Thursday, October 22, 2009

karipap gajah

wa bawa anak-anak wa masuk bandar lipis. jalan-jalan sementara tunggu pompuan wa tengah kuliah. pompuan wa sambung belajar.. buat ijazah oum. dah semester akhir ni...

hari ni hari sabtu. ada "pekan sari" kat bandar lipis. wa jalan-jalan cari sarapan. perut wa dah lapar. dah pukul 8 lebih ni. tadi wa bertolak dari rumah pukul 6 suku. wa nak cari makanan istimewa kat lipis ni. lipis dengan tempat wa 130km. jauh tu... pegi balik mau setengah tangki minyak kereta wa.

anak-anak wa dengan "batu bertulis" lipis

"cuba la bang... sedap ni" ada mamat suruh wa test dia punya karipap.
"karipap ni buat kat sini bang... tak main la karipap beku"


oiiii mak oii... terkejut wa tengok karipap ni. ni karipap gajah. wa tak pernah jumpa karipap sebesar ni. wa dah teruja tengok karipap. bini dia buat freehand jer. canai-canai.. gentel-gentel.. dah jadi satu karipap.
"inti apa?" tanya wa
"inti sayur campur, ada telur sebijik. sedap ni bang. makan cicah dengan sos ni".

wa order satu. dua ringgit. mamat tu goreng lima bijik. penuh satu kuali...

tu hah... penuh satu kuali...

wa nak makan panas-panas. wa ajak anak-anak wa lepak kat bus stop lipis. apa wa peduli. tengah-tengah orang ramai wa ajak anak-anak wa buka port. "sesah" karipap kat situ jer. sedap betul karipap gajah. ada mak cik dengan anak dara dia tengok jer wa dengan anak-anak wa makan. wa jemput dia makan sama. dia senyum jer...

ahhhh lantak aaa.. wa makan sambil tangkap-tangkap gambar. sure orang situ tahu wa bukan orang lipis. orang lipis tak buat perangai tak "senonoh" macam wa ni.


rangup.. sedap... menyelerakan... uuuummmmppphhh..

wa cuma lepak santai dengan anak-anak wa. sambil-sambil tu wa terang la serba sikit apa yang ada kat lipis ni. kata orang, belajar dari pengalaman... biar anak-anak wa belajar dari pengalaman di lipis ni.
minggu ni rasanya wa nak pergi lagi lipis... nanti boleh la wa lepak santai lagi dengan anak-anak wa lagi. sambil makan karipap gajah.

No comments:

Post a Comment

parking jimat dan mudah ke klia dan klia2

aku dah pening. macam mana aku  nak parking kereta aku semasa aku pergi travel. biasanya aku dari temerloh naik bas jer ke hentian pekelilin...