Thursday, February 18, 2010
simpan elok-elok tali pusat tu..
Sunday, February 14, 2010
derma la apa yang patut..
wa bawa anak sulung wa teman wa derma darah di hospital temerloh tengahari tadi. alih-alih dia pulak yang 'bubuh' wa..
"eeee... abah takut ekkk.." ceh! wa pulak yang dia kata takut. kalau takut wa tak pegi derma darah aaa..
wa bawa dia sebab nak tunjuk sendiri macam mana darah wa masuk dalam beg takung tu. misi pulak bagi dia pegang beg darah. harap-harap lagi bertambahlah pengalaman dia. lagi beranilah dia nak derma darah bila besar nanti.
bukan wa nak tunjuk.. bukan niat wa nak riak bubuh cerita ni kat blog wa. sementara masih hidup ni.. sementara masih sihat ni.. jom la derma darah.
wa teringat kata kawan pkpg wa..
"aku tak halal darah aku kalau orang yang terima darah aku tak de ahli keluarga dia yang pernah derma darah untuk orang lain.."
fuhh.. dasyat sungguh 'syarat' terima darah dia..
wa?! wa tak lah begitu.. wa halalkan semua darah wa untuk semua orang. wa juga minta halal darah yang pernah diterima oleh adik wa dan emak wa.
jom la pi derma darah.. buat amal sikit bebbb..
Saturday, February 13, 2010
cukur kasi botak..
bismillah. wa mula operasi.. hahaha.. tarah rambut bagi rapat dulu beb..
sumbat susu... jangan kasi bising.. layannn...
tak de majlis.. tak de makan-makan.. tak de apa-apa persediaan macam orang lain. wa mula operasi cukur rambut sendiri-sendiri jer.. kata orang 'majlis cukur jambul' yang orang melayu buat la ni banyak yang bid'ah.
Friday, February 12, 2010
pasport ke neraka ker?
gambar wa dalam ic tuu..
ni ha... ic dulu-dulu.. gambar wa tu 'terletak' baik kat situ. masa tu susah sangat orang nak palsukan ic macam ni.. hebat sangat la teknologi nih..
sampai sana abah isi borang untuk wa. wa releks jer. tunggu giliran wa.. ramai betul orang. tunggu punya tunggu.. makcik kerani panggil nama wa. dua-dua ibu jari wa kena cop kat depan ic. ic biru. kena tunggu tiga bulan lagi baru siap ic tu.
ic tak dapat lagi. nombor ic dah dapat. abah suruh wa hafal nombor ic wa. wa hafal sungguh-sungguh. esok pagi abah nak dengar sendiri dari mulut wa.
abah pesan,"abang dah ada pasport... sembahyang tak boleh tinggal lagi. nanti masuk neraka!"
hohoho... bisa sungguh pesanan abah wa. harap-harap ni bukanlah pasport untuk wa masuk neraka. minta simpang jauh-jauh.. amin.
Wednesday, February 10, 2010
ahmad zafirul arfa bin ahmad shakir
bengang juga wa dengan JPN temerloh ni. dua kali wa pegi JPN temerloh. off line. wa tak kisah dengan off line tu. masalahnya.. wa ambil nombor. nombor wa tak dipanggil-panggil. last-last wa tanya. apahal nombor wa tak dipanggil-panggil ni.
"off line cik.." bila wa tanya baru nak jawab.
wa terus 'sembur'.. "apsal tak cakap awal-awal?!, buat nyusahkan wa... nyusahkan orang ramai jer.."
sorry... mulut wa memang 'capoi' kalau bab-bab macam ni.
petang... masa wa pegi kali ke tiga. wa dengan kerani tu 'berdamai'.
wa target baby wa ni lahir sama dengan tarikh lahir wa. hari-hari wa minta pompuan wa jangan terberanak lagi. tunggu birthday wa. tapi arfa keluar awal 3 hari. apa pun... inilah hadiah hari jadi wa yang paling best.
Saturday, February 06, 2010
dia mai dah... pokcikket Jr II
Thursday, February 04, 2010
apasal dengan 5 ringgit ni?!!..
pompuan wa cepat-cepat cuit wa.
"jangan marah ayon.." pelan-pelan pompuan wa bisik kat wa.
apa hal pulak ni. wa cool jer.. wa tak nak marah-marah.
"apa hal ayon?.."
ayon diam jer.. ayon tunjuk duit 5 ringgit atas peti sejuk.
hallammak... sudah 'kerepot' daaa....
nasib baik kerajaan buat duit plastik 5 get jer... kalau seratus.. susah beb..
ayon seterika duit 5 ringgit. tiru pompuan wa seterika baju. konon nak bagi hilang kedut-kedut. last-last terus kerepot!
nasib baik 5 ringgit jer. biar ayon dapat pengajaran sikit . budak-budak macam tu laaa...
parking jimat dan mudah ke klia dan klia2
aku dah pening. macam mana aku nak parking kereta aku semasa aku pergi travel. biasanya aku dari temerloh naik bas jer ke hentian pekelilin...

-
fuuuhhh... lega sangat wa rasa hari ni bila KP pj tunjukkan surat siaran pakaian baju sukan. wa boleh pakai baju sukan sehari suntuk di seko...
-
petang semalam pompuan wa marah wa sungguh-sungguh bila wa suruh anak pompuan wa mandi dalam bilik air yang wa dah bersihkan. pelik! anak wa...
-
cuti-cuti @ penang kali ni wa dah rancang sebelum balik kedah hari tu lagi. dah lama wa tak pi penang. jangan tak tahu pulak, wa pernah stud...