Thursday, December 31, 2009

sayang pulak..

sempat lagi wa buat kejutan kat mak abah wa. tetiba jer wa satu family muncul depan pintu rumah mak abah wa kat kedah tengah-tengah malam. malas wa nak cakap kalau nak balik kedah. ni dah dua kali wa balik kedah dalam cuti sekolah ni. wa tak nak mak wa susah hati memikirkan perjalanan wa dari pahang. sampai ke sudah mak wa tak tahu tujuan wa balik kali ni. wa cakap saja jer nak balik. rindu kat kampung kata wa.

wa sebenarnya nak tengok rumah wa. wa ada buat ubah suai sikit kat rumah wa. cina poh kata dah siap. jadi wa balik nak tengok la sebelum wa bayar apa yang poh buat. wa sangat puas hati apa yang poh buat. poh tu pun dah jadi macam kawan wa. banyak sangat wa berurusan dengan poh.
ni la rumah wa..
sebelum ni wa cadang nak jual rumah wa ni. wa dah bosan melayan kerenah pertukaran. 10 tahun wa kerja pahang pun wa tak dapat tukar. wa ingat nak terus menetap di pahang jer. pahang pun kampung wa jugak. pompuan wa orang pahang. apa salahnya wa duduk sini?!.

rumah ni wa beli tahun lepas. lima bilik dengan dua bilik air jer. wa sangat-sangat puas hati dengan rumah ni. sekali tengok hasil kerja poh.. sayang pulak rasanya wa kat rumah ni... hampa tengok la sendiri.


ni kat ruang tamu..

dapur basah dan dapur kering. poh yang buat..

syiling kapur.. wa bagi projek kat kak amy

ruang family..

lagi gambar dapur rumah wa..

grill tingkap.. adik ipar wa yang buat sendiri. dia kasi diskaun kat wa..

hahaha... sempat lagi wa tangkap gambar. inilah poh!

jual tetap kena jual... wa kan merindui rumah ni selama-lamanya...

No comments:

Post a Comment

parking jimat dan mudah ke klia dan klia2

aku dah pening. macam mana aku  nak parking kereta aku semasa aku pergi travel. biasanya aku dari temerloh naik bas jer ke hentian pekelilin...