Wednesday, September 30, 2009

seluar panjang nasyid

masa tu budak-budak darjah enam dah "honey moon". depa baru lepas penilaian darjah lima. waktu darjah enam memang belajar gitu-gitu jer. wa tak ambek peksa darjah lima sebab wa tergolong dalam KBSR yang pertama. wa akan peksa tahun depan. wa peksa UPSR pertama.

masa darjah lima ustazah suruh wa dan kawan-kawan wa masuk nasyid. gabung dengan budak darjah eman. wa dah ketaq. mana la wa pandai nyanyi. yang wa tahu...lagu-lagu KBSR boleh la. lagu banjaran titiwangsa. lagu anak itik tok wi. lagu saya ayam kok kok kok.... itu wa tahu la. itu pun cikgu ahmad yang ajaq. ada juga dua tiga lagu lagi cikgu shuib ajaq.

ustazah suruh pakai baju melayu, songkok dengan seluar sekolah jer. seluar sekolah?!!! huhhh... tak kan wa nak pakai seluar pendek?!. wa masih pakai seluar pendek masa darjah lima. mana wa ada seluar panjang. nak suruh abah beli... mana abah ada duit. gaji dia kecik jer.

wa cerita kat emak wa. mak wa pun pening kepala jugak. macam mana nak cakap kat abah wa. takut abah marah. malam tu... abah balik kerja pukul 10. abah naik motor honda cup kelabu AV7587. bila abah masuk rumah... semua orang diam. mak wa dah pesan, jangan terus cakap. biar abah tenang dulu. biar abah rehat dulu.

lepas abah makan. lepas abah rehat. mak wa buka cerita. dia kata ustazah suruh pakai seluar sekolah panjang. wa nak masuk nasyid. macam mana? mana nak cari?!

abah wa bangun. abah buka almari.

"nah ! ambek yang ni. abah dah tak padan dah nak pakai"

abah bagi kat wa. bagi seluar kerja abah. seluar kerja abah warna biru. seluar driver bas mara. abah suruh wa test. wa sarung. wa test. muat!. perut wa memang besar. perut wa memang muat. pinggang saiz 28 inci.

yang masalahnya sekarang... mak wa kena potong kaki seluar. biar pendek sikit. mak wa kata orait jer... mak wa boleh buat. mak wa memang pandai jahit. masa dulu mak wa memang kerja kat kedai jahit di sungai petani. kat situlah abah wa nampak mak wa dan terus berkenan.

wa seronok. bukan main seronok wa dapat seluar baru. minggu depan wa terus pakai ke sekolah. wa bangga pakai seluar tu. masa tu boleh dikira dengan jari budak yang pakai seluar panjang ke sekolah. bukan macam sekarang ni...

yang bulat poyo tu wa laa... masa ni sambutan maulidirrasul. kena pakai baju melayu sepasang pulak. apa la ustazah wa ni. kejap sepasang, kejap pakai seluag sekolah. bikin wa sakit hati jer. haaaa... nanti wa cerita pasai kawan-kawan wa ni...



wa masuk geng nasyid sekolah. wa berlatih sungguh-sungguh. berlatih dalam surau. masa persembahan, wa nasyid kuat-kuat. semua orang heppy.

masa majlis maulidirrasul... sekali lagi kumpulan nasyid wa kena panggil. panggil buat persembahan. wa dan geng nasyid rasa best sangat. dapat nasyid depan tetamu.

dua kali tu jer wa nayid rasanya. lepas tu terkubur macam tu jer kumpulan tu... geng wa dah berpecah. berpecah dari kumpulan gabungan darjah 5 dan 6 tu. tapi kami masih sekolah macam biasa. satu pengalaman wa di sk batu hampar merbok.

Tuesday, September 29, 2009

debab anak sedara babu

huhhh... semangat betul anak menakan wa yang sorang ni. ni lah satu-satunya anak menakan wa setakat ni. wa tengah tunggu lagi dua anak menakan. depa tu duduk dalam perut lagi.



ini esya.. anak kamal. bukan main gedebab lagi. wa masukkan gambar dia. bapak dia orang kedah. mak dia orang ganu. depa duduk di kelantan. hampa pikiaq la sendiri macam mana dia punya loghat bila bercakap...

debab.. debab... debab... hahaha... sama macam wa kecik-kecik dulu. macam pak ndak wa panggil wa babu.... (klik dan baca sini)


babu... babu... babu...


debab anak sedara babu ! hahaha...

Monday, September 28, 2009

raya 2009

wa nak balik ke dunia realiti. syawal 1430. tahun 2009. raya tahun ni pak abid, abah wa bukan main suka lagi. anak menantu cucu-cucu semua balik kampung. wa dengan adik-adik wa dah pakat nak raya di tempoyak, kampung wa. perancangan strategik lancar. berjalan seperti yang dirancang.
adik pompuan wa memang dah duduk di tempoyak. dah nak beranak. beranak sulung. mak wa dah tak bagi dia pi mana-mana. duduk tempoyak, senang nak jaga. laki dia pun ikut jer... dia dah pakat dengan kamal adik wa yang duduk kelantan nak jamu satey hari raya tahun ni. nak buat kelainan sikit. wa tak masuk share. wa tak dak duit. kerajaan tak bagi duit raya kat wa. depa dua tak pa la... najib bagi duit raya RM500.00 sorang. wa cakap.. wa jadi tukang bakar dengan tukang makan jadi la...
bukan main dasyat kamal bakar satey

wa (baju oren) tenggek dalam gambar jer tuhh...

laki yati nak buat ketupat nasi. wa suka. wa suka makan jer. wa nak balut tak tau. dulu wa cuba balut. terbalut pulak tangan wa. lepas tu wa tak balut lagi. ni kali pertama dia beraya dengan keluarga wa. wa tengok dia heppy jer...

tiga menantu pompuan mak joyah... tak dapat raya kat kampung sendiri... he he

wa bertolak dari pahang khamis malam jumaat. dua hari lagi nak raya. jumpa jer R&R wa berhenti.... pekena kopi, buang ngantuk. jumpa lagi R&R wa sahur pulak. subuh jumaat baru wa sampai. soronoknya wa bila sampai tempoyak. selang 3 4 jam kamal sampai dari kelantan. adik wa sudin bertolak malam sabtu dari kl. dia ustaz kat jakim. tukang islamkan orang.

pagi tu wa bersihkan rumah apa yang patut. wa touch up cat kat dinding luar keliling rumah. biar nampak berseri. esok dah nak raya. mula-mula memang semangat. akhirnya dah jadi taik ayam... panas-panas taik ayam. walau bagaimanapun, wa teruskan juga. cat hingga habis. nasib baik sudin tolong wa.

petang raya dan malam raya adik beradik wa mula bakar satey. esok panaskan jer kalau orang mai rumah. tak kan esok pakai cantik-cantik nak bakar satey pulak. apa kelass...
rumah abah wa memang sibuk. meriah nak sambut raya. anak menantu tolong siapkan persiapan raya setakat termampu. biar wa tunjukkan gambar-gambar raya. biar gambar yang ceritakan.

family wa bergambar pagi raya

wa sekeluarga... asyik asyik tema biru...

keluarga kamal... debab betul anak menakan wa...

adik wa... yati dengan laki dia..

pengantin baru... suden.

pagi raya sebelum wa pi masjid, wa ambil gambar kenangan. wa kumpul ahli keluarga wa. wa tangkap elok-elok. wa sampai masjid orang dah ramai. wa duduk dengan anak wa amirul. tapi wa panggil dia ayon jer. ayon batuk-batuk. ayun terlena dengar khutbah. wa resah. wa tahu ayon tak sihat. malam tadi dia cakap dia nak demam. wa suruh dia tunggu sampai habis khutbah. dia masih ok.

lepas khutbah, wa bawa dia pi kubur tok wa. tok wan yang hantar wa pi tadika kecik-kecik dulu. abah wa baca tahlil. balik rumah, ayon nampak sihat. wa bagi dia pi rumah sebelah. rumah pak teh. adik ayah wa.

anak soleh sentiasa mendoakan kesejahteraan ibubapanya... kubur tok wan

ayon... tak sihat. sebelum pi hospital.

sampai zohor ayon tak balik-balik. wa resah. wa pi tengok. ya allah... ayon tidor. badan panas. nafas tak berapa lepas. cepat-cepat wa bawa pi hospital sungai petani. kamal dah pesan... sampai unit kecemasan... buat-buat kalut, bagi nampak teruk. wa ikut plan kamal. sampai saja wa cempung ayon ke tempat daftar.

puihh... helah wa tak menjadi. wa tengok orang lain lagi teruk. ada yang patah gigi. ada yang xcden.. macam-macam lah. dekat 2 jam baru doktor panggil ayon. kena sedut gas kat hidung. dua sesi baru ok. cucuk 2 jarum kat tangan. kesian kat ayon. raya ni wa kat hospital lagi...

raya kedua? esok-esok la wa cerita...
pokcikket : kalau wa rajin wa cerita kisah lampau... ada mood wa cerita kisah terkini.

Sunday, September 27, 2009

raya 1986

hari ni hari raya. raya tahun 1986. wa memang seronok sangat nak raya. wa nak kutip duit raya tiap-tiap rumah. pagi-pagi lagi wa dah mandi sunat hari raya.. abah wa yang ajarkan niat mandi. "nawaitu ghuslu sunnatan aidil fitri lillahhitaala"... wa mandi bersih-bersih. wa pakai minyak attar wangi-wangi.

dari umah wa. wa kayuh gerek buruk wa ke masjid. semua orang tengok wa. apa pelik sangat ke wa ni? wa pakai baju melayu, songkok dengan samping. cehhh... memang wa pelik. semua orang kat masjid tempoyak pakai baju melayu, kain pelikat, kopiah putih jer. sorry... kampung wa masih orthodok lagi. tak de anak kampung yang keluar dari "tempurung". semua cari makan dalam kampung jer.

selesai raya dengan keluarga. wa atur strategi dengan adik wa, kamal. wa and the gang mula "atur rumah" kutip duit raya. angkat geng 4 orang jer. tak boleh ramai-ramai. nanti tuan rumah bagi sikit jer duit raya.

tiap-tiap rumah wa singgah. sepanjang jalan sekolah menengah merbok wa bagi salam. tuan rumah macam dah tahu. wa parking gerek depan rumah... tuan rumah keluar. wa tengok ada duit kat tangan dia. tuan rumah jemput masuk. wa dan geng cakap dah kenyang... tuan rumah terus hulur duit raya. wa salam tangan dan cakap "minta ampun, minta maaf banyak-banyak...". biar pun wa tak pernah buat salah dengan dia. yang penting wa dah selesai misi untuk satu rumah. macam tulah seterusnya wa buat.

sepanjang hari wa buat macam tu... biasanya wa dapat dalam 20 get lebih jer. mana taknya. satu rumah 2 kupang jer (20 sen). wa kena pegi 100 rumah untuk kumpulkan 20 get. wah.. macam nak tercabut lutut wa cari duit raya.

wa pernah dapat 5 duit. kedekut taik hidung masin punya tuan rumah. terus terang wa cakap kat sini. wa and the geng sumpah seranah kat tuan rumah. wa tak pernah tengok orang kaya kedekut macam tu.

wa target rumah besar tepi kedai anam. wa serbu dengan geng wa. lepas bagi salam, cikgu $#*^$ keluar. haram tak jemput masuk. "nah.. ambik duit raya". wa and the geng hulur tangan. puiiihhh... 5 duit. kedekut punya cikgu. standard masa tu 2 kupang beb... dia boleh bagi 5 duit... apa bangsat sangat ke wa dengan geng-geng wa ni?!! wa ingat sampai hari ni. kalau ada anak cucu cikgu $#*^$ yang baca sumpah seranah wa ni... sorry bai.. wa tak boleh tahan... hati wa sakit.

rasanya cikgu $#*^$ dah mati. wa sedekah al fatihah hari ni kat dia. kalau memang ikhlas duit 5 duit tu... wa doakan dengan duit tu di masuk ke syurga allah taala.. amin.

p/s: balik raya baru ni wa cerita kat anak wa sebab dia merungut dapat duit seringgit jer bila pi raya rumah orang. wa nak tangkap gambar rumah cikgu tu. nak masuk dalam blog ni. tapi bini wa tak bagi...

Tuesday, September 15, 2009

sepupu wa kak iloh

wa tak banyak sangat kawan sebelum wa sekolah. abah wa cukup jaga wa. wa sendiri pun tak de lagi kemahiran interpersonal. jadi susah la wa nak cari kawan. kawan rapat wa masa tu hanya shakiroh. tapi wa panggil kak iloh. abah wa yang suruh panggil macam tu.


kak iloh sepupu wa. dia anak abang abah wa. tua empat lima bulan jer dari wa. tapi langkau tahun. jadi aotomatik la kak iloh tua dari wa setahun. selalunya kalau di rumah tok wan, wa memang main dengan kak iloh. kak iloh pun tak dak sapa-sapa nak main dengan dia. rumah dia belakang rumah tok wan je..

nama wa pun memang ambek dari nama dia. abah dia, pak lang wa memang dah sedia dua nama untuk kak iloh. tut tut kak iloh lahir sebagai pompuan. pak lang wa bubuh nama dia shakiroh. jadi abah wa ambek la nama yang lelaki tu. bagi nama tu kat wa. sekarang wa memang bangga dengan nama wa, shakir.

kak iloh kecik jer. dia memang putih. mak dia pun putih. tak macam wa... kelabu asap. tapi kelabu asap wa pun... wa memang comel. kalau tak, tak kan pipi wa selalu kena cubit. tak kan pak ndak panggil wa babu.

wa memang rapat dengan kak iloh. itulah kawan baik wa. hampa tengoklah sendiri macam mana wa rapat dengan kak iloh dalam gambaq tu. gambar tu pak teh wa yang ambek. wa dah tak ingat budak mana yang kacau daun dalam gambaq tu. rasa-rasanya din mek cah kot. kalau betullah din mek cah... awat dia besaq daripada aku...?!

fuhh... baru wa perasan.. wa dulu kecik-kecik dah pakai baju adidas. adidas old skoll tu.. tengoklah cop kat baju. wa ingat lagi wa juga selalu pakai seluaq puma. tapi wa tak tahu la ori ke tak ori. apa wa heran... kawan wa sekarang ni... bad dengan nazri pun pakai adidas tak ori... hahaha.. (sori bai..).

wa dah besaq. kak iloh pun dah besaq. kak iloh nak kawen. wa terkedu kejap bila dengaq pak lang wa cakap kat abah wa kak iloh nak kawen. tiba-tiba hati wa tak tentu arah. wa tak tahu kenapa ?!..

wa dan kak iloh dah tak rapat macam dulu. wa sibuk uruskan kerja dengankeluarga wa. dan... kak iloh sibuk uruskan suami dan anak-anak dia. walaupun kami sama-sama tinggal di pahang, wa hanya pi rumah dia dua kali saja. itu lah kisah wa dengan kak iloh...

Monday, September 14, 2009

pak ndak man kawen

bila wa tengok jer gambar ni... wa rasa masa cepat betul berlalu. masa ni nak kenduri pak ndak wa. alaaa... yang wa cerita hari tu la. yang selalu panggil wa babu tu. haa ! dia lah yang kawen. dia kawen dengan orang dekat jer. orang merbok jer.


ini tahun 1982 kalau tak salah wa. wa 6 tahun. tahun yang wa lari dari tadika. esok kenduri. masa ni mana ada lagi kamera kat tempoyak, kampung tokwan wa. pak teh wa sorang jer yang ada kamera. kamera yashica besaq. kira canggeh laa...

wahhh... barang hantaran dulu-dulu memang pelik. wa ingat lagi mak cik wa steplerkan "coklat snap". susun-susun jadi mahkota. mak su wa pulak isi gula dalam perut "arnab. arnab yang dibuat dari span. warna biru. bila gula penuh, dia jahit perut arnab. buah mangga span pun dia sumbat gula jugak.

wa memang tunggu sangat hantaran dari pihak sebelah. sebab wa nak sesah. bukan senang nak makan makanan pelik-pelik kalau pak ndak tak kawen.

dalam cucu-cucu tok wan wa. wa cucu ke enam. kiranya masa tu wa duduk ranking tengah-tengah-tengah aaa... bawah pada wa masa tu ada lagi tiga orang. tapi sekarang ni wa jadi cucu senior sebab berceretek lagi cucu tok wan yang baru lahir.

wa seronok sangat dapat tengok-tengok balik gambar wa lama-lama ni. sambil-sambil tuleh blog ni.. wa senyum sorang-sorang...

Thursday, September 10, 2009

obama nasihat pokcikket

wa dah salah langkah ker? wa dah salah buat blog ker? habis la wa kali ni… wa dah cerita pasal asal usul wa. wa dah cerita wa curi mercun kedai anam. aduuuhhh…! abislah wa kali ni…

tadi wa ada baca berita tentang obama. presiden amerika, obama ada nasihat wa… lu baca la sendiri kat bawah ni…

Bahaya Facebook - Obama
WASHINGTON 9 Sept. - Presiden Barack Obama memberi amaran kepada remaja Amerika Syarikat (AS) tentang bahaya mendedahkan terlalu banyak maklumat peribadi di dalam laman-laman jaringan sosial Internet, memandangkan ia boleh mengganggu hidup mereka pada masa akan datang.

Beliau berkata demikian selepas kajian terbaru mendapati semakin ramai majikan AS yang merujuk ke laman seperti Facebook dan Myspace untuk memeriksa latar belakang pemohon kerja.

Dalam satu sesi soal jawab dengan sekumpulan pelajar sekolah berusia 14 dan 15 tahun, Obama ditanya oleh seorang pelajar tentang bagaimana menjadi Presiden.

"Saya akan beri kamu satu tip yang mudah dipraktikkan. Pertama sekali, kamu semua perlu berhati-hati dengan apa yang kamu hantar di dalam Facebook, kerana dalam era Youtube ini, apa saja yang kamu lakukan boleh dicungkil kembali pada masa akan datang," ujarnya.
"Semasa muda, kamu melakukan banyak kesilapan dan perkara-perkara bodoh.
"Banyak telah saya dengar tentang anak-anak muda yang menghantar pelbagai perkara ke Facebook dan apabila mereka mahu memohon kerja, mereka telah diselidik," tambahnya.

Obama turut merujuk kepada beberapa 'kesilapan' yang pernah dilakukannya semasa berada di bangku sekolah, walaupun tidak menerangkan secara spesifik.

Sebelum ini, dia pernah mengakui pernah terlibat dengan dadah semasa muda.
Dalam satu kaji selidik, sebanyak 35 peratus majikan mengakui menemui kandungan di laman web yang mempengaruhi mereka untuk menolak permohonan kerja, seperti gambar yang tidak senonoh, maklumat mengenai tabiat minuman keras dan dadah atau sikap mengutuk majikan atau rakan sekerja terdahulu.

White House kerap menggunakan Facebook, Twitter dan lain-lain laman sosial untuk berkomunikasi secara terus dengan rakyat Amerika. - Reuters
link utusan malaysia

hahaha… wa apa heran. wa dah tua. wa bukan nak mintak kerja lagi. la ni wa dah banyak kerja nak buat. wa dah tak perlu pergi cari kerja. wa memang dah kerja pun.

wa tak perlu risau majikan wa cari data wa kat blog ni. wa buat blog suka-suka. apa wa takut. wa bukan cerita bukan-bukan. wa cerita tentang diri wa. tentang pokcikket.

wa nak jadikan blog ni tempat santai. orang suka suka baca baca kat blog ni. bikin orang lain happy baca wa punya story.

yang balik jadikan teladan, yang buruk tentang wa jadikanlah sempadan.

Wednesday, September 09, 2009

mercun bulan puasa

sempena bulan posa ni wa skip wa punya cerita. wa tangguh dulu cerita tentang kelas wa. malam-malam kat umah wa la ni dah berdentam dentum bunyi mercun. wa tak tau la depa ni dapat mana. ni mesti pasaran gelap ni. wa teringat la pulak macam mana seronoknya main mercun masa kecik dulu.

wa darjah lima gitulah. adik wa darjah tiga. wa dengan adik wa kamal selalu pi kedai anam. kadang-kadang kami pi kedai agung. sumber mercun wa kat sana. cina agung dah tua tapi sampai hari ni dia masih sihat. agung tetap berniaga macam dulu. kedai dia macam tu lah jugak. tak berubah.

abah wa dah pesan. duit sekolah jangan beli mercun. wa manalah ada sumber pendapatan lain. duit sekolah tu je la pendapatan wa. wa punya pendapatan harian cuma tiga kupang jer. bulan posa wa kena simpan. jadi terpaksalah wa pikir cara lain untuk main mercun.

wa atur dua strategi penting untuk wa dapat main mercun.

strategi 1. wa memang berani bakar mercun. jadi wa akan tolong bakarkan sumbu mercun kawan-kawan wa yang penakut. wa cakap kat dia wa tak main mercun dia. wa cuma tolong dia bakar sumbu jer. dia kata ok. wa bakar la.

strategi 2. wa dengan adik wa atur strategi di kedai agung dan kedai anam. adik wa pilih-pilih maggi me. wa pulak pilih-pilih mercun untuk wa songlap dalam spender wa. spender?!!... fuhh... tobat wa tak buat dah. risiko baiii... kepala otak wa darjah lima masa tu setakat tu jer boleh fikir. tempat lain wa tak berani taruk. takut anam peksa wa nanti... mampus wa.

selalunya wa ambek mercun lada. mercun lada boleh rungkai-rungkai. tak payahlah bakar satu papan. bakar satu satu lagi save. boleh bakar banyak kali. nak bunyi kuat, wa selalu bakar dan buangkan dalam tong deram. wahhh... berdengung baii...

bagi wa... biarlah wa ambek mercun tu kat kedai. wa takkan bakar mercun dari duit mak abah wa. sempatlah dua tiga kali wa "pau" mercun kat kedai-kedai tu. nasib baik wa tak pernah kantoi.

pokcikket: wa memang salah. jangan ikut wa yang nakal ni. tobat tak buat dah.
anam nanti wa bayaq balik lu punya mercun..

Monday, September 07, 2009

duit sekolah

hari-hari abah wa bagi tiga kupang untuk pi sekolah. itu pun dah cukup. memang duit tu untuk makan je. wa balik sekolah naik bas mara. free sebab abah wa kerja dengan mara. paling banyak budak bawa duit sekolah pun tak sampai seringgit.

tiga kupang tu wa beli air sekupang. wa beli nasi lemak kuah sardin dua kupang. kalau nak save lagi wa beli dua pinggan nasi sekupang sekupang. wa campur dua pinggan nasi jadi sepinggan. nasi nampak banyak. selalu wa buat macam tu.

ada kawan wa tak bawa duit. depa bawa bekal. ada yang bawa nasi. ada yang bawa mee. yang bawa cucur pun ada. mak wa tak sempat sediakan bekal pagi-pagi. ada juga kawan wa yang tak bawa apa-apa langsung. waktu rehat depa tak pi kantin. depa pi main belakang bangunan darjah satu. lepas main depa minum air paip di tandas.

roshadah pun tak bawa duit. tapi dia bawa buah mempelam. rumah dia banyak buah mempelam telur. bapak dia suruh jual. sehari dia bawa sepuluh biji. sebiji dia jual lima duit. hari-hari habis buah dia. kalau dah sepuluh biji… wahh... dah lima kupang. roshadah tak bagi hutang. kena beli cash. dia bagi warning… sapa curi buah dia, dia panggil bapak dia. suruh bapak dia bawa senapang. siapa pun tak berani curi.

ramai budak kelas wa tak kawan sangat dengan roshadah. budak-budak kelas wa takut kena tembak. roshadah ugut kami. apa-apa hal nak cakap kat bapak dia. nak suruh bapak dia tembak kami. bila roshadah lalu… semua diam. hanya budak-budak jilid yang kawan dengan dia.

roshadah, wa mintak sorry kalau hang baca cerita ni… jangan la marah. wa tulis apa yang betul. sekarang wa dah tak takut senapang tu lagi...

Sunday, September 06, 2009

kawan-kawan baru

abah wa dah balik umah. wa setia dalam kelas. first day, wa dah kenal dua tiga orang kawan. setakat ni wa tak tahu lagi yang mana lawan wa. tapi wa tengok ada budak pompuan depan wa ‘kerek’ sikit. dia gemuk. apa wa takut?!.. wa laki. wa pun gemuk jugak. kalau lawan wa mesti menang.

wa tanya nama dia. cepat-cepat dia jawab, roshadah !. wa tengok bapak dia pun besar jugak. bapak dia naik motor honda warna merah. dia budak jilid. wa dah lupa dia jilid mana satu. tempat wa banyak jilid. alaaa.. macam felda la. tapi kat tempat wa tanam padi.



dia kata bapak dia ada senapang. wahh.. wa dah kecut. dia bagi warning kat wa. jangan kacau dia. kalau tak… dia cakap kat bapak dia. dia suruh bapak dia bawa senapang tembak wa. wa jadi takut. tapi wa control macho. dalam hati wa… budak ni memang tak boleh buat makwe.

wa toleh kiri. pompuan jugak. nama dia saliza. bapak dia buat murtabak. wa pernah makan murtabak bapak dia. memang sedap. saliza tak banyak cakap. wa tak tahu apasal dia tak nak cakap dengan wa. mungkin dia malu kot. bagi wa apa nak malu… kitakan sama-sama kelas b. kelas tak pi tadika. kelas tak tahu baca.

semua budak dalam kelas diam jer sebab semua budak tak kenal dan tak tahu bergaul. cikgu kat depan pun nampak garang. dia tengah layan mak bapak yang tengah daftar anak. dia tak ajar kami lagi. wa tunggu jer apa dia nak ajar. wa dah ada buku. wa dah ada pensel. abah wa beli kat kedai anam agaknya.

ada sorang budak laki dalam kumpulan wa. nama zahir tapi dia suruh panggil et saja. dia duduk padang tok sora. sebelum ni wa tak pernah dengar nama kampung tu pun. wa cakap la nama wa.
“nama wa shakir. panggil jer ket” wa sapa dia.
dia nampak ok. dia terima wa sebagai kawan dia. hari tu wa keluar rehat dengan dia. wa suka dapat kawan baru.

Saturday, September 05, 2009

budak darjah satu.

ahad. 2 januari 1983. pagi ni wa bangun awal. wa kena masuk darjah satu. semalam mak wa dah gosok baju. wa tengok jer mak wa gosok. sekali sekali dia tengok wa jugak.

dia pesan kat wa. esok jangan nangis. esok jangan lari sekolah. dia pesan lagi. cikgu semua baik-baik. wa dengar jer. wa angguk. dia takut wa lari sekolah macam pi tadika hari tu.

mak wa gosok pulak seluar. abah wa beli seluar pendek. wa tak kisah. memang hari-hari wa pakai seluar pendek.

pagi tu...wa naik motor cup abah. abah hantar wa. wa ikut abah pi sekolah. wa ingat lagi nombor motor abah wa. AV 7587. wa sedar-sedar kat dunia ni... motor tu dah ada.

sk batu hampar sekolah wa. sampai pintu pagar sekolah orang dah ramai. wa kena turun motor. abah wa parking kat luar. mungkin senang dia nak lari dari wa. wa tak kisah. wa tengok ramai budak macam wa. ada budak nangis. tarik mak dia ajak balik. wa cool jer waktu tu.

wa cari-cari kawan wa. mana kawan wa ni?. wa cari lagi. cehh.. rupanya depa semua masuk sk merbok pusat. tinggal wa sorang terkapai-kapai. wa tak kenal sapa-sapa. atas tingkat satu wa nampak muin. anak cikgu sebelah rumah wa. dia buat tak tahu jer kat wa. hellleh! senior la konon. baru darjah tiga...

abah bawa wa ke kelas. dia cari-cari nama wa kat senarai di pintu. tak dak nama wa. dia bawa wa ke kelas satu lagi. nama wa atas sekali. nama wa mula dengan ahmad. jadi nama wa kat atas la. wa masuk dengan abah wa.

tahulah wa... kelas pertama yang abah wa cari nama tadi kelas A. kelas budak yang boleh baca. kelas budak yang pergi tadika. wa kelas B. kelas budak-budak "bangang" agaknya. semua budak kelas B tak tahu baca.

wa tengok dalam ada cikgu. cikgu lelaki. ada tulis nama dia kat baju. tapi wa tak tahu baca. abah wa memang dah sedia nak tangkap wa. dia ingat wa nak lari. abah wa gosok-gosok belakang wa. biar wa tenang.

lepas daftar wa duduk tempat wa. enam meja satu kumpulan. wa duduk depan sekali. wa letak beg atas meja. abah wa masih dengan wa. wa dengar cikgu suruh abah wa duduk belakang. jangan duduk dengan anak. ada kerusi kat belakang.

wa bangun. abah wa tengok wa. dia ingat wa nak lari. cepat-cepat dia bangun. wa pegi kat dia. wa suruh dia balik. wa tak nak dia tunggu. wa tak nak dia ganggu proses pembelajaran wa. wa janji wa tak lari.

terkejut abah wa dengar wa cakap macam tu. dia kata dia nak tunggu. wa malu. wa dah besar. apa tunggu tunggu. wa suruh dia balik juga. nanti balik sekolah datang la ambik.

hari pertama sekolah. lega abah wa. dia tak payah tunggu. wa tak buat hal. wa pun dah tak lari sekolah. esok wa nak sekolah lagi.

(masa ni wa tak dak gigi. gigi wa rosak... hahaha...)
saja wa potong gambar ni. nantikan orang di sebelah tu..

Friday, September 04, 2009

susu dan milo

wa tak ingat sangat masa wa umur tiga tahun. wa pasti korang pun sama. wa sedar-sedar wa dah ada adik. adik wa orang kata memang macam wa. tapi bagi wa.. wa tetap wa... adik wa bukan wa. sekarang wa kena bersaing dengan adik wa. mak wa dengan abah wa sudah ada orang baru. wa ok jer sebab depa tak abaikan wa.

kadang-kadang wa geram jugak. adik wa selalu dapat susu dulu. wa selalu dapat susu lambat. wa nangis. bila wa nangis mesti wa dapat. kadang-kadang wa dapat "tangan". wa dapat tangan mak wa kat punggung wa sebab wa nangis kuat. ganggu adik wa nak tidoq.

wa tahu abah wa orang susah. abah wa bawak bas mara jer. gaji kecik. mak wa pulak tak kerja. layan wa ngan adik wa kat umah. lain la muin. dia anak cikgu. dia duduk sebelah umah wa.

wa pun tak mintak itu ini. yang wa mintak hanya susu dumex. abah wa dah tak tahan. susu mahal. wa minum banyak susu. sehari enam tujuh kali. abah wa cuba tipu wa. dia beli susu lain. tapi wa cekap. lidah wa aktif. wa dapat rasa. tak sedap. abah wa mengalah dan belikan wa milo.

abah wa bagi wa milo. bubuh dalam botol. abah wa kata milo sedap. wa pun cuba. kali ni betul... abah wa tak tipu wa lagi. sejak hari tu wa dah tak minat susu dumex. wa nak milo pulak. sampai sekarang wa suka minum milo.

abah wa memang best. dia bagi wa milo. wa suka. tima kasih abah.

Thursday, September 03, 2009

namaku bukan babu

kecik dulu memang wa montel. gigi pulak "rongak" sebab wa tak gosok gigi. badan wa ikut mak wa. abah wa kurus jer macam tok wan wa. semua orang suka wa. wa tak tau kat mana depa tu suka sangat kat wa. jumpa jer wa... pipi wa jadi mangsa. merah lebam pipi wa kena cubit. wa tahu itu cubit sayang. tapi wa sakit. pipi wa sakit. hati wa pun sakit.

kadang-kadang wa pikir... wa nak tampaq jer orang yang selalu cubit pipi wa. pak ndak man selalu sakat wa. dia adik abah wa. dia panggil wa babu. wa tak suka. dia panggil lagi. wa nangis laaa. wa nak "bertindak" lebih dari tu wa takut. takut pak ndak wa tampaq wa balik.
(gambar wa dengan pak ndak wa. pokok rambutan tu ada lagi depan rumah pak teh wa)

babu... babu...babu... wah sakit telinga wa dengan perkataan tu. tapi pak ndak wa panggil juga. wa bertekat. wa nak kenakan dia. tapi wa tak tahu apa nak wat. jadi wa buat bodoh jer la.

pak ndak wa panggil lagi. wa diam. wa tak jawab. wa buat tak tahu jer.. biar pak ndak wa tahu wa tak suka nama babu. wa tak suka nama tu. lama-lama pak ndak wa beralah. dia panggil nama wa baik-baik. wa senyum balik. wa suka.

hari ni pak ndak man jadi pendiam. wa tahu dia sedih. an, anak pak ndah man mati xcden lori empat tahun lepas. wa pulak duduk jauh. nanti balik raya wa pegi umah pak ndak man. pak ndak man tentu suka wa datang. pak ndak, nanti kita jumpa yer...

alfatihah buat anak pak ndak man, sepupu wa. azhan bin abdul rahman.

Wednesday, September 02, 2009

budak tadika..

dulu memang wa takut cikgu. cikgu.. bagi wa macam singa betina yang lapar. mana taknya... geng-geng wa yang masuk tadika awal selalu kata macam tu. depa selalu kena "piat" telinga.

balik dari tadika... wa kumpul kawan-kawan wa. gosip pasal tadika. ada yang kata syoq kat nurul. ada pulak yang intai budak pompuan kat bilik air. geng-geng wa cerita tentang tadika. wa lopong jer sebab wa memang tak pi tadika.

wa memang rapat dengan tokwan wa. dia kurus jer. muka pun dah kedut. maklumlah dah tua. tapi bagi wa... dia memang kuat. pernah satu hari wa tengok dia pikul guni baja. walaupun terkedek-kedek, lepas juga dia angkat baja tu masuk bendang. tokwan hebat!

tokwan suruh sangat wa masuk tadika. tokwan kata nanti wa boleh jadi pandai. wa tak nak! wa sanggup jadi bodoh. wa takut cikgu. tapi tokwan beria sangat nak bawak wa pi tadika merbok lama. pagi-pagi lagi tokwan dah sampai umah wa. dia panggil wa. wa buat tak tahu jer. wa masih kat tempat tidoq. mak wa sound wa suruh bangun cepat. tok wan dah sampai. abah wa pagi-pagi lagi dah pi kerja. sebab tu la tokwan takeover hantar wa ke tadika.

sampai tadika.. wa dah gelabah. wa tenggelam punca. wa tak nak turun 'gerek tua'. wa pegang baju tokwan kuat-kuat. wa dah tekat. kalau tokwan paksa wa.. wa nagis kuat-kuat. biar semua orang tengok. biar tokwan malu besar. wa apa peduli, wa kecik lagi!

air mata wa dah bergenang. tokwan tengok wa. wa tetap macam tadi, wa tak bergerak. tercongok atas gerek tua tok wan. tokwan hilang sabar. dia tarik wa masuk tadika. nampak jer cikgu.. wa terus cabut. terus tinggalkan tokwan. lari dari tadika.

wa nyorok balik perdu pisang. wa sure.. kat situ tokwan mesti tak nampak wa. dari situ wa nampak tokwan cari-cari wa. last2 cikgu dengan tokwan jumpa juga wa..

esoknya.. tok wan datang lagi. nak bawa wa pi tadika. kat tadika yang wa kenai cuma mat arip. anak cikgu majid. dia kecik ja.. dia ok jer. cuma wa yang tak ok kat tadika tu. seminggu ja wa pi tadika. sampailah masuk darjah satu wa masih tak tahu ABC.
alfatihah untuk arwah tokwan wa... tn hj harun bin abu bakar.
inilah satu-satu gambar tok wan yang wa ada.

Tuesday, September 01, 2009

dipaksa beranak !..

seingat wa… hidup di dunia ni wa dah gonggong botol susu. susu dumex. wa memang tak minum susu lain selain susu cap “gantung” mak wa dan susu dumex ni. kadang-kadang wa pau jer adik wa punya botol kalau mak wa lambat buat susu kat wa. dia kecik lagi... mana berani lawan wa. adik wa memang jadi mangsa wa la waktu tu. tapi sekarang ni dia lebih besar daripada wa.

mak wa ada cakap. dalam perut dulu wa songsang. puas mak bidan tonggengkan badan wa untuk mudahkan mak wa beranak. wa dalam perut mana ada rasa apa-apa. lantaklah apa mak bidan nak buat. mungkin wa selamber jer masa tu.

mak wa cakap lagi… wa lahir di hospital sungai petani. mak wa dah puas teran kat rumah. wa tetap tak nak keluar. last-last abah wa panggil ambulan. di hospital, wa lahir guna cosep. cosep ni rupanya alat nak paksa mak wa beranak. misi kepit kepala wa dengan cosep dan tarik bagi wa beranak. nasib baik tak tercabut kepala wa. patut la sekarang ni wa rasa pening-pening semacam jer.

maknanya… wa lahir tak normal jugak aaaa. abah wa cakap pulak… ada budak mati dengan cosep tu sebelum tiba giliran wa. fuhhh… mengucap panjang wa bila wa tahu berita tu. mujurlah wa pulak tak mati lepas tu.

kiranya, allah dah bagi wa hidup kat dunia ni. wa mesti taat perintah agama untuk balas balik nikmat hidup yang wa dapat tu.

dunia ku...

salam bai...

saje jer wa buat gempaq. wa bukannya brutel ngat. dalam hati ni wa layan nasyid jer.. tapi kadang-kadang mau juga layan rock. tu pun kalau kawan-kawan wa pasang kat opis.

wa bukan apa... saja buat blog ni sebab nak layan cite-cite lama wa sepanjang hidup wa. mana la tahu kot-kot boleh berkongsi benda-benda yang yang baik. wa pun dah ada blog lain tapi mungkin tak sesuai untuk wa kasi tuleh benda-benda "dunia" wa yang selamber ni.


cukup aaa... wa layan posting pertama ni. nantikan posting-posting wa yang lain. bagi wa la... mungkin lu semua boleh layan blog wa ni.

salam...

parking jimat dan mudah ke klia dan klia2

aku dah pening. macam mana aku  nak parking kereta aku semasa aku pergi travel. biasanya aku dari temerloh naik bas jer ke hentian pekelilin...