Sunday, September 27, 2009

raya 1986

hari ni hari raya. raya tahun 1986. wa memang seronok sangat nak raya. wa nak kutip duit raya tiap-tiap rumah. pagi-pagi lagi wa dah mandi sunat hari raya.. abah wa yang ajarkan niat mandi. "nawaitu ghuslu sunnatan aidil fitri lillahhitaala"... wa mandi bersih-bersih. wa pakai minyak attar wangi-wangi.

dari umah wa. wa kayuh gerek buruk wa ke masjid. semua orang tengok wa. apa pelik sangat ke wa ni? wa pakai baju melayu, songkok dengan samping. cehhh... memang wa pelik. semua orang kat masjid tempoyak pakai baju melayu, kain pelikat, kopiah putih jer. sorry... kampung wa masih orthodok lagi. tak de anak kampung yang keluar dari "tempurung". semua cari makan dalam kampung jer.

selesai raya dengan keluarga. wa atur strategi dengan adik wa, kamal. wa and the gang mula "atur rumah" kutip duit raya. angkat geng 4 orang jer. tak boleh ramai-ramai. nanti tuan rumah bagi sikit jer duit raya.

tiap-tiap rumah wa singgah. sepanjang jalan sekolah menengah merbok wa bagi salam. tuan rumah macam dah tahu. wa parking gerek depan rumah... tuan rumah keluar. wa tengok ada duit kat tangan dia. tuan rumah jemput masuk. wa dan geng cakap dah kenyang... tuan rumah terus hulur duit raya. wa salam tangan dan cakap "minta ampun, minta maaf banyak-banyak...". biar pun wa tak pernah buat salah dengan dia. yang penting wa dah selesai misi untuk satu rumah. macam tulah seterusnya wa buat.

sepanjang hari wa buat macam tu... biasanya wa dapat dalam 20 get lebih jer. mana taknya. satu rumah 2 kupang jer (20 sen). wa kena pegi 100 rumah untuk kumpulkan 20 get. wah.. macam nak tercabut lutut wa cari duit raya.

wa pernah dapat 5 duit. kedekut taik hidung masin punya tuan rumah. terus terang wa cakap kat sini. wa and the geng sumpah seranah kat tuan rumah. wa tak pernah tengok orang kaya kedekut macam tu.

wa target rumah besar tepi kedai anam. wa serbu dengan geng wa. lepas bagi salam, cikgu $#*^$ keluar. haram tak jemput masuk. "nah.. ambik duit raya". wa and the geng hulur tangan. puiiihhh... 5 duit. kedekut punya cikgu. standard masa tu 2 kupang beb... dia boleh bagi 5 duit... apa bangsat sangat ke wa dengan geng-geng wa ni?!! wa ingat sampai hari ni. kalau ada anak cucu cikgu $#*^$ yang baca sumpah seranah wa ni... sorry bai.. wa tak boleh tahan... hati wa sakit.

rasanya cikgu $#*^$ dah mati. wa sedekah al fatihah hari ni kat dia. kalau memang ikhlas duit 5 duit tu... wa doakan dengan duit tu di masuk ke syurga allah taala.. amin.

p/s: balik raya baru ni wa cerita kat anak wa sebab dia merungut dapat duit seringgit jer bila pi raya rumah orang. wa nak tangkap gambar rumah cikgu tu. nak masuk dalam blog ni. tapi bini wa tak bagi...

No comments:

Post a Comment

parking jimat dan mudah ke klia dan klia2

aku dah pening. macam mana aku  nak parking kereta aku semasa aku pergi travel. biasanya aku dari temerloh naik bas jer ke hentian pekelilin...