Sunday, January 17, 2010

...10 tahun di pahang

10 januari 2000
balik dari kerja ‘petrol pump’ pekan merbok. mak wa bagi sampul surat putih. wa sure.. ni surat posting wa ni hahaha...

…sukacita dimaklumkan tuan/puan ditempatkan di sjk(tamil) ladang renjok, karak pahang


gambar terbaru sekolah wa. setelah sembilan tahun wa tinggalkan sekolah ni..

terduduk wa.. tak terbayang wa akan mengajar di sekolah tamil. wa telefon kawan-kawan wa. semua gelakkan wa.. tunang wa pun gelakkan wa jugak. chehh..!

12 januari 2000
malam.. wa dah ikat-ikat barang kat motor yamaha wa. wa ikat bag satu, tikar plastik satu. untuk wa lapik tidur nanti. kamal kebetulan nak balik kem kuantan. wa, kamal akan ke pahang sama-sama pagi esok.


wa teruja.. bukan nak ke sekolah. tapi nak jumpa tunang wa yang dah lama wa tak jumpa. hahaha…

13 januari 2000
lepas subuh wa bertolak dari kedah. wa, kamal dan sorang minah askar kawan kamal naik sorang satu motor. lengoh bontot wa layan motor di highway.

sampai karak, wa lepak di mak andak café depan masjid. minum-minum basah tekak. wa tanya tokeh kedai kat mana ladang renjok. dia kata dari sini ikut jalan kuala pilah. 20km lagi. fuhhh…mencabar ni..

malam, wa tidur rumah tunang wa kat temerloh. sembang-sembang apa yang patut.

14 januari 2000
lepas sarapan, wa pi cari ladang renjok dengan latep, bakal abang ipar wa. puas wa ikut latep… ingat ke dia tahu.. last-last jumpa jugak.

nahhaaaaiii… dalam ladang getah sekolah wa. james, guru besar wa sambut wa. wa sorang jer melayu. itu pun kulit wa sama jer macam orang lain kat sekolah tu… hahaha..

shaari, kerani sekolah wa tawarkan rumah untuk wa. rupanya shaari dah cari rumah sewa kat wa. terima kasih shaari. jasa shaari wa tak kan lupa.

15 januari 2000
wa hantar tunang wa ke jabor terengganu. dia posting sana. wa tumpat abang daham. sampai jabor… giliran wa pulak gelak kat tunang wa… sama jer sekolah dia dengan sekolah wa. dalam hutan sawit.

16 januari 2000
wa bersihkan rumah sewa wa. shaari tolong. malam tu wa sunyi sangat. karan pun tak dak rumah wa. pakai lilin jer malam ni. esok baru karan masuk. sepi sungguh hidup wa.

wa bentang tikar. beg wa buat bantal. wa bunjut kain pelikat, ikat kaki. satu lagi kain pelikat wa selimut kat kepala.

17 januari 2000
wanakkam sir.. joseph, budak darjah 5 sapa wa. wa pun bagi wanakkam balik. budak-budak kerumun wa. suka sangat budak-budak tu dapat cikgu baru macam wa.

17 januari 2010
…genap 10 tahun wa jadi cikgu di pahang. wa bangga!

No comments:

Post a Comment

parking jimat dan mudah ke klia dan klia2

aku dah pening. macam mana aku  nak parking kereta aku semasa aku pergi travel. biasanya aku dari temerloh naik bas jer ke hentian pekelilin...