Thursday, October 01, 2009

geng oren

kawan-kawan satu opis dengan wa bising-bising. bad tanya bila wa nak masuk gambaq dia. bukan apa... dia tengok wa dok cerita zaman wa kecik-kecik jer. macam tak dak harapan nak masuk gambaq dia dalam blog ni jer.

hari ni wa kesian kat bad. wa masukkan gambag ni. tak kan wa nak masuk gambaq dia sorang jer. nanti apa pulak kata nazri ngan ani. jadi eloklah wa masukkan gambaq geng oren ni. ni baju korporat unit sukan smk karak. opis wa sekarang.


biar wa perkenalkan sorang-sorang kawan seopis wa.

dari kanan... saiful baktia. dia suka nama cipun. tapi wa panggil bad. wa dah lama kenal bad. cuma bad saja tak kenal wa. sama-sama belajar di upm dulu. masa tu rambut bad lebat. tak montel macam tu. wa dengan bad sama-sama ambek bac physical education. masa upm dulu wa tak geng dengan bad. bad ada geng sendiri. bad dengan geng dia pernah buli geng wa masa di langkawi. bapak berlagaknya dia masa tu. maklumlah... bad senior wa masa tu. wa "tarammmm" jer mamat ni. bila posting, tut tut wa sama-sama dengan dia duduk satu sekolah. nasib baik sekarang dia tak "kerek". wa dengan dia jadi geng. geng mat oren sekarang ni!. sekarang dia dah jadi jurulatih olahraga mss pahang.

yang pompuan sorang tu noraini. ada orang panggil nama dia nony. tapi wa panggil ani jer. baru empat bulan dapat anak. kebetulan nama anak dia "badrisha" (bad, nazri, shakir). ani satu-satunya guru cemerlang pendidikan jasmani (gc kup DG44) daerah bentong. wah hebat tu...

yang tengah tu en khairuddin. wa lebih senang panggil dia bang din jer. dia pun senang bahasakan diri dia "abang". bang din gpk kokurikulum yang sempoi. sebab tu kami pakat-pakat bagi baju oren free kat dia. bukan nak bodek... cuma nak angkat jadi "taiko geng oren" jer!

wa dah lama kenal nazri. 10 tahun dulu masa wa kena "humban" ke ladang renjok. dia banyak tolong wa. dia jadi pegawai data ppd bentong masa tu dan wa pulak jadi guru data sekolah tamil kat ladang tu. lepas bosan kerja kat ppd bentong, dia sambung belajar di UPSI. ambek bac sains sukan. jawa perak, tapi nampak gayanya akan terus menetap di pahang ni. wa memang tak boleh lawan nazri. maksud wa lawan kerja-kerja dia. semua kerja dia tip top. cuma ada satu saja wa boleh lawan dia. yang tu dia "lembab" sikit. wa selalu menang tulis buku rekod ngajar... itu memang dia selalu kalah dengan wa.

yang paling hensem dalam gambar tu wa la... hahaha

hari ni wa dah tunai janji pada bad. tulis serba sikit tentang geng oren wa dalam blog ni. wa sangat komited dengan aset yang ada di unit sukan sekolah wa. wa yakin sekolah wa akan jadi salah satu sekolah penyumbang atlet cemerlang negeri pahang dan negara lepas ni.

nanti lepas ni wa bolehlah tulis balik zaman budak-budak wa dengan aman. bad "mungkin" tak kacau wa lagi..

No comments:

Post a Comment

parking jimat dan mudah ke klia dan klia2

aku dah pening. macam mana aku  nak parking kereta aku semasa aku pergi travel. biasanya aku dari temerloh naik bas jer ke hentian pekelilin...