Thursday, December 10, 2009

syoqnya balik kedah !

ada orang tanya wa..
"awat yang dok syoq sangat kalau balik kedah tu..?!". haaa... mai cek nak habaq mai.

tak payah wa nak habaq banyak-banyak. wa 'spesifikkan' kat bab makanan cukup laa.. pagi-pagi lagi wa ajak bini wa pi beli kuih. ada masa satu jam lebih saja untuk pilih kuih. lambat jer... habis!. pernah pagi raya puasa ke tiga dulu wa berebut kuih dengan pak haji. wa nak.. pak haji tu pun nak jugak. pagi tu wa tak dapat kuih, terpaksa breakfirst benda lain.

awat jadi lagu (macam) tu? hampa tengok sendiri..!
halammakk... kelabu bijik mata nak pilih kuih... dua kupang jer bebbb...

ni ha kuih dua kupang tu... montok-montok... montel-montel...

huhuhu... 2 kupang ja bebbb.. mana hampa nak dapat kat tempat lain. kat kampung wa jer yang ada.. wa kutip jer kuih yang wa rasa nak makan. kat karak tiga biji seringgit... kat kampung wa.. lima seringgit. huhuhu... best betul pilih kuih...
lokasi? depan MRSM merbok.

satu lagi yang wa suka... wa baru jumpa port baru sup kaki ayam. wa sesah betul-betul. wa suka sup kaki ayam. satu mangkuk dua ringgit jer... kaki ayam berketul-ketul. haaaa... wa perkenalkan kat hampa semua.. "kedai nasi ayam periuk besar".


kaki berketul-ketul. semangkuk ni dua ringgit! save bajet wa beb...

lokasi? bangunan dekat TESCO sungai petani utara. pi la try kalau tak percaya !!.



ayam seketul... sotong... kacang... sambal bilis... timun.. kat kampung wa jer ada. singgit jer!

tu baru sikit.. banyak lagi yang wa suka bila balik kampung! nanti kalau ada masa wa cerita lagi..

No comments:

Post a Comment

parking jimat dan mudah ke klia dan klia2

aku dah pening. macam mana aku  nak parking kereta aku semasa aku pergi travel. biasanya aku dari temerloh naik bas jer ke hentian pekelilin...