Saturday, September 05, 2009

budak darjah satu.

ahad. 2 januari 1983. pagi ni wa bangun awal. wa kena masuk darjah satu. semalam mak wa dah gosok baju. wa tengok jer mak wa gosok. sekali sekali dia tengok wa jugak.

dia pesan kat wa. esok jangan nangis. esok jangan lari sekolah. dia pesan lagi. cikgu semua baik-baik. wa dengar jer. wa angguk. dia takut wa lari sekolah macam pi tadika hari tu.

mak wa gosok pulak seluar. abah wa beli seluar pendek. wa tak kisah. memang hari-hari wa pakai seluar pendek.

pagi tu...wa naik motor cup abah. abah hantar wa. wa ikut abah pi sekolah. wa ingat lagi nombor motor abah wa. AV 7587. wa sedar-sedar kat dunia ni... motor tu dah ada.

sk batu hampar sekolah wa. sampai pintu pagar sekolah orang dah ramai. wa kena turun motor. abah wa parking kat luar. mungkin senang dia nak lari dari wa. wa tak kisah. wa tengok ramai budak macam wa. ada budak nangis. tarik mak dia ajak balik. wa cool jer waktu tu.

wa cari-cari kawan wa. mana kawan wa ni?. wa cari lagi. cehh.. rupanya depa semua masuk sk merbok pusat. tinggal wa sorang terkapai-kapai. wa tak kenal sapa-sapa. atas tingkat satu wa nampak muin. anak cikgu sebelah rumah wa. dia buat tak tahu jer kat wa. hellleh! senior la konon. baru darjah tiga...

abah bawa wa ke kelas. dia cari-cari nama wa kat senarai di pintu. tak dak nama wa. dia bawa wa ke kelas satu lagi. nama wa atas sekali. nama wa mula dengan ahmad. jadi nama wa kat atas la. wa masuk dengan abah wa.

tahulah wa... kelas pertama yang abah wa cari nama tadi kelas A. kelas budak yang boleh baca. kelas budak yang pergi tadika. wa kelas B. kelas budak-budak "bangang" agaknya. semua budak kelas B tak tahu baca.

wa tengok dalam ada cikgu. cikgu lelaki. ada tulis nama dia kat baju. tapi wa tak tahu baca. abah wa memang dah sedia nak tangkap wa. dia ingat wa nak lari. abah wa gosok-gosok belakang wa. biar wa tenang.

lepas daftar wa duduk tempat wa. enam meja satu kumpulan. wa duduk depan sekali. wa letak beg atas meja. abah wa masih dengan wa. wa dengar cikgu suruh abah wa duduk belakang. jangan duduk dengan anak. ada kerusi kat belakang.

wa bangun. abah wa tengok wa. dia ingat wa nak lari. cepat-cepat dia bangun. wa pegi kat dia. wa suruh dia balik. wa tak nak dia tunggu. wa tak nak dia ganggu proses pembelajaran wa. wa janji wa tak lari.

terkejut abah wa dengar wa cakap macam tu. dia kata dia nak tunggu. wa malu. wa dah besar. apa tunggu tunggu. wa suruh dia balik juga. nanti balik sekolah datang la ambik.

hari pertama sekolah. lega abah wa. dia tak payah tunggu. wa tak buat hal. wa pun dah tak lari sekolah. esok wa nak sekolah lagi.

(masa ni wa tak dak gigi. gigi wa rosak... hahaha...)
saja wa potong gambar ni. nantikan orang di sebelah tu..

No comments:

Post a Comment