tiap orang ada satu saja tali pusat. tak tau la pulak kalau ada orang banyak pusat. simpan tetap simpan. kenangan untuk anaak-anak.

emak wa bagi petua. tah boleh percaya ke tidak wa tak tau la.. nak percaya sangat pun takut bid'ah pulak. emak wa kata.. simpan tali pusat anak-anak dalam satu bekas. barulah depa tu tak bergaduh.. tak berpisah.. hidup pulak barulah bertolak ansur.

wa letak dalam kotak ni. wa dah ada tiga. dah pangkat sarjen wa ni.. hahaha..

wa pun ikut la. memang dari dulu wa simpan tali pusat anak-anak dalam satu tempat. wa ikut cakap emak wa. tujuan wa.. cuma nak simpan tali pusat buat kenangan. bukan "mengagungkan" bid'ah masyarakat melayu.

hihihi... wa tengok lubang pusat wa... manalah tali pusat wa...? hahaha...
manalah emak wa letak tali pusat wa?..

No comments:

Post a Comment