Wednesday, February 10, 2010

ahmad zafirul arfa bin ahmad shakir

mungkin seminggu dua ni wa banyak cerita pasal baby. hahaha... maklumlah wa baru dapat baby. tiga kali wa ke JPN temerloh baru wa boleh daftarkan nama baby wa. mak mertua wa dah panggil-panggil anak wa mustafa. mok de pun sama jugak. mana taknya.. anak wa yang pompuan tu punya pasal laaa.. (klik sini).



bengang juga wa dengan JPN temerloh ni. dua kali wa pegi JPN temerloh. off line. wa tak kisah dengan off line tu. masalahnya.. wa ambil nombor. nombor wa tak dipanggil-panggil. last-last wa tanya. apahal nombor wa tak dipanggil-panggil ni.

"off line cik.." bila wa tanya baru nak jawab.
wa terus 'sembur'.. "apsal tak cakap awal-awal?!, buat nyusahkan wa... nyusahkan orang ramai jer.."
sorry... mulut wa memang 'capoi' kalau bab-bab macam ni.
petang... masa wa pegi kali ke tiga. wa dengan kerani tu 'berdamai'.

wa target baby wa ni lahir sama dengan tarikh lahir wa. hari-hari wa minta pompuan wa jangan terberanak lagi. tunggu birthday wa. tapi arfa keluar awal 3 hari. apa pun... inilah hadiah hari jadi wa yang paling best.

No comments:

Post a Comment

parking jimat dan mudah ke klia dan klia2

aku dah pening. macam mana aku  nak parking kereta aku semasa aku pergi travel. biasanya aku dari temerloh naik bas jer ke hentian pekelilin...