Monday, September 07, 2009

duit sekolah

hari-hari abah wa bagi tiga kupang untuk pi sekolah. itu pun dah cukup. memang duit tu untuk makan je. wa balik sekolah naik bas mara. free sebab abah wa kerja dengan mara. paling banyak budak bawa duit sekolah pun tak sampai seringgit.

tiga kupang tu wa beli air sekupang. wa beli nasi lemak kuah sardin dua kupang. kalau nak save lagi wa beli dua pinggan nasi sekupang sekupang. wa campur dua pinggan nasi jadi sepinggan. nasi nampak banyak. selalu wa buat macam tu.

ada kawan wa tak bawa duit. depa bawa bekal. ada yang bawa nasi. ada yang bawa mee. yang bawa cucur pun ada. mak wa tak sempat sediakan bekal pagi-pagi. ada juga kawan wa yang tak bawa apa-apa langsung. waktu rehat depa tak pi kantin. depa pi main belakang bangunan darjah satu. lepas main depa minum air paip di tandas.

roshadah pun tak bawa duit. tapi dia bawa buah mempelam. rumah dia banyak buah mempelam telur. bapak dia suruh jual. sehari dia bawa sepuluh biji. sebiji dia jual lima duit. hari-hari habis buah dia. kalau dah sepuluh biji… wahh... dah lima kupang. roshadah tak bagi hutang. kena beli cash. dia bagi warning… sapa curi buah dia, dia panggil bapak dia. suruh bapak dia bawa senapang. siapa pun tak berani curi.

ramai budak kelas wa tak kawan sangat dengan roshadah. budak-budak kelas wa takut kena tembak. roshadah ugut kami. apa-apa hal nak cakap kat bapak dia. nak suruh bapak dia tembak kami. bila roshadah lalu… semua diam. hanya budak-budak jilid yang kawan dengan dia.

roshadah, wa mintak sorry kalau hang baca cerita ni… jangan la marah. wa tulis apa yang betul. sekarang wa dah tak takut senapang tu lagi...

No comments:

Post a Comment

parking jimat dan mudah ke klia dan klia2

aku dah pening. macam mana aku  nak parking kereta aku semasa aku pergi travel. biasanya aku dari temerloh naik bas jer ke hentian pekelilin...