Tuesday, November 07, 2017

parking jimat dan mudah ke klia dan klia2

aku dah pening. macam mana aku  nak parking kereta aku semasa aku pergi travel. biasanya aku dari temerloh naik bas jer ke hentian pekeliling. lepas tu naik LRT ke bandar tasik selatan. di bandar tasik selatan biasanya aku menapak ke terminal bersepadu selatan (TBS) untuk ambil jetbus ke klia2. ni lah laluan paling mudah dan jimat yang selalu aku buat bila aku aku pergi backpackers.

kali ni aku nak bawa family aku jalan2. 4 dewasa dan 1 kanak-kanak. diorang dah merungut. asyik2 abah jer pergi... huhu..
bila bawa family ni kenalah bawa kereta. takkan nak naik bas dari temerloh ni. letih weeehh...

aku cuba cari2 maklumat untuk nak parking kereta aku dalam blog2 travel. hohoho.. bagus..bagus.. memang ada maklumat yang terkini dan sangat bermanfaat. nanti aku linkkan ke blog2 yang aku dapatkan maklumat ni sebagai tanda terima kasih yer..

secara umumnya aku jumpa 4 tempat parking. meh sini aku kongsi dengan korang semua.

1. parking KLIA2

hohoho... dia punya bayaran.. hadoiyaii.. tapi ni lah yang paling mudah dan selamat. tempat parking berbumbung.



setiap hari RM46 untuk 3 hari pertama. hari ke 4 dan seterusnya RM 20

kalau aku pergi 3 hari....
parking : RM 138.00
minyak dan tol dari MRR2 ke klia2, pergi balik : RM 40.00

jumlah kos = RM 178.00


2. parking terminal bersatu selatan (TBS)

kat sini aku pernah parking masa aku ke vietnam tahun lepas. memang mudah dan agak murah. terletak di bandar tasik selatan. bangunan tepi MRR2 tu. satu kompleks dengan terminal bas.

dari sini korang boleh ambil bas ke klia dan klia2. tambang RM11 jer sehala. perjalanan bas lebih kurang sejam. bas pertama pukul 3 pagi dan bas last pukul 11.30 malam.



korang dah nampak gambar tu kan. so tak perlu aku bagi penerangan panjang lebar. mari aku kira kos kalau aku parking kat sini.

parking : 3 hari  = RM 22.00
tambang bas : RM11.00 x 5 orang x 2 hala = RM110.00

jumlah kos = RM 132.00 + pengalaman anak naik bas


3. parking park N ride putrajaya central (persen 7)

ni tempat parking yang aku tak pernah pergi. tapi rasanya senang jer nak jumpa. putrajaya tu pun memang aku pernah pergi. masa ni semua guna waze dan seangkatannya kan.. senang la..

parking berbumbung dan berdekatan dengan putrajaya central. dari sini kenalah ambil ERL ke klia2. ambil klia transit. jalan kaki jer ke stesen klia ekspres depan tempat parking ni. train pertama pukul 4:33am dan terakhir 12:38 tengah malam. tambang semua ada kat bawah tu.





hohoho... nampak macam murah. kalau parking siang RM 2 jer tapi lepas pukul 12 tengah malam tambah RM 4. senang kira sehari semalam RM 6.

mari aku kira kos kalau aku parking di sini.

parking : RM6 sehari x 3 hari = RM 18.00
tambang klia ekspres : RM 9.40 x 4 dewasa x 2 hala = RM 75.20
                                     RM 4.20 x 1 kanak-kanak x 2 hala = RM 8.40
minyak dan tol dari MRR2 ke putrajaya, pergi balik : RM 15.00

jumlah kos = RM 116.60 + pengalaman anak2 naik KLIA ekspres


4. parking salak tinggi park & ride

tempat parking berbumbung dan selamat. lepas parking, jalan kaki la sikit ke stesen ERL salak selatan tu.




dari stesen salak tinggi ke klia tambangnya murah jer. RM 4.90 sehala untuk dewasa dan RM 2.20 sehala untuk kanak-kanak. dari sini tren akan tiba di klia dulu kemudiannya barulah klia2. jarak perjalanan dari sini ke klia 10 minit jer.

mari aku kita kos kalau aku parking kat sini pulak..


uiiihh..... parkingnya murah je berbanding parking kat klia2. tapi lebih la sikit daripada parking di putrajaya.

parking untuk pukul 4 pagi hingga 2 pagi RM 3 jer tapi yang 2 jam tu, 2 pagi hingga 4 pagi RM 5  ooo.. kalau tiket parking termasuk dalam masa overnight parking tu kira parking sehari semalam la tuu.. RM 8.00

parking : 3 hari x RM 8.00 = RM 24.00
tambang klia ekspres : RM 4.90 x 4 dewasa x 2 hala = RM 39.20
                                     RM 2.20 x 1 kanak-kanak x 2 hala = RM 4.40
minyak dan tol dari MRR2 ke salak tinggi, pergi balik : RM 30.00

jumlah kos = RM 97.60 + pengalaman anak2 naik KLIA ekspres

tapi masalahnya aku tak pernah sampai salak tinggi. kang dibuatnya sesat pulak...haruuu..

haaaaaa... dah selesai analisis aku berdasarkan sumber2 daripada blog miera hassan dan mat drat. di laman web tu korang akan diterangkan secara lebih terperinci.

so, mana pilihan aku. nampak gayanya aku akan cuba parking di park N ride persen 7 putrajaya.


parking klia , parking klia2, parking murah, parking jimat, parking salak tinggi, parking TBS, backpakers, travel murah, tips parking klia klia2

Monday, November 06, 2017

tips jimat backpakers palembang

setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk pergi melancong. ada yang suka pergi secara pakej daripada agensi pelancongan, ada yang suka secara backpackers.

di sini aku cuba bagi beberapa tips macam mana nak berjimat bila kita pergi melancong tempat orang. kali ni aku fokuskan kepada palembang, indonesia.



tips 1 : pergilah secara backpakers
cara backpacker bermaksud galas beg dan pergi secara bersendirian tanpa pakej itu ini. cara ini sangat murah berbanding cara beg tarik. heee.. beg tarik merujuk kepada cara pakej pelancongan. kadar jimat cara backpakers lebih separuh berbanding cara bag tarik.



tips 2 : pergi berempat
kena cari buddys yang satu kepala. syoq sama2..pening sama2. pergi berempat lebih bagus berbanding solo atau berdua. semua kos penginapan, perjalanan dan kegembiraan akan dikongsi berempat. berdua pun boleh.. tapi kos tinggi sikit jer..



sewa la kereta dan supir di palembang. satu hari yang aku pernah dapat 450,000 rupiah. boleh la dibahagi empat orang. bilik hotel bajet pulak aku pernah dapat 200,000 rupiah, naaah sumbat jer empat orang.. haaa.. kan mudah. tu bilik hotel tu lebih kurang 15 ringgit jer sorang. jimat kaann? hee..



satu pesanan aku, jangan pergi backpackers 3 orang. memang menyusahkan. haaihh..

tips 3: guna aplikasi grab, uber atau go jek
di palembang memang dah maju kalau bab2 aplikasi telefon ni. sampai jer kota palembang terus korang cari sim kad data internet dulu kat kaki lima bangunan tu. murah jer... pek permulaan lebih kurang duit kita 8 ringgit jer untuk 1.5GB data. setakat 3 hari duduk sana tak habis laaa..

guna aplikasi grab untuk panggil grab. murah jer.. kalau setakat dalam kota tu aku pernah dapat 17,000 rupiah jer, lebih kurang 5 ringgit. wehh.. ingat yer.. bahagi 4 la.. kan pergi 4 orang tadi.. huhu.. jimatkan ?..



selain itu, korang boleh cuba naik gojek (teksi bermotorsikal). diorang pakai jeket hijau. download aplikasi Go Jek. Kalau nak santai backpackers lagi, korang boleh tahan jer angkut (van penumpang)

tips 4 : naik bas trans MUSI
dari bandara (bandar udara / lapangan terbang palembang) sebenarnya ada jer bas ke kota palembang. so jangan takut kalau ada pemandu teksi menghampiri korang masa korang keluar dari balai ketibaan. jangan tergopoh gapah buat keputusan. kita kan 4 orang. cakap elok2, cakap kata nak naik bas jer. bas ada kat depan pintu keluar airport tu jer. bas trasMUSI. kalau bas tak de, tunggu la kejap. setengah jam satu. daripada korang campak 100,000 rupiah 200,000 rupiah kat teksi lebih baik korang naik bas, tambang 5000 rupiah jer sorang. tak sampai 2 ringgit. bas pun dah ada aircond masa ni.



tahun depan dah ada lrt, lrt akan siap menjelang sukan asia palembang 2018. korang boleh cuba.

tips 5 : jangan ambil teksi di airport
bukannya aku tak bagi naik teksi kat airport tu. ni aku tengah bagi tips jimat kaaann..
teksi di airport memang kaw2 la korang kena bedal. huhuhu..

tips 6 : bot ke pulau kemaro
pulau kemaro berada di tengah2 sungai musi. ada dua jenis bot. bot laju dan bot perlahan. alaaa... tak perlu pun ambil bot laju. harga satu bot laju 400,000 rupiah. korang ambil jer bot perlahan sebijik. 150,000 rupiah jer. ingat booh... bahagi 4 orang kannn..
kalau takut tak payah naik bot. lebih baik minum jus alpukat kat tepi bot penambang tuuu.. lagi jimat. hahaha...



kalau korang ambil bot laju korang tak sempat la nak bergambar sepanjang sungai musi. dengan bot perlahan korang boleh menikmati apa yang ada di sepanjang sungai musi. korang boleh bersantai bagai. bukan nak kejar masa pun. sejam jer pergi balik. bab keselamatan penumpang... hadooih.. out.

tips 7 : ambil supir
sesetengah tempat korang lebih jimat guna perkhidmatan supir. lebih menjimatkan dan mudah korang nak uruskan masa. aku mencadangkan korang ambil supir dikalangan pemandu grab. korang bincang dengan dia untuk ambil perkhidmatan 12 jam. so korang boleh jer minta dia hantar ke mana2 yang korang nak pergi. satu hari cukup laaa.. hari2 lain korang gerak la sendiri.




tips 8 : tips bajet kedekut backpakers
backpackers tegar boleh jer lepak tidur merata-rata. kalau korang nak betul-betul jimat untuk trip palembang, aku cadangkan korang ambil flight awal pagi dan return pun awal pagi jugak. aku bagi contoh:

SELASA
malam tidur di KLIA2

RABU   KL - PALEMBANG  7 PAGI
sampai palembang korang boleh jalan lepak santai sekitar ampera, monpera, masjid agung dan pasar 16 ilir. naik bas, grab, gojek, angkut. terus layan bot hari ni. malam korang boleh lepak kat banteng beso sambil pekena jus alpukat.

KHAMIS 8 PAGI
korang guna pak supir yang dah booking semalam untuk jalan-jalan satu hari sekitar palembang. pastikan korang dah list tempat2 yang korang nak pergi. bagi pada supir minta dia bawa.

haaa.. ni penting untuk misi berjimat tahap dewa. last korang minta dia hantarkan ke airport. masih free sebab masih dalam pakej harian sewa supir tu. so, korang pandai-pandai la tidur kat airport tu.

aku mula2 memang planning nak tidur airport, tapi pak supir carikan bilik hotel murahan 200,000 rupiah jer, so tak jadilah tidur di airport malam last tu.

JUMAAT PALEMBANG - KL 8 PAGI
balik awal..jimat..


okeh laaa.. cukup la aku bagi 8 tips jimat tu. harap korang dapat guna tips2 ni semasa di palembang. kat tempat lain pun boleh kot.. kannn...


backpackers , palembang , sungai musi , ampera , cikgu travel , smk mentakab , smk karak , us , ushark , pokcikket, tip jimat backpacker

Friday, November 03, 2017

i'm back


sedihnya wa tengok blog wa nih.. huhu.. lama sangat dah tak ambil kisah. sejak ada pesbuk dan instagram. lebih buruk lagi bila dah ada aplikasi 'wasap' dan lebih teruk.. teruk.. teruk lagi bila wa terjebak dengan dak dak wechat.. haihh.. tak guna betul..

wa dah remove semua pren2 wa kat wechat tu. wechat tu wa simpan lagi. wa buat stor gambar2 yang berjuta tu. wa kembali dengan wajah baru, badan baru dan cuma nyawa yang dulu. wa tak berubah apa2 pon..cuma wa dah tak nak borak tentang kisah2 dulu yang wa sendiri bosan.

wa nak move on dengan kerjaya wa, nak move on dengan apa yang wa ada. wa ada orang2 yang menyayangi wa. wa ada kawan2 yang sempoi dan wa ada nyawa yang tah bila akan berpisah.

i'm back !

yer.. wa kembali dengan semangat baru. wa tak nak guna lagi nama pokcikket. nama tu memang sinonim sangat dengan wa. cuma wa dah ada nama baru sekarang.. uShark !

hahaha... hadooih.. macam mana boleh dapat nama ni.
itu tak penting. yang penting wa dah move on sejak awal 2016. saper2 yang berada di sekeliling wa. dia akan tahu apa yang wa move on. ada yang panggil wa shark, uShark dan yang paling ramai panggil wa US khususnya anak2 murid kesayangan wa di SMK MENTAKAB.






wa lebih ceria, wa lebih menyayangi, wa lebih happy, wa lebih segalanya dan wa lebih umur jugak... hee..

wa akan update blog ni walaupun wa tahu tak ramai pun yang baca blog ni. wa akan catatkan kisah2 move on wa.

wa cuba, uShark move on.. yeeahh..




parking jimat dan mudah ke klia dan klia2

aku dah pening. macam mana aku  nak parking kereta aku semasa aku pergi travel. biasanya aku dari temerloh naik bas jer ke hentian pekelilin...