Wednesday, January 19, 2011

masuk temerloh

perrrghh... lama betul wa tak bukak blog wa ni.. dah bersawang dah!. wa kena mop dan sapu-sapu sikit sampah dalam blog nih. takut juga wa.. kang berhantu pulak blog nih. hai la penunggu blog.. keluarlah dari blog wa ni.. syoh syohh..!

eh.. dah masuk tahun baru ek?!.. ehh!.. macam mana wa ada kat sekolah lain ni.. hohohooo.. wa lupa! wa lupa yang wa mintak tukar hari tuu..

sori beb.. wa dah pindah sekolah baru. babye karak.. wa akan rindu karak selamanya. tahun lepas wa mintak tukar masuk daerah temerloh. isteri wa dapat tukar.. wa? hampeh tak dapat. berserabut kepala hotak wa memikirkan masalah ni. isteri wa ok jer duduk jauh dari wa.. masalahnya wa ni!.. wa plak yang tak boleh duduk jauh dari isteri wa.

raya haji ke tiga hari tu wa buat rayuan kat ppd temerloh. layanan orang ppd kat wa? perrrgh.. baik punya. ramah. tq la banyak2. hujung tahun wa call jpn pahang. tanya pasal rayuan wa. syukur.. hahaha... wa dapat tukar. hilang masalah dunia wa yang ke dua. masalah dunia wa yang pertama dah ok. bulan 10 hari tu wa dah jual rumah kat kedah. kiranya wa terus menetap kat temerloh laaa..

hari ni wa mula nak happy2 kat sekolah baru wa.. wa sekarang kat smk mentakab. 20km dari umah wa. ok la tu. tahun ni juga wa buat keputusan drastik untuk family wa. anak2 wa tak sekolah dengan isteri wa. biarlah depa berdikari pulak.

ok lah.. nanti jumpa lagi..

1 comment:

  1. Ket..selalu selalu la buka blog hang...kalau fb tak boleh nak tulis panjang-panjang. Apa pun tahniah la..dapat tukaq..20km dekat ja tu...lepas ni wujud pula geng Merah...hahahahaha baru boleh lawan geng oren...

    ReplyDelete

parking jimat dan mudah ke klia dan klia2

aku dah pening. macam mana aku  nak parking kereta aku semasa aku pergi travel. biasanya aku dari temerloh naik bas jer ke hentian pekelilin...