abah wa dah balik umah. wa setia dalam kelas. first day, wa dah kenal dua tiga orang kawan. setakat ni wa tak tahu lagi yang mana lawan wa. tapi wa tengok ada budak pompuan depan wa ‘kerek’ sikit. dia gemuk. apa wa takut?!.. wa laki. wa pun gemuk jugak. kalau lawan wa mesti menang.
wa tanya nama dia. cepat-cepat dia jawab, roshadah !. wa tengok bapak dia pun besar jugak. bapak dia naik motor honda warna merah. dia budak jilid. wa dah lupa dia jilid mana satu. tempat wa banyak jilid. alaaa.. macam felda la. tapi kat tempat wa tanam padi.
dia kata bapak dia ada senapang. wahh.. wa dah kecut. dia bagi warning kat wa. jangan kacau dia. kalau tak… dia cakap kat bapak dia. dia suruh bapak dia bawa senapang tembak wa. wa jadi takut. tapi wa control macho. dalam hati wa… budak ni memang tak boleh buat makwe.
wa toleh kiri. pompuan jugak. nama dia saliza. bapak dia buat murtabak. wa pernah makan murtabak bapak dia. memang sedap. saliza tak banyak cakap. wa tak tahu apasal dia tak nak cakap dengan wa. mungkin dia malu kot. bagi wa apa nak malu… kitakan sama-sama kelas b. kelas tak pi tadika. kelas tak tahu baca.
semua budak dalam kelas diam jer sebab semua budak tak kenal dan tak tahu bergaul. cikgu kat depan pun nampak garang. dia tengah layan mak bapak yang tengah daftar anak. dia tak ajar kami lagi. wa tunggu jer apa dia nak ajar. wa dah ada buku. wa dah ada pensel. abah wa beli kat kedai anam agaknya.
ada sorang budak laki dalam kumpulan wa. nama zahir tapi dia suruh panggil et saja. dia duduk padang tok sora. sebelum ni wa tak pernah dengar nama kampung tu pun. wa cakap la nama wa.
“nama wa shakir. panggil jer ket” wa sapa dia.
dia nampak ok. dia terima wa sebagai kawan dia. hari tu wa keluar rehat dengan dia. wa suka dapat kawan baru.
Sunday, September 06, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
parking jimat dan mudah ke klia dan klia2
aku dah pening. macam mana aku nak parking kereta aku semasa aku pergi travel. biasanya aku dari temerloh naik bas jer ke hentian pekelilin...
-
fuuuhhh... lega sangat wa rasa hari ni bila KP pj tunjukkan surat siaran pakaian baju sukan. wa boleh pakai baju sukan sehari suntuk di seko...
-
aku dah pening. macam mana aku nak parking kereta aku semasa aku pergi travel. biasanya aku dari temerloh naik bas jer ke hentian pekelilin...
-
petang semalam pompuan wa marah wa sungguh-sungguh bila wa suruh anak pompuan wa mandi dalam bilik air yang wa dah bersihkan. pelik! anak wa...
No comments:
Post a Comment