Monday, March 01, 2010

bravo abah !..

dulu.. abah nak cari duit. banyak kerja abah wa buat. kebanyakan apa yang abah buat selalunya 'kantoi' kat tengah jalan. kesian abah wa. gigih sungguh abah wa. wa dapat rasakan hingga ke hari ni. wa sebagai anak.. memang dalam diam-diam wa angkat tabik spring kat dia.

wa hisap botol lagi masa tu. tentulah milo dan dumex kegemaran wa (klik sini). abah pernah buka kedai makan. kedai maju.. masalahnya duit pulak pekerja yang sapu.


kawasan rumah wa penuh botol-botol. abah punya pasal la.. emak wa pun nampak macam bengang-bengang jer kat abah. abah buka pusat pengumpulan botol. botol seluruh merbok orang hantar kat rumah wa. abah wa tokeh. bisnes maju.. masalahnya harga pulak kena tipu. abah wa tak cukup ilmu.


idea pelik abah wa muncul lagi. pening kepala emak wa melayan "idea gila" abah. seminggu abah wa tak bawa bas. ambil cuti kursus cendawan di selangor. memang menjadi betul projek cendawan yang abah wa buat. memang gempaq satu merbok. wa kecik lagi. wa la salah seorang pekerja abah. wa ambil upah 'packing' habuk kayu dalam plastik. satu bekas 5 duit wa dapat. hohoho... mahal ooo gaji wa...

time nak tuai abah wa dah gelabah. mana nak jual? berapa ringgit nak jual? nak masak apa cendawan tu? pening... pening...

orang ramai pulak tak berani nak makan cendawan abah wa. takut kena racun. fuhhh... lingkup lagi projek kali ni. masyarakat belum dapat terima lagi kehadiran 'cendawan tiram' seperti yang kita makan hari ni. kesian abah wa..

wa hargai apa yang abah buat. bravo abah wa..!!

No comments:

Post a Comment