Sunday, February 14, 2010

derma la apa yang patut..

wa nak derma duit.. tak la banyak sangat duit wa. nak derma hati, jantung, kaki, tangan, hidung, telinga.. huissshhh... takut la pulak. jadi cukup la wa derma darah jer.

wa bawa anak sulung wa teman wa derma darah di hospital temerloh tengahari tadi. alih-alih dia pulak yang 'bubuh' wa..
"eeee... abah takut ekkk.." ceh! wa pulak yang dia kata takut. kalau takut wa tak pegi derma darah aaa..

wa bawa dia sebab nak tunjuk sendiri macam mana darah wa masuk dalam beg takung tu. misi pulak bagi dia pegang beg darah. harap-harap lagi bertambahlah pengalaman dia. lagi beranilah dia nak derma darah bila besar nanti.

buku rekod derma darah wa.. tak la banyak sangat wa derma darah..

bukan wa nak tunjuk.. bukan niat wa nak riak bubuh cerita ni kat blog wa. sementara masih hidup ni.. sementara masih sihat ni.. jom la derma darah.

wa teringat kata kawan pkpg wa..
"aku tak halal darah aku kalau orang yang terima darah aku tak de ahli keluarga dia yang pernah derma darah untuk orang lain.."

fuhh.. dasyat sungguh 'syarat' terima darah dia..

wa?! wa tak lah begitu.. wa halalkan semua darah wa untuk semua orang. wa juga minta halal darah yang pernah diterima oleh adik wa dan emak wa.

jom la pi derma darah.. buat amal sikit bebbb..

No comments:

Post a Comment

parking jimat dan mudah ke klia dan klia2

aku dah pening. macam mana aku  nak parking kereta aku semasa aku pergi travel. biasanya aku dari temerloh naik bas jer ke hentian pekelilin...